Thu 26 Apr 2007
21 Tips Microsoft Power Point - tip 12
Posted by Osman Affan under Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar

Tip ke 12 adalah berkenaan penggunaan ‘view show’. Semasa anda hendak membuat presentation, anda perlu klik slide show –> View Show. Saya biasanya cuma akan klik pada satu ikon di sebelah kiri, bawah power point (seperti imej di sebelah. Jika anda mahu lebih cepat, cuma tekan kekunci F5.
Kepada yang sudah tahu tip ini, jangan ketawa jika anda rasa perkara ini terlalu mudah. Saya pernah pergi ke satu mesyuarat di mana presenter mempersembahkan slide beliau tanpa menekan button view show. Satu lagi masalah yang biasa timbul bagi sesiapa yang jarang menggunakan power point ialah, bagaimana mahu menukar slide ke slide seterusnya, atau bagaimana hendak balik semula ke beberapa slide awal.
Begini. Apabila anda sudah menekan button view show, banyak button pada papan kekunci yang anda boleh gunakan untuk bergerak ke slide seterusnya. Untuk bergerak ke depan (ke slide seterusnya), anda boleh tekan mana-mana button ini pada papan kekunci:
- Enter
- Pg Dn (Page Down)
- Arrow ke bawah
- Arrow ke kanan
Untuk berpatah balik ke belakang semula (ke slide sebelumnya), anda boleh tekan mana-mana button in pada papan kekunci:
- Pg Up (page up)
- Arrow ke atas
- Arrow ke kiri
Dengan mengetahui tip ini, anda akan kendalikan slide show anda dengan mudah, lancar dan kelihatan yakin dengan apa yang anda lakukan. Saya percaya ramai yang tidak tahu atau tidak berapa pasti akan tip ini kerana saya juga pernah lihat trainer yang ‘right click’ setiap kali mahu menukar slide. Cara ini membuang masa, tidak lancar dan membuat anda kelihatan seperti seorang amatur.
Selamat mencuba.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













