Danish 

Hari ini genaplah umur anakanda bongsu (buat masa ini) saya 1 tahun. Setahun yang lalu, ketika beliau lahir ke dunia, saya sedang menjalankan tanggungjawab sebagai trainer di Besut bersama pegawai-pegawai daripada IKM Pasir Mas Kelantan. Masih teringat lagi bagaimana saya hanya dapat berjumpa dengan anakanda saya ini selepas dia berumur beberapa hari.

Danish 6 bulanAnakanda saya ini lebih bersemangat tubuhnya berbanding abangnya Darwish. Lebih sedap dipeluk. Saya sangka dengan tubuh yang agak montel begitu Danish akan lambat sedikit kemajuan dari segi fizikal. Ternyata saya silap. Danish sudah mula belajar berjalan ketika berusia 9 bulan dan boleh berjalan dengan laju tanpa jatuh ketika berusia 10 bulan. Kini beliau sudah aktif mengejar abangnya berlari. Alhamdulillah.

Anakanda saya adalah jantung hidup saya. Bak kata pepatah, kadang-kadang menjadi ‘racun’, tetapi selalunya menjadi penawar dan penguat semangat. Untuk anakanda Danish, saya sentiasa berdoa agar pintu hatinya sentiasa dibuka untuk menuju jalan yang diredhai, jalan yang dihujani dengan rahmat dan berkat serta rezeki yang melimpah ruah di dunia dan akhirat.  Amin.

Selamat Hari Lahir Danish!