SK Datuk KeramatHari Sabtu lalu saya berada di SK Datuk Keramat 2, mengendalikan satu sesi teknik belajar bersama pelajar tahun 6. Pelajar ini semua bermalam di sekolah pada malam sebelumnya kerana mengikuti program perkhemahan motivasi sekolah. Satu perkara yang beritahu pelajar di sekolah ini ialah, saya pernah bersekolah di situ semasa saya di dalam darjah satu. Ketika itu ayah saya masih bertugas sebagai tentera dan bertugas di KL selama beberapa bulan. Saya bersekolah di SK Datuk Keramat 2 selama dua penggal sahaja seingat-ingat saya. Tahun berapa ye… tahun 1983… Uishh… dah lama tu….

Dalam sesi yang saya kendalikan, saya ceritakan kisah-kisah di mana pelajar yang pada mulanya SK Datuk Keramatkelihatan tidak cemerlang akhirnya berakhir dengan kejayaan yang sangat cemerlang. Pelajar-pelajar di SK Datuk Keramat 2 ini kelihatan sangat bersemangat untuk berjaya dengan cemerlang. Mereka telah berikan sepenuh perhatian kepada apa yang saya terangkan kepada mereka.

Hasilnya, apabila saya uji mereka dengan menyuruh mereka menghafal 10 perkara, mereka dapat lakukan dengan mudah. Tahniah kepada semua pelajar Tahun 6 SK Datuk Keramat. :)