Sat 17 Feb 2007
Usahawan Muslim
Posted by Osman Affan under Khas, Motivasi, Persediaan Minda
Hari ni kita lari dari topik soft skill sekejap. Jumaat minggu lalu seperti yang saya katakan saya ada buat satu program di Universiti Malaya untuk pelajar Akademi Pengajian Islam. Program itu bertajuk Usahawan Kreatif. Ada satu soalan daripada mahasiswa ketika itu yang agak menarik untuk saya kongsikan disini.
Soalan beliau (lebih kurang), apakah sumbangan saya ke arah mewujudkan usahawan muslim yang menghidupkan tradisi Islam seperti Sembahyang Dhuha, membantu usahawan islam yang lain dan sebagainya…..
Jawapan saya…. pertama sekali… saya adalah seorang usahawan… dan seorang muslim… itu adalah sumbangan utama saya…. meramaikan jumlah usahawan muslim walaupun saya ada pilihan untuk bekerja makan gaji. Kedua, amalan Solat Dhuha, bacaan ayat seribu dinar itu semua memang bagus, tetapi langkah pertama yang patut diambil ialah dengan menjadi usahawan, bukan menunggu amalan tu lengkap baru mahu bergelar usahawan muslim. Nasihat saya kepada semua Usahawan Muslim, ada satu perkara yang boleh kita sumbangkan untuk mewujudkan komuniti Usahawan Muslim iaitu menyokong usahawan-usahawan muslim yang sudah berjaya atau sedang menuju kejayaan.
Satu penyakit yang biasa kita lihat ialah apabila seseorang usahawan muslim berjaya, ada ramai antara kita orang Islam sendiri dengki dan menaburkan fitnah dan tohmah untuk menjatuhkan usahawan tersebut. Bolehkah komuniti Usahawan muslim meningkat jika begini? Ada satu bahaya besar jika anda merasa sakit hati atau cuba menjatuhkan nama orang lain. Bahaya utamanya ialah, minda anda akan mengaitkan kejayaan itu dengan sesuatu yang tidak baik. Maksudnya, bila anda memburukkan orang-orang yang sudah berjaya, minda anda akan faham bahawa kejayaan adalah tidak baik kerana jika anda berjaya nanti, orang lain pula akan cuba menjatuhkan anda.
Akibatnya, anda tidak akan sekali-kali berjaya dalam hidup anda…………………. bahaya bukan……?









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













