Fri 22 Jun 2007
Hmmm… adakah anda dapat meneka jawapan bagi soalan semalam? Jika anda masih belum tahu, jawapannya ialah (sepertimana yang saya diberitahu semasa zaman sekolah dulu), pukul 10.10 kelihatan seperti orang sedang tersenyum. Kalau tak percaya, cuba lihat betul-betul. ![]()
Hmmm…. kadang-kadang kelakar juga bila diingatkan tentang teka-teki cikgu saya ni. Namun, selepas memberi teka-teki ini, ada satu nasihat yang cikgu saya berikan tentang masa. Kata beliau,
“Masa ni macam air sungai yang mengalir. Memang seronok kita tengok air sungai mengalir. Tetapi, ramai yang tak sedar, air yang dah mengalir tu tak boleh berpatah balik.”
Apa yang saya dan kawan-kawan saya faham ketika itu, masa yang dah berlalu, tak boleh diganti semula. Masa yang dah terbuang disebabkan leka bermain dan tidak belajar, tidak akan berpatah balik bila kita gagal dalam peperiksaan. Masa yang sudah terbuang kerana kita tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru sedang mengajar, tidak akan datang semula apabila kita tidak dapat jawab soalan dalam dewan peperiksaan.Masalahnya, kebanyakan pelajar (termasuk saya sendiri dulu) tidak sedar apa yang telah mereka sia-siakan hingga masa yang berharga itu meninggalkan mereka.
























June 24th, 2007 at 3:42 pm
Sdr. Osman,
Bolehkah abg email gambar kita semasa bengkel bersama Puan Ainon minggu lepas?
Jika boleh, email pada aminidris81@gmail.com.
June 25th, 2007 at 11:48 am
aslm,
yer ker tu jer jwpn nyer…hampir belas tahun gak mencari jawapan nyer…terlalu ramai yang x tau makna 10 10 tu…alhamdulillah terlerai gak soalan misteri tu. Thanks!!
June 25th, 2007 at 3:29 pm
Assalamualaikum.
Amin, baru ingat nak bagitau suruh ambil gambar tu di laman web saya, tengok Amin dan ambil. So saya tak payah la hantar yang original size ye.
Shima,
hehe, berbelas tahun mencari jawapannya ye. Saya pun selama ni ingat semua orang dah tau, sebab tu segan nak cerita balik. Walau apa pun, lepas ni Shima boleh la pulak pergi cerita kat semua orang mengenai perkara ni.
July 16th, 2007 at 9:47 pm
he..he..tak terfikir pulak jam tu tgh tersenyum..
July 17th, 2007 at 1:17 pm
Ain…. bayangkan…… bayangkan jam tu tengah tersenyum……
February 18th, 2010 at 11:13 am
heheheh…shimah nie pun sama gak , bkn berbelas tahun tapi 22 tahun…bingung ngan soalan cikgu sekolah rendah…bila teringat tak tercarik jawapannya…bila ditanyer…memang most of them, tak tahu. at last terjawap juga…maybe jawapan yang en.osman bg ada betulnya. tambahan selepas disearch dlm internet…ia lebih kepada makna victory (v) ,dikaitkan juga waktu kematian abraham lincon (x pasti kesahihannya), x menutup jenama pengeluar jam tersebut yg terletak dibawah angka 12. seronok rasernya bila dah terlerai persoalan yg dibawa bertahun-tahun nie…kelakar pun ada gak. anyway…thank you!!