Darwish Osman Affan

 Alhamdulillah, hari ini genaplah umur anakanda sulung saya, Darwish 4 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru sahaja saya dan isteri berkejar ke Hospital Besar Kuala Lumpur dengan penuh rasa berdebar kerana mahu menyambut kelahiran anak pertama.

Darwish Osman Affan

Hari ini adalah hari yang istimewa untuk Darwish. Di hati saya dan isteri, semua hari dalam setahun adalah hari istimewa untuk anak-anak kami. Namun hari ini istimewanya agak berbeza kerana ia selalu mengenangkan kami kepada betapa bersyukurnya kami semasa mula-mula menerima kehadiran Darwish pada tarikh hari ini, 4 tahun yang lalu.

Darwish Osman Affan

Semoga segala berkat dan rahmat Allah dicurahkan kepada Darwish sepanjang perjalanan hidupnya. Semoga segala keceriaan, keriangan dan kehebatan menjadi milik Darwish sepanjang usia hidupnya. Selamat Hari Lahir yang ke 4 Darwish!