Osman Affan 

Syukur Alhamdulillah, hari ini, genaplah umur saya 34 tahun. Semakin hari semakin meningkat usia. Semakin hari semakin banyak rasanya yang telah saya lalui dan pelajari. Semakin hari semakin banyak nikmat dan kurniaan yang saya nikmati.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan yang tidak putus-putus menghantarkan mesej doa selamat ulang tahun kepada saya melalui sms, email dan juga facebook. Doa dan ingatan ini semua benar-benar menambahkan keceriaan pada hari yang amat bermakna buat diri saya ini.

Bagi saya, hari lahir bukanlah istimewa kerana sudah menjadi tradisi untuk ia diraikan. Ia istimewa kerana setiap tahun ini adalah tarikh yang saya pilih untuk melihat, mengkaji dan menilai semula apa yang telah saya lakukan atau tidak lakukan sejak hari lahir tahun lalu. Kadangkala hari lahir boleh menjadi hari yang mendebarkan apabila saya rasa tidak banyak perkara  yang saya capai.

Osman AffanOsman Affan  Hana Khalilah

Namun hari lahir kali ini masih istimewa terutamanya dengan kehadiran anakanda saya Hana Khalilah pada 14 Januari lalu. Ia juga istimewa kerana ada beberapa impian dan matlamat setahun yang saya inginkan telah tercapai. Maka dapatlah saya coretkan beberapa matlamat dan impian baru untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang pula.

Sekali lagi, terima kasih di atas ucapan doa selamat dan salam ingatan daripada anda semua buat diri saya. :)