Mon 14 Apr 2008
Sabtu lalu, saya luangkan sehari masa saya bersama beberapa orang penulis PTS di Pesta buku 2008 PWTC. Fuh….. ramai sungguh pengunjung pesta buku ini. Walaupun saya rasa macam susah nak bernyawa, rasa bangga memenuhi diri saya melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang sudah mula menjadikan acara mengunjungi pesta buku sebagai acara yang menyeronokkan. Ini juga menggambarkan semangat dan minat membaca dikalangan rakyat Malaysia sudah meningkat dengan begitu ketara sekali. Tahniah untuk rakyat Malaysia!
Saya berada di tapak jualan PTS (yang terletak di seberang sungai). Walaupun terletak di seberang sungai, nampaknya tapak ini dipenuhi pengunjung dari awal saya tiba hinggalah ke petang. Kuat juga pengaruh publisher saya ni ye.
Mulanya saya bercadang untuk melawat sambil berjumpa penulis tetapi entah bagaimana saya diberi peluang untuk berada di sudut penulis untuk berbicara bersama pengunjung. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya memegang microphone buat seketika. Cuma ada satu masalah…….
Saya terfikir, siapa mahu dengar penulis bercakap disudut tersebut sedangkan pengunjung sibuk mencari dan membelek buku? Siapa yang mahu datang mendengar apa yang saya katakan sedangkan tempat itu agak meriah dengan bising dengan bunyi suara para pengunjung? Akhirnya, apabila microphone diserahkan kepada saya, datang satu idea……. saya pun mula menjerit (bercakap dengan kuat la kiranya ni….. hehe)
“Siapa yang ada masalah lupa bila baca buku…datang rapat….! Siapa yang baca buku 2 muka surat kemudian lupa 4 muka surat, datang rapat! Siapa yang rasa anak mereka lebih suka tengok tv daripada baca buku, datang rapat! Siapa yang sifir pun tak hafal-hafal sampai sekarang, datang rapat kalau nak tahu macam mana nak selesaikkan masalah tu! Siapa yang nampak buku Sejarah je dah mula menguap, datang rapat!”
hehe… saya rasa macam jual ubat pun ada. Seronok juga rupanya. Di depan saya yang kosong tadi mula ada beberapa pengunjung. Apa yang seronoknya, semasa saya menjerit tadi, saya boleh lihat reaksi ramai pengunjung yang seolah-olah rasa apa yang katakan kena tepat kepada diri mereka. Ada yang tersenyum-senyum sambil menunjukkan kepada anak mereka atau kawan mereka yang terkena batang hidung apa yang jeritkan tadi.
Hasilnya, hampir sejam masa saya luangkan di sudut itu, penuh juga dengan pengunjung terutamanya pelajar dan ibu bapa yang mahu mendapatkan nasihat dan pandangan saya mengenai motivasi dan teknik belajar. (Saya jawab soalan tanpa menggunakan microphine.)Buku saya yang ada di rak dan simpanan PTS di situ juga habis dijual kerana pengunjung mula membeli untuk mendapatkan tandatangan saya. Hmmm… bagus juga ye…
Kenapa la saya tak datang hari-hari kat sana ye? hehe….
Apa-apa pun, pengalaman di pesta buku ini memang hebat. Terima kasih kepada krew-krew PTS di atas sokongan kepada saya. Terima kasih juga kepada sahabat saya Shamsuddin Kadir yang banyak menghiburkan dan menemankan saya sepanjang masa saya berada di sana. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














April 15th, 2008 at 12:44 pm
Rugila saya tak datang…dalamperancangan nak datang juga..tiba2 jer last2 minit ada kerja yang tak dapat dielakkan…
April 15th, 2008 at 4:37 pm
he..he..he… walaupun saya tidak ada di pesta Buku pada tika itu , namun saya dapatkan bayangkan macamana gelagat En Osman disana…

patutlah PTS bagi Mikrofon dekat En Osman , sebab mereka sememangnya tahu En Osman berbakat dalam “mengumpan” pengunjung atau pendengar tidak kira umur dan pangkat
tahniah dari saya , sememangnya pengunjung Pesta Buku berhak untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dari penulis-penulis tempatan
April 15th, 2008 at 6:22 pm
Itu la Ustaz, rugi tak datang. Kalau tak boleh jumpa. Ke kita pernah jumpa sebelum ni?
Fida…. hehe… macam dah boleh agak je gila-gila saya ni ye… tu la… kalau nak tarik perhatian orang, memang kena gila-gila sikit. Asalkan gila-gila yang baik, takpe…
April 15th, 2008 at 9:17 pm
Insya Allah lain kali…tak ada rezeki namanya tu… tak pernah jumpa lagi sebelum ni….
April 16th, 2008 at 12:45 pm
X sangka, jmpa kita di pwtc ye
abg.osman?.Kebetulan sy baru sampai pagi tu dr terengganu by bus(nampak sedikit selekeh..haha). tujuan nak pegi Pc Fair, x plan nak pegi pwtc. kebetulan dekat, sy jengah juga (borong 5 buah buku dgn x sengaja!):D . btw, en.nazrul salah sorang mentor sy dlm subjek elektif writing method masa sy study dulu. x sangka, beliau akhirnya menulis.
pnya kelam kabut minta autograf, buku my bro ada nama sy dkt situ.tsalah tulis.lol.
April 17th, 2008 at 10:28 am
Insyaallah Ustaz, kita jumpa satu hari nanti.
Azhar, saya pun tak sangka jumpa kat sana. Masa mula-mula sebut nama Azhar, saya tak dapat tangkap lagi siapa. Bila dah sebut Zaizen, baru teringat. hehe…
Apa-apa pun, nice meeting you. Sayang tak sempat borak panjang sebab tengah sibuk jawab soalan pengunjung masa tu. Takpe, ada masa nanti boleh ‘terjumpa’ lagi.