
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar semua? Saya Osman Affan, ‘Professional Trainer’ dalam bidang Motivasi dan teknik Belajar.
Saya ingin beritahu anda bahawa, jika anak-anak selama ini anda rasa mereka tidak ada potensi untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, anda tidak perlu rasa terlalu sedih atau risau.
Jika anak-anak anda rasa otak mereka lemah, daya ingatan kurang, daya konsentrasi terhad dan bakat terbatas, anda tidak perlu risau juga.
Apa yang anak-anak anda rasakan itu semua hanyalah di dalam minda mereka sahaja.
Satu BERITA GEMBIRA untuk anda, keputusan peperiksaan anak-anak anda selama ini atau di dalam kelas mana mereka berada di sekolah tidak menggambarkan potensi sebenar diri mereka .Anda perlu sedar bahawa potensi anak-anak anda untuk berjaya adalah lebih tinggi daripada apa yang anda sangkakan selama ini.
Di dalam kursus ini, saya akan kongsikan bersama anak-anak anda beberapa teknik dan cara yang boleh membuktikan bahawa anda juga berpotensi untuk menjadi pelajar yang sangat cemerlang.
Saya doakan kejayaan anda dan Insyaallah kita akan bertemu nanti.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web ini. Klik disini.






















