Sat 23 Dec 2006
Trip ke Penang….
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Khas, Motivasi
No Comments
Hmmm…. bercakap tentang tips untuk bercakap di khalayak ramai, saya sebenarnya baru balik dari Pulau Pinang semalam setelah 4 hari berada di sana. Ini adalah pengalaman pertama saya bermalam di pulau pinang (the island itself). Maknanya, bertambah la koleksi pengalaman saya sebab saya dah lakukan satu perkara lagi yang belum pernah saya lakukan.
Saya di Penang sebab ada program team building dengan TUDM daripada Kolej Tentera Udara Kedah. Hanya seorang sahaja fasilitator untuk program ini, iaitu saya.:) Hampir 30 peserta bersama-sama saya mendengar celoteh dan bergelak ketawa dengan saya sepanjang beberapa hari lepas.
Bersama peserta daripada TUDM ini, mereka juga ada nyatakan bahawa public speaking merupakan sesuatu yang sukar bagi mereka. Bayangkan, jika anda tidak pernah bercakap di khalayak ramai dan anda perlu bercakap di depan bos-bos anda di pejabat…. menakutkan bukan….?
Hmm…. untuk menulis tips tentang teknik mengurangkan rasa berdebar dan meningkatkan rasa keyakinan diri semasa bercakap di khalayak ramai, saya perlu berhati-hati sikit. BUkan apa, perlu saya susunkan tips-tips ini supaya ia boleh digunakan dengan baik. Tips bercakap dikhalayak ramai ini bukan sahaja untuk bercakap di depan orang ramai, tetapi bolehjuga anda gunakan untuk bercakap di depan seseorang yang penting, berpangkat, garang atau semasa anda cuba menjual sesuatu….
Tips pertama saya akan berikan pada hari Isnin ini memandangkan hujung minggu selalunya bukan masa yang sesuai untuk menggalakkan bacaan tips pembangunan diri……
Sebelum anda baca tips-tips tersebut, satu soalan daripada saya, setelah baca tips2 itu nanti, sanggupkah anda cuba dan sanggupkah anda berubah untuk menjadi seseorang yang boleh bercakap di khalayak ramai……?






















