Motivasi


Adik-adik pelajar dan ibu bapa yang saya hormati sekalian, menurut pemerhatian saya, antara masalah utama pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris ialah menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris (English Vocabulary).

Tanpa perkataan yang cukup, pelajar tidak dapat bertutur atau menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Akibatnya, pelajar jadi lemah semangat dan langsung hilang minat pada subjek ini.

Kami ingin memperkenalkan program SmartStudy™ VocabMaster. Program ini menekankan tiga langkah utama dalam menguasai English Vocabulary. Antara yang bakal dipelajari di dalam program ini ialah

  • Bagaimana cara menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.
  • Bagaimana cara menggunakan kamus Bahasa Inggeris dengan betul.
  • Bagaimana mencari maksud perkataan daripada kamus dengan pantas.
  • Bagaimana cara untuk ingat dan hafal perkataan-perkataan baru yang telah dipelajari.

Hubungi Cik Farah Lina di talian 012-4948747 untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad dan yuran penyertaan hanya RM50 sahaja.

Adik-adik yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah.

Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul?

Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka mencapai kejayaan.

Kita tidak nampak usaha kerja keras mereka kerana apa yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja, sama seperti itik yang sedang berenang. Itik kelihatan sedang bergerak tenang di atas permukaan air tetapi sebenarnya di bawah permukaan air, kakinya bekerja keras mengayuh air agar ia kekal timbul di permukaan.

Mari kita lihat prinsip ini pada pelajar cemerlang. Pernahkah adik-adik semua tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang kelihatan tenang sahaja. Walaupun mereka cemerlang dalam peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili sekolah dalam banyak perkara. Adakah mereka tenang kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat mereka?

SUDAH TENTU TIDAK!

Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG juga rasakan perkara yang SAMA. Bezanya, pelajar cemerlang teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu, usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan. Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan. Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari, “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni…tenggelam sajalah senang!” :-)

Jadi adik-adik semua, ada satu perkara penting perlu kita ingat hari ini.

Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.

Saya ucapkan Selamat Berjaya buat adik-adik semua dan Selamat Berenang!! :-)

Motivasi tanpa Teknik Belajar akan menghasilkan pelajar yang bersemangat TETAPI tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Teknik Belajar tanpa motivasi pula akan menghasilkan pelajar yang berusaha tetapi berhenti di tengah jalan.’ ~Osman Affan~

Assalamualaikum w.b.t.

Adik-adik pelajar dan semua pengunjung Blog Motivasi Belajar yang saya Muliakan…. Saya dapati ramai pelajar yang agak keliru mengenai kaitan di antara Program Motivasi dan Program Teknik Belajar. Adakah ia sama? Jika tidak sama, apakah perbezaannya?

Menurut apa yang saya faham, program Motivasi lebih menekankan tentang aspek MINDA. Ia membuat peserta program sedar apa tujuan mereka pergi ke sekolah dan mengapa mereka perlu menjadi pelajar yang cemerlang. Program ini juga selalunya menjurus ke arah mencetus perubahan sikap pelajar. Maksudnya, jika selama ini pelajar rasa malas belajar, tidak fokus dan tidak bersungguh-sungguh, selepas hadir program motivasi, mereka akan tergerak untuk berusaha dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh.

Program Teknik Belajar pula lebih menekankan tentang CARA BELAJAR yang berkesan. Semua orang boleh belajar tetapi tidak semua orang boleh belajar dengan berkesan. Sama seperti membaca buku. Mungkin semua atau ramai orang boleh membaca buku tetapi bukan semua orang boleh memahami dan mengingati isi kandungan buku tersebut dengan baik.

Ini bermaksud, dengan teknik belajar berkesan, pelajar akan rasa proses belajar itu tidaklah begitu susah seperti yang dirasakan selama ini. Jika selama ini pelajar rasa lemah semangat apabila melihat buku yang tebal, selepas belajar teknik belajar, mereka akan faham bahawa tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan jika belajar daripada buku-buku yang tebal itu.

Yang mana satukah lebih penting? Motivasi atau Teknik Belajar?

Sudah tentu, kedua-duanya diperlukan. Jadi, apa yang kami lakukan di SmartStudy?

Di SmartStudy, sejak awal lagi (bermula tahun 2005), kami menerapkan konsep ‘Motivasi melalui Teknik Belajar‘. Ini bermaksud, kami fokuskan program kami pada Teknik Belajar berkesan. Kami percaya, apabila pelajar sudah menguasai teknik belajar berkesan, mereka akan timbul SEMANGAT (Motivasi) untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dengan sendirinya.

Benarkah Motivasi untuk belajar boleh timbul melalui teknik belajar berkesan SmartStudy? Ya, sudah tentu! Bagaimana?

Bayangkan kita mahu memasuki pertandingan melukis. Kita ada bakat melukis tetapi tidak pernah belajar teknik-teknik asas melukis dan teknik penting dalam melukis. Apabila kita masuk pertandingan, tentu sukar untuk kita menang bukan? Bayangkan apa akan jadi apabila kita ASYIK KALAH setiap kali masuk pertandingan melukis. Adakah kita akan timbul semangat untuk bertanding lagi? Adakah ada MOTIVASI untuk bertanding dalam pertandingan yang kita tahu kita akan kalah setiap masa?

Kemudian, kita dapat peluang belajar teknik melukis dengan baik. Apabila kita belajar teknik-teknik tersebut, kita dapati selama ini cara kita melukis adalah salah dan banyak teknik baru yang hebat telah kita pelajari sekarang. Apa akan jadi? Adakah kita masih tidak mahu masuk pertandingan atau kita TIDAK SABAR-SABAR untuk memasuki pertandingan tersebut? Bukankah MOTIVASI untuk masuk pertandingan dan menang akan timbul dengan sendirinya?

Begitu juga dengan SmartStudy. Kami dapati, pelajar yang tidak bersemangat belajar dan tidak mahu berusaha selalunya pelajar yang tidak tahu tentang teknik belajar berkesan. Apabila mereka didedahkan kepada teknik-teknik belajar SmartStudy, mereka terkejut melihat betapa mudahnya mereka boleh ingat sesuatu yang telah dipelajari. Secara tidak sedar juga, mereka timbul MOTIVASI untuk belajar bersungguh-sungguh dan mula MEMASANG CITA-CITA untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Jadi, apa kata adik-adik semua mula belajar Teknik Belajar Berkesan dan lihat apakah kesannya pada Motivasi Belajar yang ada dalam diri adik-adik semua. Jangan lupa menonton video di bawah ini untuk mendengar dan melihat perkongsian saya mengenai topik Motivasi Vs Teknik Belajar ini. Selamat menonton. :-)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adik-adik pelajar yang saya kasihi sekalian, tentu adik-adik semua pernah rasa rendah diri apabila orang asyik komen atau sebut tentang kelemahan diri kita. Kadang-kadang orang yang menyebut tentang kelemahan diri itu adalah orang-orang yang rapat dengan kita seperti ibu bapa kita, adik beradik, kawan sekolah dan juga guru-guru di sekolah.

Banyak ketikanya, mereka berniat baik. Tujuan mereka sebutkan kelemahan dan kekurangan dalam diri kita ialah untuk lebih berusaha memperbaikinya. Mereka mahu kita jadi lebih baik. Namum dalam masa yang sama. akibat mereka selalu lihat kelemahan di dalam diri kita, KITA JUGA MULA SUKA MELIHAT KELEMAHAN di dalam diri kita sendiri. Ini menyebabkan kita semakin mudah lemah semangat dan tidak berazam untuk berusaha.

Tonton video terbaru daripada www.SmartStudyTV.com ini sebagai satu panduan mengenai apa yang patut kita lakukan jika kita hadapi situasi sebegini. Selamat menonton.

Bahagian 1

Bahagian kedua.

Saksikan video-video ini dan video-video SmartStudy lain di www.SmartStudyTV.com

Selamat menonton. :-)

SmartStudyTV.com Osman Affan

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya merancang untuk mewujudkan ruangan MOTIVASI & TEKNIK BELAJAR SMARTSTUDY melalui video, akhirnya tercapai juga. Di ruangan ini, saya bakal kongsikan tips-tips motivasi dan teknik belajar yang biasanya saya kongsikan melalui blog ini.

Biasanya sahabat dan adik-adik semua hanya membaca hasil tulisan saya di blog ini. Namun kini, temui saya melalui video pula membincangkan tentang topik-topik motivasi dan teknik belajar SmartStudy. Saya persilakan sahabat dan adik-adik semua ke www.SmartStudyTV.com bagi menonton video-video yang telah disediakan setakat ini.

Insyaallah lebih banyak lagi akan ditambah dan video-video itu semua masih proses pembikinan. Selamat menonton. :-)

                             

Mahasiswi belajar ilmu baru

Kerap kali saya mendengar rungutan pelajar mahupun orang dewasa tentang betapa penatnya mahu belajar sesuatu. Pelajar di peringkat sekolah mengadu betapa penatnya belajar 8 hingga 10 subjek. Pelajar di peringkat universiti mengadu betapa penatnya membuat 5-8 assignments dalam satu semester. Orang dewasa yang sudah bekerja pula merungut betapa penatnya mahu belajar teori-teori baru atau cara baru melakukan sesuatu kerja.

Satu perkara yang pasti, merungut memang seronok dilakukan. Ia membuat kita rasa lega. Ia membuat kita rasa puas. Terasa kita patut diberi simpati dan belas kasihan. Terasa semua orang perlu faham situasi kita dan mungkin cuba kurangkan sedikit beban yang kita rasa kita tanggung selama ini. Namun, perlu difikirkan, apabila kita merungut, adakah beban belajar itu menjadi semakin ringan?

Sebagai contoh, apabila kita sedang beratur di pejabat pos untuk membayar sesuatu dan barisannya terlalu panjang dan bergerak terlalu perlahan, adakah ia akan berubah jika terus-menerus merungut?

Sudah tentu tidak bukan?

Program SmartStudy bagi Pelajar SPM

Satu perkara yang perlu kita ingat (jika sudah lupa) dan sedar (jika masih juga tidak sedar :-)  ) ialah merungut tidak menyelesaikan masalah. Malah ia membuat sesuatu masalah kelihatan lebih besar daripada keadaan asalnya. Cara mudah untuk tidak merungut ialah jangan beri apa-apa komen dan fokuskan minda kepada perkara-perkara lain  yang boleh menarik perhatian dan menenangkan hati kita.

Sebagai contoh, semasa beratur panjang di pejabat pos tadi, alternatif kepada merungut ialah fokuskan mata kepada apa yang ada di sekeliling. Lihat pada sesuatu yang boleh menarik perhatian kita seperti hiasan di  tempat itu, banner iklan, gelagat orang berbual-bual, perangai kanak-kanak yang berlari-lari  dan sebagainya. Timbulkan rasa seronok dalam diri semasa melihat perkara-perkara tersebut. Cuba lakukan tips ini dan lihat apa yang berlaku kepada barisan yang panjang tadi? Setidak-tidaknya, apa yang berlaku kepada rasa hendak merungut yang tidak mendatangkan faedah tadi?

Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah jika kita terasa belajar itu penat, tahukah kita bahawa tidak belajar itu jauh lebih memenatkan?

Bayangkan kali pertama kita dihadiahkan sebuah basikal. Dengannya, kita boleh pergi ke sekolah sendiri dengan lebih cepat. Malah kita boleh pergi ke mana-mana menggunakan basikal tersebut. Masalahnya, kita perlu belajar dahulu bagaimana hendak menunggangnya. Bukan sahaja ia susah pada mulanya malah menyakitkan. Berapa banyak luka di kaki dan tangan kita akibat terjatuh? Berapa kali agaknya kita menangis atau menyumpah-seranah kerana basikal itu tidak mahu mendengar kata? Susah bukan?

Namun, apa akan jadi kalau kita tidak mahu penat belajar menunggang basikal? Adakah berjalan kaki ke sekolah kurang memenatkan?

Pelajar yang merungut belajar itu memenatkan barangkali tidak pernah terfikir apa akan jadi beberapa tahun akan datang. Bayangkan kita rasa penat dan mahu berhenti belajar. 20 tahun akan datang kita akan terjumpa semula rakan-rakan sekelas atau satu sekolah. Mereka semua meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka semua sama ada berkerjaya professional atau menjadi usahawan yang sangat berjaya.

Belajar Teknik Bijak Bicara

Mereka mengumpul kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan dalam masa yang cepat dan singkat. Tidakkah ia memenatkan hati dan perasaan kita melihat ini semua sedangkan kita terkial-kial untuk membayar bil setiap bulan? Tidakkah ia memenatkan semangat dan azam dalam diri kita apabila kita tahu yang usaha kita (tanpa pendidikan) sukar membawa kita ke mana-mana?

Bagi orang dewasa yang terasa penat mempelajari ilmu baru pula, tidakkah ia memenatkan apabila kita asyik gagal dalam apa yang kita lakukan? Bukankah ia semakin memenatkan apabila kita tersedar bahawa kita asyik melakukan kesilapan yang sama sejak 20 tahun yang lalu?

Jadi, pesan saya buat diri saya sendiri, adik-adik pelajar dan rakan-rakan seperjuangan, lebih baik penat kerana belajar sekarang daripada penat menyesal di kemudian hari. Penat belajar mungkin hanya beberapa gram sahaja dibandingkan dengan penat menyesal beberapa tan.

Saya ucapkan, selamat belajar ilmu yang baru. Selamat berhenti merungut dan fokus minda kepada sesuatu yang menarik minat kita dan akhir sekali, selamat menempuh cabaran demi mencapai kejayaan! :-)

Tips Belajar Saat Akhir

Saya menerima email ini beberapa minggu lalu. Syukur dan gembira kerana buku ini dapat membantu dan memberi manfaat. Terima kasih kepada Tuan R.A.K kerana sudi menghantarkan email ini kepada saya.

Assalamualaikum En Osman Affan, Saya telah membeli buku ‘Menjadi Remaja Smart Study: Tip Belajar Saat Akhir‘ pada 20 April 2010 yang lalu. Jangan tuan terperanjat! Saya membeli buku tersebut bukan untuk anak saya, tetapi untuk kegunaan saya sendiri.  

Walaupun buku tersebut ditujukan khas khusus untuk para remaja tetapi tips yang diberikan amat berguna sekali dan masih relevan bagi saya sebagai pelajar ‘veteran’ berumur 41 tahun yang mengikuti pengajian separuh-masa kursus professionaldi dalam bidang insurans: ‘Associateship of the Malaysian Insurance Institute‘ (AMII).

Segala tips dan teknik yang diajar tuan telah saya praktikkan dengan penuh kepercayaan dan keyakinan. Hasilnya: - 

1. Bayangkan, masa sudah semakin suntuk. Peperiksaan saya hanya tinggal 7 hari sahaja lagi pada ketika itu. Namun, dengan mengamalkan tips yang diberikan walaupun di saat-saat akhir dalam keadaan tertekan, alhamdulillah saya berjaya lulus subjek ulangan yang pernah saya gagal dengan teruknya sebelum ini. Untuk makluman tuan, saya sebenarnya hampir berputus asa untuk mengulangi subjek tersebut sebelum ini. 

2. Dengan mengamalkan tips-tips di dalam buku tersebut secara istiqamah, saya juga telah berjaya lulus dengan cemerlang dan mendapat ‘distinction’ bagi subjek terakhir saya pada peperiksaan 27 Julai 2010 yang lalu. 

3. Seterusnya, menamatkan pengajian saya dengan jayanya. 

4. Umur bukan penghalang untuk berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan dengan syarat menggunakan teknik kemahiran belajar yang betul. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Semoga segala usaha tuan mendidik anak bangsa dalam bidang motivasi dan teknik kemahiran belajar diberkati Allah jua hendaknya. 

Hak Allah jua segala ilmu  

Saya yang benar, 

R.A.K

 Osman Affan

Pada 4 Jun yang lalu, saya berada di MRSM Kuala Terengganu bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills. Program sehari ini dijalankan buat 270 pelajar tingkatan 3 dan 5. Fokus utama program ini ialah ‘Bagaimana untuk belajar dengan lebih fokus dan berkesan.’Bagi mencapai objektif program ini, saya telah kongsikan bersama pelajar 3 langkah untuk mencapainya. Langkah-langkah itu ialah

  • Buka minda dengan menulis matlamat.
  • Tambah keberkesanan belajar dengan Teknik Memori SmartStudy.
  • Kenali kekuatan dan kelemahan diri semasa belajar melalui Teknik Gaya Belajar.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan sangat lancar sekali. Keceriaan pelajar-pelajar di MRSM KT ini membuatkan program sehari ini terasa begitu pendek sekali. Sedar tidak sedar program sudah tamat dan saya perlu bertolak pulang Kuala Lumpur untuk program saya seterusnya.

Kepada pelajar MRSM KT, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga impian dan cita-cita yang telah dituliskan akan menjadi kenyataan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pihak urusetia yang terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada sahabat lama saya Natasya Ain (nama FB) kerana sudi hadir dan turut sama menyokong dan memeriahkan program ini.Berikut adalah beberapa maklumbalas daripada pelajar MRSM KT ini mengenai program SmartStudy Learning Skills pada 4 Jun 2010.

Osman Affan

“It’s great, understanding and successful! Every minute is gold! Saya lebih bermotivasi dan berazam untuk mencipta kecemerlangan dalam SPM. Continue to motivate people, En. Osman. Without anyone realize, you are giving other people hope.” ~ Nurdiana Bt. Hasidi

“BEST sangat!! Byk pergerakan, lagu-lagu pun ada. Ekspresi muka dan sound effect cikgu buat, kelakar gila. Contoh yang cikgu bagi contoh yang dekat dengan diri kita. Semoga kita terus…berjaya… tak sabar rasa nak main salji nih..” ~ Nur Yusmira Bt. Mohd Yusof

“Best sangat program ni. Rasa nak sambung sampai pagi esok je. Encik Osman memang sporting. Suka buat lawak. Saya enjoy sangat dengan program ini. Insyallah saya akan ikut apa yang Encik Osman ajar kepada saya sepanjang program ini berlangsung.” ~Siti Nur Adilah Bt. Abd Halim

“Program yang sangat hebat dan menarik. Program motivasi yang pasti akan diingati sampai bila-bila. Encik Osman juga sanagt pandai menarik perhatian pelajar untuk mendengar motivasinya. Congratulations  =). Semoga berjumpa lagi. Doakan kejayaan kami. Ingat kami dalam doamu. En. Osman is the best!!! Suka.Seronok.Gembira.Teruja!!!” ~ Fakhriah Bt. Razali

“I really appreciate what I have obtained from the programme. It’s really useful for me. Thanks!!” ~ Nurhanan Kamalia Bt. Mohamad Zulkipli“The best motivational program that I’ve experienced! Everything is useful and awesome! Thanks a lot. May we meet again soon. Cikgu Osman ROCKS! Now I’m confident to stand and strive harder to succeed. =)” ~ Joanna Mohd Ramdzan

“B to E to S to T, BEST sangat!!! Teknik pun betul. Tidak sia-sia spend time kat sini. Cikgu Osman pun sporting..tidak mengantuk at all. Harap-harap dapat 8A dalam PMR..” ~Nurul Najihah Bt. Baharuddin

“I really enjoyed this programme. En. Osman really communicate well with the audience. He made good jokes. Very funny and a nice experience. I feel more motivated and thanks for that. His stories are very effective in making me more rejuvenated. Interesting!!THANK YOU.” ~ Shaherah Hana Bt. Djadja Sudradjat.

“Program ini terlalu seronok!!! AMAT BAGUS..Tak tahu nak cakap aper..tak pernah jumpa penceramah macam nih. Saya berdoa agar keluarga cikgu dilindungi oleh Allah S.W.T. Thank you very much ..Saya harap dapat jumpe cikgu pada masa akan dating.” ~ Nur Halwena Bt. Mohamad.

“Syukran Jazilan ya En. Osman Affan .. Program hari ini sangat menarik dan memuaskan hati saya…self confidence saya semakin membara ..Insyallah program ini dapat membantu saya dalam mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 dengan mendapat 9A+ dalam semua matapelajaran ..” ~Nur Atiyah Bt. Ramli

“Kem motivasi ini amat berkesan..fuhh!! BEST sangat..para pelajar begitu teruja dan bersemangat mendengar dan menghayati program ini. Cikgu Osman sporting sangat, comel pulak tu..Cikgu Osman banyak menerangkan setiap satu dengan begitu bersemangat dan berkesan supaya para peserta kem dapat mencapai tujuan program kem motivasi ini dengan baik. Harap Cikgu Osman datang lagi!! Bye Cikgu Osman bin Affan” ~ Qurratti Ayun Bt. Rosdi

“Program da best!! Saya sangat happy sepanjang program ini, saya dah niatkan dalam hati untuk gunakan apa yang dipelajari hari ni untuk persediaan PMR tahun ni. Cikgu Osman pun pakar motivasi yang kelakar dan sporting. You are THE BEST Cikgu Osman. Saya harap dapat jumpa cikgu lagi pasni..” ~ Nurul Fatihah Ngah

“Program ini merupakan program yang AMAT BAGUS!! Saya rasa begitu seronok dengar ceramah beliau kerana ia dapat memberi semangat dan dorongan untuk saya supaya lebih berjaya dan bersemangat untuk belajar. Saya harap En.Osman dapat mendoakan untuk saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2010. Akhir sekali saya yakin saya tidak akan lupa dengan motivasi ini. Harap saya dapat berjumpa lagi dengan En. Osman Affan. Thanks for all..” ~ Nur Syafiqah Anis Ahmad Khalil.

“Saya berasa gembira mendengar motivasi En. Osman kerana saya tidak pernah berasa mengantuk sepanjang program yang dijalankan. Saya merasakan satu semangat baru untuk saya berjaya dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR. Terima kasih kepada En. Osman” ~ Siti Nurzaida Bt. Abdul Aziz

“Cikgu..lain kali mari lagi!! Kami semua sayang cikgu!!” ~ Nur Najwa Dzulkefli“BEST BEST BEST! Terima kasih banyak-banyak melalui program ini saya dapat mengetahui gaya belajar yang harus saya lakukan. Encik Osman is BRILLIANT!!” ~Nor Nadiah Ahmad Nazari

“BEST SANGAT!! Dapat tau banyak benda yang berguna..rase bertuah dapat jumpa En. Osman Affan yang saya anggap sangat GENIUS..tahu keperluan kami sabagai seorang pelajar..teruskan perjuangan anda dan jangan berputus asa memberikan ilmu yang berguna kepada kami semua..” ~ Nur Syuhada Bt. Mat Noor

Osman Affan

“BEST SANGAT!Penceramah yang HEBAT! Sporting sangat. Harap dapat join lagi program yang dianjurkan oleh En. Osman pada masa akan datang. Two words for this, EXCELLENT PROGRAM!!” ~ Syaripah Nursuliana Bt Syed Rijeno

“Program ini amat berkesan. Di samping dapat melepaskan tekanan dan dapat menaikkan semangat serta mengubah cara pembelajaran..apa-apa pun..En Osman Affan is the BEST!! Thank You..” ~ Nor Fatin Syakinah Bt Sabri

“Saya sangat suka program ini. Seronok dan sangat happening. En Osman sangat open dan saya suka mendengar apa yang diperkatakannya. Kalau ada lagi, saya pasti akan sertai lagi!!” ~Farah Nur Syafiqah Zakaria.

“Program ini program yang paling best sekali yang saya pernah datang. SERONOK GILER!!First time tak tidur langsung. Saya dapat belajar cara-cara yang paling berkesan untuk mengingat nombor dan fakta. Saya harap dapat ‘attend’ lagi program En Osman pada masa akan datang!!Arigato Gozaimasu!!” ~Nassunaida Bt Mohd Shaffie

“Program ni sangat best!!tak tahu nak cakap ape..hope dapat involve dengan program macam ni lagi. SPEECHLESS!!SANGAT-SANGAT BEST!!Sangat berkesan untuk diri saya yang kurang keyakinan. Saya berasa lebih bermotivasi dan lebih bersemangat untuk kejar kejayaan yang menanti.” ~ Nurafiqah Bt Ismail

“FUN!!The BEST talk that I’ve ever been to. It’s worth it not to go home earlier. Thank You En. Osman” ~ Alyaa Syafinaz Shafie

“Program yang dikendalikan oleh En. Osman B. Affan sangat menarik..Tidak terasa pun telah menghabiskan masa selama 6 jam mengikut ceramah motivasi oleh En. Osman..BEST SANGAT!!Hope you will come again..give motivation to all of my juniors..you will make MRSMKJ’s students success!!” ~ Noranizar Muhd Adnan

“Motivasi ini memberi impak yang mendalam kepada diri saya untuk membina kecemerlangan diri. Terima Kasih En. Osman kerana berkongsi ilmu kepada saya dan rakan-rakan. Motivasi yang diberi menaikkan semangat saya untuk cemerlang dalam SPM 2010. Thank You for everything” ~ Nur Atikah Bt. Ibrahim

“Program ini amat perfect untuk semua pelajar. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana selama ini saya tidak pernah mengikuti program SEHEBAT ini. Thanks and WELLDONE!!” ~ Nurhidayah Bt. Kadir

“Program ini sangat berkesan. En. Osman merupakan penceramah yang HEBAT! Saya rasa sangat bersemangat untuk belajar lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan ini. Thank You En. Osman Bin Affan!!” ~ Noor Suhada Bt Ramli

“BEST SANGAT!Program ini sangat berkesan dan dapat belajar perkara yang baru. En Osman baik giler..”You know me!!” Saya berasa sangat semangat untuk belajar dengan kaedah baru..doakan kami semua berjaya..kalau boleh datang lagi!!” Nurul Shuhada Bt A. Wahab

“Program ini sangat MENARIK dan FANTASTIK!!En Osman memang seorang yang sporting dan understanding kehidupan pelajar. Diharapkan En Osman dapat lagi menganjurkan program ini di MRSM KT. Tahniah!” ~ Najihah Bt Mohd Nooh

“Saya sangat berpuas hati dengan program ini. Saya lebih bermotivasi untuk lebih berjaya. Saya lebih yakin dengan diri saya. Saya amat berharap agar program ini dijalankan lagi. Insyallah, saya akan cuba untuk lebih berjaya lagi.” ~ Nurfarahin Bt Mohamed Fahmi

“He’s cool and fun with BRILLIANT ideas.Love him!!” ~ Nur Nadzira Illiyana Bt Ismail

“Saya sangat sayang cikgu Osman. Saya suka cikgu Osman bagi ceramah. Suka sangat-sangat!!Ceramah ni BEST GILER!!Dah la penuh dengan informasi pastu melawakkan pulak. Terima Kasih daun keladi, lain kali datang lah lagi yer..LUV U!!” ~ Nurita Asma Bt Mohd Ghani

“BEST sangat-sangat. Sehari bersama En. Osman, memang tidak cukup. He’s unpredictable, sporting habis. Saya rasa bersemangat dan yakin. AWESOME!!!” ~ Nor Hannah Diyana Ahmad Kasim

“Sangat seronok yang tidak boleh digambarkan. THANKS for being our voice today!!You give me a BRILLIANT spirit to get what I want by using my brain..wish me luck in SPM!!” ~ Nur Ain  Mardhiah Bt Abdullah

“Thank you for being here with us. You’ve taught us so many new things. I’ll always remember this motivational talk. Thanks, cikgu Osman. Do come again next time!” ~ Nur Athira Amzar Bt Mohd Zainudin

“Saya tak pernah lagi rase happy cam ni lepas hadir dalam pelbagai program. Program ni ‘BEST GILER’. Tak de yang dapat tandingi. Kalau diberi peluang, saya akan menganugerahkan program ini sebagai ‘THE BEST PROGRAM IN THE WORLD!’” ~ Nur Fatihah Nabila Mohd Rahuddin

“Program ini sangat bagus dan buat saya lebih bersemangat dan insyallah saya akan berusaha sungguh-sungguh agar apa yang saya impikan dan saya berangan 10 tahun lagi akan menjadi reality. Thank You so much En. Osman. You make me a new person now..” ~ Nurul Izzati Bt Mohamed Nor

“Saya ingatkan sesi ini membosankan tetapi sangkaan saya salah!!Sesi motivasi hari ini memberi inspirasi dan semangat baru kepada saya dan teman-teman. En Osman member komitmen yang tinggi sepanjang sesi ini. Terima kasih kerana sudi hadir ke MRSM.” ~ Nurmaisarah Bt Azmi

“Program ini terlalu, lalu, lalu, lalu, lalu (100X) best dan tak rasa masa cepat berlalu. Program ini jugak dapat menambahkan semangat saya dan rasa lebih bersungguh-sungguh untuk menghadapi hari-hari di sekolah sebelum menjelangnya SPM!!Thank You!!” ~ Nur Fatin Bt Mohd Hamran

“Program yang amat berkesan. Tak pernah saya rasai sebelum ini. En Osman BEST!!Rasa nak join lagi. Tahniah kerana kursus ini benar-benar berguna. Saya dapat banyak idea malah semangat saya semakin pulih untuk berjaya dalam SPM” ~ Nurul Amira Bt Sapie

“Sangat seronok!!Saya rasa inilah kali pertama saya tahu bahawa menuntut ilmu adalah perkara yang mudah kalau sesuai dengan tekniknya. Saya berharap program ini akan dibuat lagi.” ~ Tuan Hazwani Bt Tuan Yazid

“Thank you En Osman. Program ini best sangat!!Insyallah, kita akan berjumpa lagi kat oversea..Banyak yang saya dapat daripada program ini. Saya akan gunakannya untuk mencapai impian saya. Lebih-lebih lagi untuk SPM 2010 coming soon Nov nanti. Semoga jumpa lagi. Thank You.” ~ Nur Munirah Bt Abdullah

“Program paling GEMPAK pernah saya hadiri. Saya tidak pernah rasa seronok macam ini. Started from this programme, I become more confident to face SPM and trials. I think I can put aside all the obstacles aside easily..” ~ Aimi Liana Bt Ab Razak

“Saya berasa sangat gembira. HAPPY GILERR!!Mintak sangat program ni dapat dijalankan lagi di MRSM ini. Saya suka sangat baca buku-buku motivasi cikgu Osman yang selalu dihantar ke email saya dan koleksi buku-buku motivasi yang cukup menarik dan memberi banyak pengetahuan” ~ Nur Ezzati Alya Abd Rahim

“En. Osman sesungguhnya seorang yang dihantar Illahi kepada kami untuk memberi kejayaan kepada kami. Kalau boleh nak join program ini sekali lagi pada masa hadapan. Last sekali En Osman THE BEST!!” ~ Tengku Abdul Hafizudin B Tengku Ab Hanan

I Love SmartStudy!

Pengurusan Masa Cuti Sekolah 

Satu masalah utama yang disebut-sebut oleh pelajar ialah masalah pengurusan masa. Walaupun semua pelajar tahu bahawa kita semua sama-sama ada 24 jam sehari, mereka tetap hadapi kesukaran memahami mengapa ia terasa seperti cuma ada 12 jam sahaja sehari dalam hidup mereka. Jangan kata pelajar, orang dewasa juga hadapi masalah yang sama. Jika saya imbas zaman persekolahan saya sendiri, saya juga tidak terkecuali daripada masalah pengurusan masa.

Jadi sepanjang cuti sekolah ini, apa kata kita beberapa tips yang boleh digunakan untuk menguruskan masa. Secara khususnya, saya akan bincangkan 7 tips pengurusan masa. Sebaik-baiknya, kita gunakan kesemua tips ini serta-merta sepanjang cuti sekolah ini agar apabila sekolah bermula nanti, kita akan mula rasa selesa dengan gaya pengurusan masa yang betul.

Dr Tara Kuther7 tips ini saya pelajari daripada artikel hasil tulisan Dr. Tara Kuther, Professor dalam bidang Psikologi di Universiti of Western Conneticut State. Beliau menulis tips ini untuk ditujukan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah, kolej dan universiti. Setelah saya baca dan faham artikel tersebut, saya akan kongsikan bersama anda mengenai tips ini berdasarkan apa yang saya faham.

Saya juga akan tulis tips ini sebagai satu panduan untuk anda jadikannya satu latihan sepanjang cuti persekolahan ini. Jadi saya percaya artikel yang bakal saya kongsikan ini sesuai untuk anda jika anda bergelar seorang pelajar.

Kita akan mulakan tips ini esok. Sebelum itu, apa kata anda fikirkan, apakah masalah yang anda hadapi berkenaan pengurusan masa. Senaraikan sebanyak mungkin. Jika anda boleh senaraikan masalah yang dihadapi, membaca tips-tips ini akan jadi lebih mudah untuk anda fahami. Kita bertemu esok.

(Saya kurang pasti apakah masalahnya video Youtube di atas tidak muncul di sini. Jika anda ingin menontonnya, anda boleh klik di sini dan klik pada video Youtube yang dipaparkan. Terima kasih. http://www.motivasibelajar.com/motivasi/you-tube.html

Pada 25 Oktober yang lalu, saya telah memecahkan rekod peribadi berdiri dihadapan lebih 3000 orang pelajar SPM negeri Selangor. Ini adalah sumbangan saya dalam menjayakan slot Minda Segar untuk peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor yang terdiri daripada pelajar SPM yang terpilih di seluruh negeri Selangor.

Minda Segar Bersama Osman Affan

Program ini amat istimewa buat saya kerana dua perkara utama. Pertama, ini adalah kumpulan terbesar yang pernah saya kendalikan setakat ini. Sebelum ini kumpulan paling besar saya kendalikan ialah pelajar seramai 2200 orang di Wisma Darul Iman Terengganu pada Februari 2009.

Jadi ini merupakan satu cabaran baru yang agak besar buat saya kerana agak mencabar untuk menarik perhatian dan fokus pelajar seramai ini. Tambahan pula kehadiran pelajar adalah diluar jangkaan di mana kerusi yang disediakan kurang mencukupi pada awalnya. Ini menyebabkan beberapa ratus orang pelajar terpaksa bermula dengan bersila di atas lantai. Namun saya percaya program tetap berjalan lancar dan tidak ada masalah berkaitan isu tidak cukup kerusi buat sementara ini.

Minda Segar Bersama Osman Affan

Sesi Minda Segar yang saya kendalikan ini adalah berkaitan bagaimana untuk mengawal tekanan perasaan menjelang peperiksaan. Saya tekankan kepada pelajar bahawa menjelang peperiksaan, adalah amat penting mereka mempunyai hati yang tenang dan ceria. Apabila hati tenang, peluang untuk ingat apa yang telah dipelajari adalah jauh lebih besar.

Kedua, program ini adalah untuk pelajar di seluruh Selangor. Ia istimewa buat saya kerana saya juga belajar di sekolah di Selangor semasa mengambil peperiksaan SPM walaupun saya dibesarkan di Kuala Terengganu. Sekolah saya di Klang, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) adalah satu tempat yang banyak memberikan kenangan manis dan detik perubahan dalam hidup saya.

Anda boleh melihat sedikit rakaman semasa program ini dijalankan. Walaupun visualnya agak kurang jelas disebabkan lampu yang berada di belakang pentas, audionya sangat jelas dan boleh difahami.

Minda Segar Bersama Osman Affan

Kepada semua pelajar yang menyertai program ini saya ucapkan selamat bersedia dalam saat akhir menjelang peperiksaan SPM dan selamat berjaya mencapai apa sahaja matlamat yang telah ditetapkan untuk peperiksaan SPM 2009 ini. Selamat berjaya.

p/s Ada masalah teknikal dalam gambar yang diambil oleh sahabat saya sepanjang program di mana semuanya rosak. Jika anda berasa di program ini dan ada mengambil gambar, sudilah kiranya kirimkan kepada saya agar dapat saya paparkan di blog ini. Mohon kirimkan kepada saya di info@motivasibelajar.com. Terima kasih.

 SmartStudy

Saya telah pergi ke banyak sekolah, kolej dan juga universiti. Saya telah temui bermacam-macam jenis pelajar. Ada pelajar cemerlang, ada pelajar malas, ada pelajar yakin untuk berjaya, ada pelajar takut mencuba dan mungkin ratusan atau ribuan jenis pelajar lagi.

Antara jenis pelajar yang sering menarik perhatian saya ialah pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih memasuki asrama penuh, kolej ternama atau pusat-pusat pengajian tinggi terpilih. Apabila kita dengar seseorang pelajar itu berjaya memasuki mana-mana pusat pengajian yang terkenal dengan kecemerlangannya, apakah tanggapan kita terhadap pelajar tersebut? Kita akan terfikir bahawa betapa hebatnya dan betapa cemerlangnya pelajar ini bukan?

Kita juga mungkin terfikir, tidak yakin dengan kebolehan diri, rasa tidak pandai dan rasa seperti orang bodoh tentu tidak pernah terlintas di fikiran pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih ini. Namun, tanggapan itu silap sama sekali.

Kerap kali saya apabila saya bertemu dengan kumpulan pelajar terpilih dan cemerlang, majoriti daripada menghadapi masalah keyakinan diri. Mereka rasa mereka tidak pandai. Mereka rasa cukup tertekan kerana mereka sukar untuk menjadi benar-benar cemerlang. Mereka rasa mereka tidak ada bakat dan kemahiran.

Apa yang membimbangkan, ada antara mereka ini kekal dengan pemikiran tersebut hingga mereka gagal mencapai potensi sebenar yang terpendam di dalam diri mereka. Jika anda sedang belajar di sekolah berasrama penuh, kolej atau universiti yang dikenali, adakah anda menghadapi masalah yang sama? Adakah anda selalu rasa rendah diri dan tidak yakin untuk menjadi lebih berjaya berbanding orang lain?

Jika jawapannya ya, jangan bimbang. Ini adalah perkara normal. Apa yang sedang berlaku ialah.

“Anda sudah terlupa yang anda juga BIJAK dan HEBAT orangnya.”

Jika anda sering bersedih kerana mengenangkan bahawa anda tidak sehebat orang lain, anda sebenarnya sedang membandingkan diri anda dengan

  • kejayaan orang lain yang belum anda kecapi.
  • kegagalan anda di masa lepas.

 

Ada pelajar di sekolah berasrama penuh yang sering merasa rendah diri kerana mereka membandingkan keputusan peperiksaan mereka dengan pelajar lain yang lebih cemerlang. Padahal, keputusan pelajar lain yang cemerlang itu bukan membuktikan yang mereka lebih hebat daripada diri kita. Mungkin mereka cuma ada lakukan sesuatu dengan cara yang betul dan lebih baik. Jadi mengapa perlu bersedih, merendah diri dan takut untuk terus mencuba?

Ada pelajar di universiti yang bersedih dan hilang keyakinan apabila melihat CGPA yang rendah. Keyakinan diri semakin parah apabila melihat pelajar lain mendapat CGPA yang lebh baik. Padahal, CGPA yang rendah cuma menunjukkan bahawa kita mungkin tidak belajar bersungguh-sungguh atau strategi belajar yang digunakan tidak berkesan. Jadi, mengapa perlu hilang keyakinan diri dan percaya yang diri kita tidak berpotensi untuk berjaya seperti orang lain juga?

Saya percaya, satu perkara yang sedang berlaku ialah kita mudah lupa yang kita ini hebat juga orangnya. Kita mudah lupa kita ini dilihat sebagai hebat oleh orang-orang lain. Kita tidak mudah sedar bahawa ketika kita rasa rendah diri melihat kehebatan orang lain, orang lain juga merasa rendah diri apabila melihat kehebatan diri kita.

Jadi, hari ini, apa kata kita ingat kembali….. apa kata hari ini kita imbas kembali…. ingat semula kejayaan dan kehebatan kita di masa lepas. Kita ingat bukan untuk diceritakan kepada orang lain… tetapi untuk memenuhkan minda kita dengan fakta dan bukti bahawa kita juga hebat dan kita juga mencapai kejayaan seperti orang lain.

Apabila minda sudah penuh dengan bukti kehebatan dan kemampuan diri, semangat dan keyakinan diri akan mula meningkat. Kita akan mula rasa bahawa kita juga layak menjadi hebat dan berjaya seperti orang lain. Kita juga mampu lakukan apa yang mampu dilakukan oleh orang-orang yang selalu membuat kita rasa kecil dan hina.

Saya ucapkan, selamat ingat semula kehebatan dan kekuatan diri kita semua. :)

 SmartStudy

Ahad ini saya berada di UITM Melaka kampus bandar bagi menjayakan Seminar Menjana Keunggulan Diri bersama mahasiswa dan mahasiswi di sana. Program ini akan membentangkan modul Teknik Belajar SmartStudy dan peserta akan diterangkan bagaimana konsep teknik belajar berkesan boleh menjana keunggulan yang terpendam di dalam diri mereka.

SmartStudy

Jika anda kebetulan ada kelapangan dan berada di sekitar kawasan tersebut, mungkin anda boleh sertai program ini sebagai tetamu atau pemerhati. Maklumkan kami tentang kehadiran anda dengan menghubungi pegawai kami En Nizam di talian 017-6655391.

Pada 8 Ogos yang lalu saya berpeluang sekali lagi menjalankan program untuk pelajar fakulti perubatan, matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Petaling Jaya. Program sehari SmartStudy Learning Skills ini dihadiri lebih kurang 200 orang pelajar.

Seperti biasa, selain daripada saya cuba sampaikan teknik-teknik belajar yang berkesan, saya cuba tonjolkan kepada pelajar bahawa, jika kena caranya, belajar adalah sesuatu yang mudah dan sangat menyeronokkan. Di akhir program, saya selalu berharap agar apa yang saya sampaikan mampu menyentuh hati peserta untuk bergerak lebih maju ke depan. Saya sentiasa percaya bahawa pelajar yang sedang menuntut di universiti mempunyai kelebihan yang sangat ketara.

Mereka mempunyai kebolehan intelektual yang mungkin sedikit lebih maju daripada orang lain. Agak merugikan jika kebolehan dan kurniaan itu disia-siakan dengan gagal mendapat keputusan yang cemerlang dan gagal merealisasikan potensi sebenar yang terpendam di dalam diri mereka.

Jadi untuk semua pelajar yang menghadiri program ini, saya sekali lagi ucapkan tahniah dan syabas di atas kerjasama dan semangat belajar yang ditunjukkan kepada saya sepanjang sesi berlangsung. Saya benar-benar rasa seronok dan tidak sedar begitu cepat masa berlalu semasa mengendalikan program ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Matrikulasi UIA terutamanya Puan Khairani yang sudi menjemput saya untuk menjayakan program ini.

Berikut adalah beberapa maklumbalas pelajar mengenai program ini.

UIA PJ

“Terima kasih kerana telah mengajar banyak faedah yang bernas,terutamanya flash card. Dengan flash card itu,barulah orang tidak gelar seseorang itu sebagai ulat buku.”- Muna bt Martadza, UIA, PJ.

“Program yang menyeronokkan walaupun pada mulanya rasa tak nak sangat menghadiri program ini, tetapi selepas morning session, semuanya berubah. Thanks for the info. May you always blessed.” – Nur Hafizah bt M. Marzuki, UIA, PJ.

“Talk motivasi yang terbaik pernah saya hadiri.”- Nazalikha bt Lokman, UIA, PJ.

“The really good and inspiring program which I enjoy to the fullest eventhough it took almost a day. I like the way he gave his speech. We can understand the slide provided and is interesting.” – Nur Hazwani Husna bt Abd Wahid, UIA, PJ.

“Program yang best. Tak rasa boring macam program motivasi yang lain. Ada visual, video and movement.”- Nur Fatin bt Shafie, UIA, PJ.

“Tak pressure tapi penuh dengan ilmu. Saya belajar banyak benda dan membuka minda dan mata saya. Saya rasa cara tadi akan berkesan dengan saya. Melalui program ini ini juga motivasi saya akan meningkat tinggi. Terima kasih. Syukran.”- Siti Mariam bt Tahir, UIA, PJ.

“Program ini best sangat. Lain dari yang lain. I gain more than I expected.”- Nurain Asilah Noor Azam, UIA, PJ.

“En. Osman memang seorang pakar motivasi bagi saya. Beliau pandai menghiburkan sambil mengajar. Rasa tak puas dengar motivasi beliau. Saya gembira dapat bertemu dan mendengar ceramah beliau yang excellent! Lain kali datang lagi tau. Thanks.”- ainizatul Afifah bt Mohd Azahar, UIA, PJ.

“Tq Mr Osman. I love your presentation and speech. Really have a great time while learning useful thing that can be used for lifetime from you.Hope to see you again in future.”- Nur Farhani bt Mohamad Shaiedi, UIA, PJ.

“Program ini sangat sesuai dan bagus. Selepas mendengar ceramah En. Osman, saya berasa sangat bersemangat untuk mencapai kejayaan walaupun pernah mengalami kegagalan sebelum ini. Cara En. Osman sangat bagus dalam menyampaikan ceramah beliau. Tahniah dan terima kasih.”- Siti Nuratrina bt Azman, UIA, PJ.

UIA PJ

“Saya rasa amat bertuah dapat mengikuti program ini. Cara penyampaian En. Osman lain dari yang lain. Dari pagi sampai petang, langsung tak mengantuk. Asyik ketawa je dan paling penting, banyak ilmu baru yang saya dapat. Saya harap saya akan dapat mengikuti program oleh En.Osman pada masa akan datang.”- Wan Nur Amalina Wan A. Latif, UIA, PJ.

“Cute sungguh En. Osman. Itu merupakan tarikan semulajadi yang ada pada beliau. Ditambah lagi dengan sikapnya yang kelakar, menyerikan lagi ceramah motivasi beliau. Tidak hairan lah sekiranya ceramah beliau menarik perhatian ramai peserta.”- Ahmad Fahmi b Zulkefli, UIA, PJ.

“Saya suka apa yang disampaikan oleh En. Osman. Saya baru menyedari apa yang saya nak sebelum ini. Tips-tips yang diberikan amat berkesan dan berguna. Memberi kesan yang mendalam dalam diri. InsyaAllah, saya akan tingkatkan diri saya melalui tips-tips yang diberikan. Thank you so much.”- Fatin bt Mohamad Rahimi, UIA, PJ.

“En. Osman Affan is the best motivator. I respect him, the way he motivate and consult people. The presentation in interesting and fascinating. Keep up!.”- Chut Kartika bt Badrolhisham, UIA, PJ.

“Best giler program ini! The best talk ever!.”- Fatin Afiqah bt Zainudin, UIA, PJ.

“Jujur saya banyak mengikuti program motivasi tidak kira anjuran luar ataupun pihak sekolah/universiti tapi program ini yang paling menarik dan sesuai untuk semua golongan. Motivasinya memang ceria dan tidak membosankan. Harap En. Osman datang lagi ke UIA, PJ kerana semua orang patut mengikutinya.”- Amal Nabilah bt Shamsudin, UIA, PJ.

“En. Osman, saya sangat teruja dengan cara penyampaian encik. Diharap dapat datang lagi di UIA dan doakan kejayaan kami.”- Munirah bt Roslan, UIA, PJ.

“Tahniah kerana dapat merancang program yang hebat seperti ini. Saya amat kagum dengan cara penyampaian En. Osman Affan. Penyampaiannya memberi kesan kepada diri saya bahawa saya ada kelebihan seperti orang lain malah mungkin lebih. Saya rasa lebih berkeyakinan. Terima kasih banyak-banyak.”- Nurul Izzati bt Rafaai, UIA, PJ.

“My 1st impression, I thought it was something that very boring but then, I realized that it was actually a great camp that have improved my self-esteem, open my mind and become more optimistic.”- Anati Amirah bt Kamarudin, UIA, PJ.

“Keseluruhannya menarik ditambah dengan info yang bernas. Saya banyak belajar benda baru dalam program ini. Penyampaiannya amat bagus. Saya harap program ini akan meningkatkan pencapaian dalam pelajaran. Terima kasih kepada Encik Osman atas segala ilmu yang disampaikan.”- Nur Eliza Adira bt Hartono, UIA, PJ.

“Pertama kali dapat tahu ada program motivasi, ingatkan ia akan membosankan dan membazir masa tapi semua sangkaan itu salah bile Bro Osman bagi motivasi. Bagus dan best sangat. Harap sangat program ini boleh diadakan lagi.” – Faezah bt Muhammad, UIA, PJ.

“Program yang bagus dan mantap. Bukan senang nak jumpa program lagu ni. Payah nak cari. Ianya amat membantu dan sangat berkesan. Sat ja dah jadi semangat. Harap dapat jalankan selalu program seperti ini.”- Ahmad Shafiq b Mohd Zaibidi, UIA, PJ.

“Program ini ibarat bahan bakar yang telah membakar semangat saya untuk terus berusaha. Saya enjoy dan seronok. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang hadiri program ini.” – Ibrahim b Mat Sukri, UIA, PJ.

UIA PJ

“Program ini amat menarik dan gempaq. Memang tak rasa rugi walaupun habiskan full day program. En Osman berjaya menanamkan satu perasaan yakin dikalangan semua pelajar. Hope we’ll meet again. Chaiyok Encik Osman.”- Mohamed Afiq b Mohamed Yusof, UIA, PJ.

“This program is really perfect and outrageous. It gives me a lot of information on styles and technique to memorize and study well. I wish I could have more slots and this program should be expanded to all Malaysian. Nothing can be expressed except a word ‘PERFECT”.” – Umarul Haziq b Abdul Razak, UIA, PJ.

“Program yang amat bagus. Terlalu bagus. Tidak pernah ada satu saat pun yang saya ketinggalan. Ucapan yang menarik dan telah memberikan kesan yang besar dalam hidup saya. Terima kasih Encik Osman.” – Aminul Hakim b Sofian Sauri, UIA, PJ.

“Program yang sangat lain daripada yang lain. Peserta dapat mengenali diri dengan lebih dalam serta keluar dari kepompong yang menyekat impian. Program ini juga membantu dalam memperbaiki gaya belajar agar lebih mudah mendalami ilmu. Tahniah dan semoga Cikgu Osman terus maju dan dapat berkongsi lebih lagi ilmu dengan peserta. Akhirnya saya kenal diri sendiri.”- Mohd Fairul Syafiq b harun, UIA, PJ.

“Alhamdulillah. Saya amat tertarik dengan program ini. Banyak perkara yang harus dipecahkan oleh otak hamba yang lemah ini. Jazakallah kerana membuat saya kembali sedar tugas saya untuk agama dan keluarga. InsyaAllah, saya berazam untuk mampu bercakap lebih baik dari En. Osman.”- Muhammad Muaz Zulkhairi, UIA, PJ.

“Beliau telah berjaya mengubah mentaliti dan personaliti saya kearah cemerlang. Saya berasa sangat gembira dan berterima kasih kepadanya. Saya doakan beliau berjaya didunia dan akhirat.” – Mohd. Fakhrul Radzi b Mamat, UIA, PJ.

“Saya akui saya seorang sombong dan ego. Belum pernah ada motivator yang mampu melunakkan ego saya selama ini. Setelah beberapa ketika dalam program Abg, terasa jiwa dan minda saya seperti diberi nafas baru. Tahniah tuan penglipur lara, tuan memang hebat.”- Dr Ir Inamul Hasan, UIA, PJ.

“Suka sangat Brother Osman. He’s a funny motivator and all his activities are interesting. All the best for you brother.” Noor Haffizah bt Mohd Isa, UIA, PJ.

“Program motivasi ini berjaya membuka mata saya bahawa setiap seorang mempunyai bakat yang terpendam yang perlu ditajamkan dengan kemahiran. Ini amat berguna untuk setiap pelajar yang mahu berjaya dalam hidup.”- Fadhilah Hani bt Ishak, UIA, PJ.

“Cara kendalian amat menarik. Kan ke bagus kalau semua pensyarah sama macam Encik Osman? Saya berharap agar dapat menghadiri ceramah seperti ni lagi.”- Lina Ishak, UIA, PJ.

“It feels like talking to a friend who has the ability to reveal our true hidden in us.Thanks! This is my second time attending this course and I found it more funnier and interesting than before.”- Ainun Munira bt Ahmad, UIA, PJ.

“Program yang menyedarkan peserta tentang potensi diri yang terselindung. En Osman memahami ragam peserta dan mampu menyediakan penerangan yang menarik tumpuan. Jadi adalah tidak merugikan menghadiri program seperti ini lagi.”- Nur Raihanah bt A. Rahman, UIA, PJ.

“It’s awesome! I love it and will continue to attend this program. It really do relief my stress in studies. Thanks. Really appreciate it.”- Nurul Fareeza Suhaimi, UIA, PJ.

“This program is superb. Lots of inputs which I had obtained throughout this one whole day. Mr Osman Affan, you really are amazing and thanks for all those fun and easy learning techniques. Hope the success will be in my hand and yours.”- Anis Ismail, UIA, PJ.

“Alhamdulillah, dah lama saya tidak menghadiri program motivasi and this is the best ever. Thank you for giving me a new spirit.”- Nurul Akmal, UIA, PJ.

“Satu program yang sangat bagus dan berkesan. Sebelum ini saya tercari-cari teknik belajar yang sesuai dengan diri saya dan melalui program ini baru saya sedar teknik yang sesuai dengan saya.PERFECT!.”- Fatimah Zahra bt Mohamed Shukor, UIA, PJ.

“Encik Osman amat mahir dalam menyampaikan satu ceramah motivasi yang menarik dan berkesan. Cara penyampaian beliau bertepatan dengan apa yang didinginkan dan dicari oleh para pelajar.”- Natsha Athirah bt Mohd Izhan, UIA, PJ.

“Encik Osman telah menyuntik semangat saya untuk lebih kuat berusaha didalam pelajaran saya. Kini saya lebih yakin dengan diri saya. Kini saya lebih yakin dengan diri saya dan confident untuk menghafal semua fakta didalam buku Bio yang tebal. Saya juga lebih mengenali cara belajar yang seharusnya saya lakukan.”- Aini Fatimah Ghazali, UIA, PJ.

Next Page »