Wed 10 Oct 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Posted by Osman Affan under Khas
No Comments
Jadi bagaimanakah Ramadhan mengajar anda menghargai sesuatu yang anda sedia ada? Seperti yang pernah saya tulsi sebelum ini, apabila anda sedang berpuasa, makanan yang selama ini anda tidak suka dan tidak menyelerakan bagi anda pun kelihatan sungguh hebat dan menyelerakan. Bayangkan anda mahu makan ayam goreng pada waktu sahur dan terlewat bangun. Lalu anda tidak dapat makan ayam tersebut. Apakah yang akan anda rasa sepanjang hari? Tentu asyik teringatkan ayam tersebut bukan?
Apa yang kita pelajari di sini ialah, salah satu pengajaran di bulan Ramadhan ialah ia mengajar kita bagaimana rasanya jika tidak ada apa yang kita ada selama ini. Selama ini negara kita kaya dengan air, jadi rakyatnya suka membazir air. Di bulan Ramadhan, umat Islam mula memahami betapa pentingnya air dan bagaimana rakyat di negara yang kekurangan air rasa.
Apabila kita sudah tahu apa rasanya tidak memiliki sesuatu yang kita sudah biasa ada, kita akan mula menghargainya. Contohnya, jika anda seorang pelajar, cuba bayangkan 10 ke 20 tahun akan datang di mana anda sudah hilang peluang untuk belajar. Bayangkan jika anda gagal dalam pelajaran anda sekarang. Agak-agaknya, apakah yang akan anda rasa 10 ke 20 tahun akan datang? Apakah yang akan anda rasa apabila anda tahu peluang yang anda ada sekarang tidak akan datang lagi? itulah yang dirasakan oleh pelajar yang gagal dalam bidang pendidikan disebabkan mereka tidak hargai peluang yang mereka ada.
Mulai hari ini, hargai semua peluang yang anda ada. Sama ada peluang itu akan datang semula atau tidak, jika peluang itu boleh membawa anda mencapai matlamat hidup anda, ambil peluang itu sekarang! Jika belajar bersungguh-sungguh akan mematangkan fikiran anda dan meningkatkan kebolehan anda untuk berfikir dengan lebih baik, ambil peluang itu sekarang! Jangan biarkan peluang itu berlalu di depan anda.
Selamat berpuasa. Semoga anda akan mula menghargai atau lebih menghargai semua peluang yang ada di depan anda.






















