Tue 24 Nov 2009
Topik Andartu di dalam rancangan Adam & Hawa
Posted by Osman Affan under Khas
Pada hari Isnin yang lalu buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki di Wisma Bently, Mutiara Damansara bagi menjayakan rakaman rancangan Adam dan Hawa terbitan Erma Fatima Production. Ini merupakan satu pengalaman baru saya buat saya bekerja bersama dengan pengarah berpengalaman dan terkenal, Puan Erma Fatima yang saya lihat begitu teliti dan jelas dengan hasil kerja yang hendak disempurnakan.

Rancangan ini dihoskan oleh pengacara Aida dan Khairy. Perbincangan di setiap episod dibantu oleh seorang panel tetap iaitu Ustaz Mohd Zawawi Yusof dan seorang perunding motivasi. Saya telah dijemput bagi menjayakan satu episod yang bertajuk Andartu.

Apa yang paling menyeronokkan bagi saya dalam pengalaman ini ialah akhirnya dapat bersemuka dan berbual-bual dengan seorang tokoh yang amat saya segani iaitu Ustaz Mohd Zawawi. Selama ini saya hanya melihat dan mendengar celoteh beliau di kaca tv tetapi kali ini saya dapat berbual secara terus dan mendengar celoteh beliau secara ‘Live’. :) Walaupun terasa kecil (walaupun berbadan besar) dan terasa rendahnya diri saya ini berbanding beliau, saya tetap rasa selesa dan seronok bertukar-tukar pendapat dan berbual dengan beliau. Saya percaya ini kerana kehebatan beliau membuat saya terlupa dan terleka daripada melihat pada kelemahan dan kekurangan saya berbanding beliau. Terima kasih Ustaz Zawawi, Ssya pasti tidak akan lupakan pengalaman ini!
Di dalam topik Andartu ataupun Andalusia (Anak Dara Lanjut Usia), perkara yang dibincangkan ialah isu di mana ada wanita yang memilih untuk tidak berkahwin dengan alasan mahu mengejar kestabilan kerjaya. Namun turut dibincangkan juga ialah bagaimana untuk wanita bujang yang sudah lanjut usia boleh meningkatkan peluang untuk mengakhiri zaman bujang mereka.
![]()

Secara ringkasnya saya kongsikan tentang tips untuk mencari pasangan. Jawapan saya adalah daripada sudut psikologi. Pandangan dan pendapat daripada sudut agama dijawab dengan jelas oleh Ustaz Zawawi. Menurut apa yang saya faham, jika kita mahu mencari pasangan hidup, kita mesti terlebih dahulu rasa jelas tentang siapa yang kita mahu cari. Maksudnya, kita perlu tahu ciri-ciri dan watak bakal pasangan kita.
Ini adalah kerana kebanyakan contoh cerita andartu yang kita dengar selalu adalah rungutan bagaimana betapa susahnya mencari calon yang sesuai. Saya percaya satu faktor yang membuat seseorang susah mencari sesuatu yang sesuai ialah orang tersebut sendiri tidak tahu apa yang sedang dicari. Akibatnya, jika seorang calon yang sesuai berdiri di hadapan pun pasti tidak akan kelihatan. Jadi satu tip ringkas yang boleh dikongsikan di sini ialah kita perlu senaraikan ciri-ciri pasangan yang dicari. Jika boleh, cuba senaraikan 10 ciri-ciri yang dicari. Manalah tahu setelah kita tulis semua ciri-ciri yang dicari, orang yang mempunyai ciri-ciri tersebut sebenarnya sudah lama kita kenali dan sentiasa berada tidak jauh daripada kita. :)
























November 25th, 2009 at 8:43 am
Salam bro, em very happy coz your website is link to my school web…why not we plan yr visit to my school soon..
“Class of 2006, IIUM”…remember we climbed Mount Kinabalu, together with Adam, Bob..CEPSA, BEDSA…hahahahaha
November 25th, 2009 at 11:30 am
Salam Bro Azman. Lama betul tak dengar berita. Memang kenangan paling menarik panjat gunung Kinabalu tu, mencabar fizikal dan mental.
Insyaallah, tidak ada masalah untuk ke sekolah Bro. Kita boleh aturkan nanti.