Thu 17 May 2007
21 Tips Microsoft PowerPoint - tip 15
Posted by Osman Affan under Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar
Tip yang ke 15 ialah, untuk kelihatan lebih cekap dan mahir dalam menggunakan power point, anda perlu pelajari beberapa perisian lain. Contohnya, saya pelajari perisian Macromedia Fireworks dan juga windows movie maker untuk membantu beberapa aspek dalam power point presentation saya.
Perisian fireworks adalah untuk saya olah gambar, buat animasi atau membuat background powerpoint saya sendiri. Jika anda lihat contoh gambar background dalam power point saya di tip-tip lepas, saya gunakan perisian fireworks ini. Selain daripada fireworks, perisian yang lebih kurang sama (malah lebih baik) ialah perisian photoshop.
Pentingkah pelajari perisian lain…………………………………..? Ya, sangat penting. Bayangkan jika anda mahu belajar memasak. Adakah anda akan belajar menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang sahaja? Tentu tidak kan? Anda perlu belajar juga memotong (bawang,sayur, ayam & daging) dan memilih bahan yang sesuai untuk di masak. Maksudnya, untuk mahir dalam sesuatu ilmu, anda perlu pelajari beberapa ilmu lain disekitarnya.
Sama seperti saya sendiri, walaupun saya adalah professional trainer dalam motivasi dan kemahiran belajar, selain menambahkan pengetahuan saya dalam bidang psikologi, saya juga pelajari tentang komputer dan perisiannya. Saya perlu belajar tentang teknik pemasaran kerana teknik pemasaran (marketing) banyak boleh dikaitkan dengan kebolehan menarik minat sewaktu memberi ceramah), dan saya juga perlu pelajari tentang menguruskan laman web. Hasilnya, saya dapat kongsikan bidang kepakaran saya dalam laman web saya seperti apa yang saya lakukan di blog ini. ![]()
Jadi, mulai hari ini, pelajari beberapa perisian lain yang boleh membantu kemahiran penggunaan perisian power point anda.























