KKTM Pasir MasPada 23 hingga 26 Disember lalu, saya berada di Bukit Kluang Beach Resort, Besut Terengganu bagi menjayakan program ‘Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan’ bersama para pensyarah dan pegawai daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas Kelantan. Program ini disertai hampir 50 peserta dan dianjurkan oleh Institut Latihan MARA (ILHAM).

Jika anda baca posting saya beberapa hari lalu, program ini bermula dengan satu cabaran besar buat diri saya. Ketika saya hendak bertolak ke Terengganu, isteri saya yang dijangka akan bersalin dalam masa 2 minggu lagi KKTM Pasir Masmula menunjukkan tanda-tanda akan bersalin. Hati saya agak risaudan berbelah-bagi kerana sudah 9 bulan saya nantikan saat ini. Namun, Alhamdulillah, berkat sokongan isteri saya ini, saya teruskan perjalanan sambil membayangkan agar semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Alhamdulillah juga, itulah yang berlaku. :)

Program kali ini mempunyai cabarannya yang tersendiri.

  • Saya mendapat tahu bahawa Pasir Mas telah dilanda banjir. Jadi, pasti ada peserta yang agak keberatan menyertai kursus ini.
  • Ada beberapa peserta yang sudah beberapa kali terpaksa mengikuti kursus tanpa henti. Jadi kursus sebegini pasti boleh membuat mereka rasa bosan.
  • KKTM Pasir MasSaya diberitahu oleh beberapa peserta tentang beberapa kursus yang mereka sertai sebelum ini. Kursus-kursus itu semua hampir sama tajuknya dengan kursus kali ini dan cara penyampaiannya agak membosankan. Jadi mereka bimbang jika kursus ini membosankan dan tidak mampu memberikan sesuatu yang baru kepada mereka.

Hmm…dengan cabaran-cabaran ini, saya boleh pilih dua perkara. Pertama, saya boleh pilih untuk berfikiran negatif dan mula rasa berdebar kerana saya mungkin tidak akan mendapat sokongan dan maklum balas yang baik sepanjang program ini. Kedua, saya boleh pilih untuk berfikiran positif dan fokuskan minda saya kepada imej kejayaan. Hmm…sudah tentu saya pilih pilihan kedua. :)

KKTM Pasir MasAlhamdulillah, dipendekkan cerita, program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Saya percaya setiap peserta telah memberikan sepenuh komitmen mereka untuk menjayakan program ini. Ini terbukti dengan kesungguhan dan kesanggupan peserta untuk untuk menyelesaikan semua masalah yang diberikan dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang saya sediakan termasuk aktiviti yang mencabar mereka untuk keluar daripada zon selesa mereka sendiri. Di akhir program, saya mendapat beberapa maklum balas yang agak baik daripada para peserta ini. Untuk membaca maklum balas itu, klik disini http://www.osmanaffan.com/testimoni.htm

KKTM Pasir MasSaya ucapkan tahniah kepada semua peserta daripada KKTM Pasir Mas. Disamping saya menjadi pemudah cara dalam program ini, saya juga banyak belajar perkara baru terutamanya tentang masalah dan konflik di tempat kerja. Lebih hebat lagi, saya dapat belajar beberapa perkara daripada peserta tentang cara terbaik untuk menyelesaikan masalah dan konflik tersebut.

Insyaallah kalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi. :)