Masih lagi dalam tips menggunakan custom animation. Hari ini, saya ingin terangkan bahawa untuk satu tulisan atau objek, anda boleh gunakan lebih daripada satu effect. Saya akan tunjukkan contoh bagaimana mahu menggunakan lebih daripada satu effect kepada satu tulisan atau objek.

power pointDi slide anda, taipkan custom animation. Biarkan tulisan itu aktif. Kemudian, klik slide show –> custom animation. Ada 4 effect yang saya mahu anda gunakan ke atas perkataan tadi.

  1. Pertama, (sambil tulisan itu aktif), klik add effect –> Entrance –> Fly in. Untuk effect ini, pada bahagian ‘start’ klik ‘on click’, direction ‘from top’ dan speed ‘medium’.
  2. Kemudian, biarkan tulisan itu aktif lagi, klik add effect –> Emphasis –> Change Font Size. Pada start, klik ‘after previous’, Font size ’150%’ dan speed ‘medium.
  3. Klik sekali lagi pada add effect –> Motion path –> Up. Pada start klik ‘after previous’, path ‘unlocked’ dan speed ‘medium’.
  4. Akhir sekali, klik pada add effect –> Exit –> Fly out. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘ To bottom’ dan speed ‘fast’.

power pointSetelah anda selesaikan lakukan 4 langkah ini, anda akan lihat tulisan anda tadi begini. (gambar tulisan custom animation). Anak power pointpanah berkepala merah itu adalah motion path, menunjukkan ke arah mana tulisan itu akan pergi. Anda juga akan lihat pada bahagian custom animation di sebelah kanan power point begini. (Gambar kiri).

Setelah selesai 4 langkah ini juga, klik slide show –> view show. Klik mouse anda sekali. Apa yang anda lihat?

Jika anda lakukan dengan betul, selepas anda klik mouse anda, anda akan lihat tulisan custom animation itu turun dari atas. kemudian, secara automatik ia akan menjadi besar dan kemudian bergerak ke atas. Akhir sekali, ia akan bergerak ke bawah dengan laju dan hilang. Inilah effect yang telah anda pelajari tadi.

Untuk lebih maju, anda perlu cuba buat pelbagai effect lain pula. Saya percaya anda sudah faham fungsi effect entrance, exit, emphasis dan motion path. Esok saya akan terangkan satu lagi tip dalam menggunakan motion path. :)