Osman AffanHmmm… sudah hampir seminggu saya ke sana ke sini, tak lekat di rumah. Yang lebih merunsingkan saya, tidak dapat lekat di depan komputer untuk bersama pembaca blog ini. Saya sekarang di dalam ‘adventure’ program SmartStudy. hehe… saya kata adventure sebab saya kena kuatkan fizikal dan mental untuk memenuhi program hampir setiap hari dari awal minggu ini hingga akhir minggu depan.

Ketika menulis ini, saya telah selesai 2 public program SmartStudy (maklumat di www.smartstudy.com.my) dan satu program di Felda Sungai Sibol, Johor.  Adventure saya kali ini akan membawa saya ke Ipoh, Terengganu, Seri Iskandar dan ke Johor lagi.

Jika anda baru tiba pertama kali di blog ini, blog ini selalunya dihiasi dengan tips-tips terbaru hampir setiap hari. Kini saya masih dalam proses menulis tentang rahsia keyakinan diri yang sudah hampir siap sepenuhnya. Ramai sungguh yang ingin mendapatkan tips keyakinan diri. Tidak lama lagi pula saya akan lancarkan pula ebook 7 Petua Skor A untuk anda muat turun secara percuma.

Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah kerana saya lihat jumlah pelawat semakin meningkat setiap hari terutamanya minggu ini. Kepada yang mengajukan soalan, insyaallah saya akan jawab seberapa segera yang boleh.

Selamat membaca. :)