Sat 30 Jun 2007
Program bersama pemegang biasiswa Yayasan Telekom
Posted by Osman Affan under Khas, Motivasi
No Comments
Minggu lalu saya berpeluang mengendalikan sesi program saya bersama para pelajar yang ditaja oleh Yayasan Telekom. Program ini dijalankan di satu satu tempat di Daerah Sepang.
Di dalam program ini, seperti biasa, saya tekankan kepentingan mengetahui potensi sebenar yang terpendam dalam diri pelajar. Saya selalu ceritakan tentang kepentingan mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup kerana kebanyakan pelajar hanya mengetahui tentang matlamat setelah mereka memasuki alam pekerjaan.
Apabila anda pelajari tentang teknik menetapkan matlamat, anda akan mula sedar akan
halangan-halangan yang berada di hadapan anda. Jika halangan itu semua kekal di situ, peluang untuk mencapai matlamat anda akan menjadi nipis. Jadi, anda akan mula memikirkan bagaimana caranya untuk menghapuskan halangan itu semua mulai sekarang.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang mengikuti program ini kerana telah memberi saya kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan program ini. Saya percaya semua peserta program ini mempunyai potensi kejayaan yang hampir tidak terbatas……
Selamat berjaya!






















