Tip yang ketujuh, sesuatu yang perlu anda elakkan semasa menggunakan microsoft Powerpoint ialah, jangan gunakan terlalu banyak animation dalam sesuatu presentation. Contohnya, katakan anda paparkan 7 isi penting dalam slide anda dan isi penting itu keluar satu persatu. Ramai pelajar yang terlalu seronok menggunakan animation hingga mereka gunakan 7 jenis animation yang berbeza untuk setiap isi. Contohnya, isi pertama keluar dengan animation ‘fly in’, isi kedua keluar dengan animation ‘grow and turn’, isi ketiga dengan ‘compressed’ dan seterusnya.

Walaupun cara ini tidaklah salah, tetapi ada beberapa akibat yang mungkin anda tidak sedari:

  • Presentation anda kelihatan tidak seragam. Mana tidaknya, satu animation keluar begini dan satu animation lagi keluar begitu. Perbezaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi penonton anda.
  • Presentation anda akan Jadi presentation untuk menunjukkan kebolehan anda menggunakan animation, bukan untuk menyampaikan mesej dengan jelas. Jadi, anda harus fikir semula kenapa anda buat presentation tersebut. Adakah animation yang berbeza anda lakukan tadi akan membantu penonton memahami mesej anda atau sebaliknya?
  • Animation yang terlalu banyak jenis akan menghalang penonton daripada melihat kelancaran mesej yang anda ingin sampaikan.
  • Presentation anda juga boleh kelihatan huru-hara jika anda gunakan terlalu banyak jenis animation dalam satu slide.

Cadangan saya, jika dalam satu slide ada 7 isi, gunakan animation yang sama. Jika anda gunakan animation ‘fly in’-'from top’, gunakan animation ini untuk kesemua 7 isi tadi. Di dalam slide seterusnya pula, anda boleh gunakan animation lain untuk isi-isi yang lain.