Sat 28 Apr 2007
21 Tips Microsoft Power Point - tip 14
Posted by Osman Affan under Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar
Tip ke 14 adalah tip terakhir dalam tips ‘7 perkara yang perlu dipelajari. Saya ulangi, 21 tips Microsoft Power Point saya bahagikan kepada 3 bahagian.
- 7 tips pertama (tips 1 -7) saya namakan ‘7 perkara yang perlu dielakkan’.
- 7 tips kedua (tips 8 - 14) saya namakan ‘7 perkara yang perlu dipelajari’.
- 7 tips ketiga (tips 15 - 21) saya namakan ‘7 petua untuk lebih maju’.
Jadi, tip ke 14 ialah, anda perlu pelajari dan majukan teknik anda menggunakan perisian Microsoft Power Point dengan melihat cara orang lain membuat presentation mereka.
Contohnya begini, katakan anda menghadiri mana-mana seminar atau mendengar presentation daripada sesiapa, perhatikan cara persembahan power point mereka. Jika ada cara presentation mereka yang menarik, fikirkan bagaimana agaknya cara mereka lakukan. Jika anda lihat mana-mana animation yang menarik, fikirkan bolehkah anda lakukan perkara yang sama.
Satu cara paling cepat untuk lakukan perkara ini ialah dengan meminta salinan presentation tersebut (dalam bentuk softcopy). Selalunya, jika sahabat anda atau seseorang yang anda kenali membuat presentation, tentu tidak ada masalah jika anda mahu meminta salinan presentation tersebut. Namun, anda perlu bersedia jika presenter tidak dapat memberikan softcopy tersebut.
Seperti saya sendiri, ramai juga yang meminta salinan softcopy presentation yang saya jalankan. Namun, saya perlu meminta maaf kerana tak dapat berikannya. Ini adalah kerana, softcopy power point presentation saya adalah satu daripada ‘Intellectual Property’ saya. Ia tidak boleh diedarkan begitu sahaja kerana saya perlu menjaga hasil kerja saya itu.
Namun, jika ada yang meminta salinan itu kerana mahu pelajari teknik animation, saya akan berikan satu salinan contoh di mana mereka boleh pelajari teknik-teknik tersebut. Ada satu salinan softcopy power point yang anda boleh download secara percuma iaitu www.awesomebackgrounds.com .
Setelah ada download softcopy tersebut, klik F5 dan perhatikan animation yang ditunjukkan. Anda mungkin rasa kagum atau pelik kerana animation-animation itu seolah-olah dibuat menggunakan perisian lain, bukan powerpoint. Setelah anda lihat slide show tersebut, ada dua bahagian yang anda perlu perhatikan untuk pelajari bagaimana ia dilakukan. Bahagian-bahagian itu ialah:
- Custom animation
- Slide Transition
Semasa saya mula belajar untuk memajukan diri saya dalam power point, saya telah download softcopy daripada awesomebackgrounds.com ini. Saya belajar bagaimana menggunakan custom animation dan slide transition di sini. Setelah saya kuasai asas ini, saya jadi lebih yakin untuk belajar kegunaan lain untuk mencantikkan lagi presentation saya. Bagi saya, ini adalah tip paling utama bagaimana saya majukan teknik penggunaan power point saya.
Jadi, jangan lupa download softcopy power point percuma ini dan pelajari teknik-teknik menarik yang digunakan. Mula juga perhatikan bagaimana sahabat anda atau sesiapa sahaja buat power point presentation mereka. Selamat mencuba. ![]()























