Mon 24 Sep 2007
Sama ada anda sedar atau tidak, Ramadhan membawa pelbagai rahmat bukan sahaja dari segi pahala berbuat amalan yang digalakkan dan amalan kebajikan, tetapi dari segi membentuk sifat dan keperibadian untuk menuju kejayaan. Apakah yang saya maksudkan?
Cuba anda lihat orang-orang yang berjaya di sekeliling anda atau orang berjaya yang anda kenal. Tentu mereka mempunyai sifat-sifat unik tertentu yang tidak banyak terdapat di dalam diri orang-orang yang kurang berjaya. Contohnya, orang yang berjaya mempunyai matlamat yang jelas tentang apa yang mereka mahu capai. Orang yang berjaya juga tidak kenal erti berputus-asa. Lebih hebat lagi, orang berjaya boleh bersabar dan terus berusaha walaupun apa yang mereka kerjakan belum membuahkan hasil.
Percayakah anda jika saya katakan ciri-ciri dan sifat-sifat ini semua boleh dibentuk semasa anda menjalani ibadah puasa? Hmm… jika anda mahu berjaya seperti mereka juga suatu hari nanti, mari kita bincangkan dan fikirkan bersama mengenai apa yang anda perolehi sepanjang bulan Ramadhan ini………….. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













