Sun 23 Dec 2007
Selamat hari lahir Danish!
Posted by Osman Affan under Khas
[12] Comments
Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya Elly selamat melahirkan anak lelaki ‘Danish Dzulfikri’, 3.22 kg, 1.54 pagi tadi di Kuala Lumpur. Ini adalah satu berita yang sangat menggembirakan saya dan ia membuat saya ‘terlebih’ ceria sejak awal pagi tadi.
Cuma, saya cuma agak sedikit terkilan kerana saya kini berada di Kuala Terengganu dan hanya akan pulang ke KL pada hari Rabu ini. Setakat ini saya hanya mampu melihat gambar anak saya melalui imej mms dan perbualan telefon 3G sahaja. Tidak sabar rasanya hendak pulang ke KL semula.
Kepada yang telah menghantar sms ucapan tahniah kepada saya sejak pagi tadi, saya ucapkan ribuan terima kasih. Masih ada lagi beberapa sms yang saya tidak sempat balas kerana agak sibuk dengan persediaan untuk program yang akan bermula hari ini.
Selamat hari lahir Danish. Semoga Danish sentiasa dilindungi Allah dan diberkati rahmat-Nya sepanjang masa.























December 23rd, 2007 at 2:26 pm
Wah, tahniah!
Nama anak tu dikirim via sms juga ke? Hehe.
“Anak laki ke perempuan?”
“Anak laki”
“Anak laki, kita letak nama Danish Dzulkifri.”
December 24th, 2007 at 9:31 am
Tahniah buat sifu,
2 putera yang akan mendoakan ayahbonda.Mungkin si abang rasa cemburu sebab tumpuan dah beralih atau dia merasa gembira sebab dah ada kawan.
Apapun semoga keluarga ini mendapat keberkatan Allah hendak-Nya.
December 24th, 2007 at 10:29 pm
Azree… hehe..tak pernah pulak terfikir macam tu.
Sebenarnya, sebaik sahaja berkahwin, saya dan isteri dah ada 4 nama anak. Jadi, bila scan dan tahu jantina sahaja, dah tahu la nama anak tersebut. Sebab tu anak sulung saya Darwish dah panggil nama Danish sejak isteri saya mengandung lima bulan lagi.
Fasiha, terima kasih. insyaallah Darwish tak cemburu. Dia telah dilatih untuk suka kepada baby. Isteri saya beritahu setiap kali ada peluang mesti dia cium baby brother dia ni.
December 26th, 2007 at 1:01 pm
tahniah dan syabas kepada En Osman….
anda memang seorang yg hebat dan profesional dalam kerjaya… sudah pasti isteri tercinta cukup memahami situasi anda pada hari yg bersejarah itu…
dan saya percaya , ianya bukan sahaja hari kelahiran anak anda…. tapi mungkin “kelahiran semula” semua peserta kursus dari KKTM Pasir Mas…
terima kasih
teruskan usaha anda untuk menceriakan hidup orang lain lagi
December 27th, 2007 at 1:12 am
Salam, bro osmang, congratulations for the birth of a wonderful sons. May god bless you in your path.
December 27th, 2007 at 2:52 am
Cik Fida, terima kasih atas ucapan tersebut….terima kasih juga kerana menjadi peserta yang sporting dan bersemangat sepanjang program. Saya akan tuliskan mengenai program kursus tu dalam masa beberapa hari lagi.
Fadzli….. apa khabar bro…? Lama tak dengar berita. Terima kasih…. semoga Fadzli juga dikurniakan rahmat dan kejayaan hebat sepanjang perjalanan…
December 27th, 2007 at 8:10 am
Salam…baru hari ini saya berpeluang membuka dan membaca blog en osman..tahniah en osman, semoga putera en osman dan isteri bakal mewarisi ilmu yang sempurna dan akan menjadi sehebat ayahandanya…tahniah!
December 27th, 2007 at 7:20 pm
hanny, terima kasih.
December 27th, 2007 at 8:30 pm
Tahniah untuk Osman… Moga2 dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak2 yang soleh.
December 28th, 2007 at 2:25 am
Dino, terima kasih.
December 30th, 2007 at 11:13 pm
Tahniah atas kelahiran anak ke-2…
December 31st, 2007 at 12:21 am
Kumbang…. terima kasih…. terima kasih juga kerana sudi singgah di blog ini.