Fri 1 Feb 2008
OsmanAffan.com di ‘Hello On 2′ RTM2
Posted by Osman Affan under Cerita, Khas, Motivasi
[4] Comments
Semalam, 31 Januari 2008, saya telah dijemput oleh Cik Azlina, penerbit RTM2 Siaran ‘Hello On 2′ yang di kendalikan oleh Anne dan Zamil. Ini kali kedua saya muncul di RTM2 sebenarnya di mana yang pertama dulu ialah 3 episod mengenai teknik belajar.
Ini juga merupakan pengalaman kali kedua bertemu Anne dan Zamil. Kami pernah bertemu tahun lepas ketika saya menemani seorang sahabat saya menjadi tetamu di rancangan ini.
Di dalam siaran kali ini, kami membincangkan tentang sistem pendidikan negara kita sama ada ia dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing atau pelajar yang hanya ‘exam oriented’. Walaupun bunyinya seperti mudah sahaja untuk memperkatakan tentang perkara ini, namun realitinya agak sukar kita membuat komen sama ada sistem pendidikan telah gagal menghasilkan pelajar yang berkualiti.
Secara ringkasnya, kita sebagai orang yang berfikiran positif, lebih baik kita fokus kepada bagaimana caranya untuk kita meningkatkan lagi tahap penguasaan ilmu berguna dikalangan pelajar. Bagi saya pula, kalau kita mahu generasi muda lebih bijak, pandai berkomunikasi dan bukan ‘exam oriented’, kita sendiri dahulu perlu berubah. Soal diri kita, adakah selama ini aku belajar semata-mata kerana exam atau kerana aku suka belajar. Satu bukti yang kita belajar kerana exam ialah selepas habis belajar, kita terus berhenti daripada belajar dan memajukan diri. Malah kita juga berhenti membaca. Soal diri sekali lagi, bila kali terakhir kita membaca buku?
Semasa perbincangan dijalankan, sempat juga pihak penyiaran memaparkan laman web saya www.OsmanAffan.com di kaca tv. Seronok, gembira bersama terharu melihat imej laman web yang saya usahakan selama ini akhirnya berjaya terpampang di kaca televisyen.
Di akhir siaran, Anne dan Zamil meminta saya memberikan nasihat kepada pelajar sebagai kata-kata akhir siaran tersebut. Apa yang saya katakan ialah ‘kegagalan anda di masa lepas bukanlah petunjuk kepada kebolehan anda yang sebenar. Teruskan berusaha dan anda pasti akan kecapi kejayaan dan kecemerlangan yang anda inginkan. “























February 1st, 2008 at 9:21 am
Assalamualaikum Tuan Osman,
Tahniah di atas program yang bermanfaat itu. Sayang saya tidak dapat menontonnya.
“Kegagalan anda di masa lepas bukanlah petunjuk kepada kebolehan anda yang sebenar”
Saya termotivasi di atas kata-kata Tuan di atas, saya menyokongnya 100%. Sungguh bermakna. Mesti diaplikasikan oleh setiap individu termasuk saya.
February 1st, 2008 at 9:40 am
Waalaikumsalam Tuan Sham.
Terima kasih. Memang menarik topik yang dibincangkan cuma sayang masa yang ada tidak panjang untuk berbincang dengan lebih serius. Kebanyakan respons penonton agak negatif mengenai sistem pembelajaran sekarang yang menghasilkan pelajar exam oriented. Namun bukan sistem pendidikan sahaja yang perlu diambil kira tetapi apa tanggapan pelajar dan ibu bapa mengenai definasi kejayaan dan kecemerlangan.
Disebabkan salah faham mengenai definasi kecemerlangan, pelajar dan ibu bapa bermatian-matian cuba mendapat ‘straight A’s’ hingga mereka rasa lemah dan tidak yakin apabila gagal. Inilah bahaya kalau tidak faham.
Insyaallah saya akan huraikan lagi masalah ini dan apa kesannya kepada pelajar nanti.
Terima kasih atas komen Tuan Sham.
February 3rd, 2008 at 10:34 pm
Salam ceria.
“berdaya saing” adlh satu ungkapan yang amat besar maknanya dimana dalam sistem pendidikan yang memainkan peranan yang amat power adalah para pendidik.tidak dapat saya bayangkan jika seorang cikgu tidak membaca akhbar atau setidak-tidaknya menonton buletin utama 30 minit pertama sahaja dalam sehari,apa akan jadi?dunia tak kiamat lagi..tapi cikgu tak tengok berita?macam mana nak tahu perkembangan semasa?
Yelah..kalau cikgu tak sebarkan ilmu kpd murid siapa lagi?
oleh itu kalau nak murid pandai,cikgu kena pandai dulu.kena ada daya sainglah kan!
betul kata tuan osman,membacalah rahsianya.
February 3rd, 2008 at 10:52 pm
Cikgu Anis,
setuju tentang cikgu kena pandai. Tak rugi kalau pandai. Cuma kerjanya lebih berat daripada biasa.
Jika ibu bapa dan guru rajin membaca, ia akan menjadi budaya dan ikutan apabila pelajar dan anak-anak melihatnya. Lebih mudahlah mereka mengikut berbanding dengan mengugut mereka dengan rotan.