Wed 25 Apr 2007
21 Tips Microsoft Power Point – tip 11.5
Posted by Osman Affan under Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar
No Comments
Kita sudah pelajari 4 bahagian dalam tip ke 11. Tip ke 11 iaitu custom animation adalah untuk membantu anda membuat animasi supaya presentation anda jadi lebih jelas dan menarik. Anda perlu ingat, tujuan anda pelajari tip ini bukanlah supaya anda boleh gunakan kesemua jenis effect dalam semua slide anda. Custom animation bertujuan untuk membantu, bukan menjadi pertunjukan utama. Jadi elakkan menggunakan effect yang tidak berkaitan malah mengganggu presentation anda.
Satu tip untuk anda pastikan sama ada custom animation anda membantu atau mengganggu, anda boleh tanya sahabat anda atau sesiapa yang boleh memberi komen terhadap presentation anda ini. Saya sendiri, selepas selesai buat sesuatu effect yang baru untuk presentation saya, saya sering bertanya kepada isteri saya tentang pendapat beliau. Isteri saya bukan berada di dalam bidang training.
Jadi komen beliau adalah seperti komen orang biasa yang bakal menjadi penonton presentation saya. Selalu juga saya mendapat maklum balas dan idea yang bernas daripada isteri saya sendiri. beliau akan memberi komen jika beliau rasa sukar untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan melalui effect pada slide saya.
Esok kita akan pelajari tip yang seterusnya, tip 12, berkenaan dengan ‘view show’.






















