Sun 16 Sep 2007
SmartStudy bersama MEDCY
Posted by Osman Affan under Khas, Motivasi, Soft Skills
Sabtu 15 September bersamaan 3 Ramadhan, saya telah diundang oleh ahlijawatankuasa MEDCY, sebuah persatuan jurusan perubatan Matrkulasi Universiti Islam Antarabangsa, untuk menjalankan program Bengkel Kemahiran Belajar SmartStudy. Ini kali pertama saya menjalankan program untuk persatuan ini. Pendapat pertama saya ialah, persatuan ini sangat hebat kerana dapat menjalankan dan menganjurkan program walaupun dalam bulan Ramadhan. lebih mengejutkan lagi, ini adalah program berbentuk bengkel kemahiran belajar pertama anjuran mereka. Tahniah saya ucapkan terutama sekali kepada Ain, Anas dan Farouk yang banyak berurusan dengan saya semasa program dijalankan.
Program sehari ini menyentuh beberapa kemahiran utama untuk menjadi pelajar cemerlang di universiti. Dalam ucapan pembukaan saya, saya ucapkan tahniah kepada peserta yang menyertai
program ini. Mengapa? Dahlah program ini dijalankan pada hari Sabtu (hari di mana pelajar boleh pilih untuk pulang kerumah, peserta pula perlu membayar yuran penyertaan.
Dengan membuat pilihan untuk datang belajar, ia menunjukkan peserta sudah mempunyai satu semangat dan ciri-ciri pelajar cemerlang. ramai lagi pelajar lain yang membuat pilihan untuk tidur di bilik pada pagi sabtu atau pulang ke rumah. Tambahan pula hari tersebut adalah hari puasa, tentu lebih banyak alasan boleh diberikan untuk tidak hadir.
Ditambah pula ada yuran penyertaan,semakin banyak alasan pelajar beri untuk tidak hadir. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, pelajar lebih rela membelanjakan duit mereka untuk bahan hiburan atau prepaid
handphone daripada membelanjakan ke arah pendidikan. Sebab itulah terlalu kecil jumlah pelajar (walaupun di peringkat universiti) yang berbelanja dengan membeli buku-buku yang berbentuk pembangunan diri.
Jadi, sekali lagi tahniah kepada ahli jawatankuasa MEDCY dan semua peserta yang berjaya menjadikan bengkel kemahiran belajar SmartStudy ini satu kenyataan.
Saya sendiri merasa sangat gembira melihat kesungguhan anak bangsa saya sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ini adalah kerana pada zaman ini, kita tidak lagi boleh bergantung atas bantuan orang lain untuk berjaya. Untuk memastikan kita berjaya, kita sendiri yang mesti usahakannya.
Itu juga nasihat saya kepada semua peserta program ini. Untuk berjaya, berhenti merungut dan menyalahkan orang lain. Merungut dan menyalahkan orang lain tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Selamat berjaya!









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














September 17th, 2007 at 4:09 pm
Program bersama Encik Osman Affan sangat menyeronokkan. Encik Osman berjaya membuatkan pelajar berjaya mengikuti program dengan bersemangat walaupun agak keletihan. Gayanya yang santai membuatkan peserta-peserta berasa senang terhadap beliau. Input2 yang diberikan oleh Encik Osman kepada peserta-peserta berjaya menaikkan semangat dan meyakinkan peserta bahawa kejayaan itu adalah milik semua dan tidak mustahil untuk dikecapi. Kami dari MEDCY sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk berkenalan dengan Encik Osman. Kami doakan Encik Osman terus sukses dalam mendidik anak bangsa, Insya-Allah.
September 17th, 2007 at 9:26 pm
Ain, terima kasih kerana melawat blog ini. Insyallah kalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi dalam program-program yang akan datang.
Selamat berpuasa.
September 18th, 2007 at 11:34 am
assalamualaikum,alhamdulillah saya telah berkesempatan utk melawat blog ini..pertama sekali ucapan terima kasih saya ucapkan kpd en.osman kerana telah memberikan info2 yg amat berguna sekali.insyaallah mulai sekarang saya telah sedikit sebanyak mempraktikkan ilmu2 yg saya dapat sepanjang program tempoh hari terutamanya ilmu tntg presentation skill.amat mengagumkan saya tidak lagi nervous semasa presentation..saya doakan en.osma akan terus maju dlm bidang ini,insyaallah
September 18th, 2007 at 1:09 pm
Waalaikumsalam.
Yana, terima kasih kerana melawat blog ini. Seronok saya dengar tentang tak rasa nervous lagi bila buat presentation tu. Keep it up.