Wed 20 Feb 2008
3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 1.1
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
[11] Comments
Sudahkah anda fikirkan mengenai soalan saya semalam? Adakah ada pasti dengan jawapan itu atau masih ada rasa-rasa ragu? Hmmm… mari saya kongsikan jawapan saya sendiri.
Soalan pertama: Adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin? Saya percaya bahawa orang lain tidak nampak jika anda sedang tidak yakin. Rasa tidak yakin tidak mudah kelihatan sebenarnya. Sebagai contoh, jika anda lihat penyanyi yang bakal membuat persembahan, mereka selalunya kelihatan tenang dan yakin padahal banyak ketikanya mereka rasa sangat berdebar, gementar dan takut. Begitu juga jika anda lihat penceramah atau ‘trainer’ professional sebelum mereka berikan ceramah. Mereka kelihatan yakin dan tenang walaupun dalam diri mereka ada sedikit rasa bimbang (jika tidak dapat berikan ceramah yang baik) atau takut (jika ceramah tidak mendapat sambutan).
Oleh kerana sukar untuk orang lihat rasa tidak yakin diri kita, kita secara normalnya akan kelihatan seperti orang yang yakin. Jika kita berada di dalam mesyuarat atau hendak memberi ucapan, ingat bahawa orang tidak nampak rasa tidak yakin diri kita itu. Jadi, berlagaklah seperti orang yang yakin.
Saya masih ingat pengalaman saya menghadiri temuduga untuk bekerja dengan PriceWaterHouseCoopers Chartered Accountant (Sebuah Syarikat Perakaunan terbesar di dunia) pada tahun 2000. Ketika saya sampai di tempat temuduga, saya lihat lebih seratus graduan (hampir 200 sebenarnya) ada di sana. Mereka berpakaian sangat segak, kemas dan hebat. Majoritinya ialah graduan berbangsa Cina kerana jawatan ini banyak disandang oleh mereka. Entah kenapa saya terus rasa rendah diri, takut dan gementar. Rasa kerdil sungguh diri saya ini (walaupun saya berbadan besar ) dan rasa seperti tidak ada harapan untuk berjaya. Namun, saya sebaik mungkin cuba menyorokkan rasa takut dan gementar itu.
Setelah tamat 3 peringkat temuduga, saya adalah antara 26 graduan yang berjaya mendapat pekerjaan. Semasa kursus induksi, saya berbual dengan beberapa sahabat baru terutamanya yang berbangsa Cina. Saya beritahu mereka “korang ni semua masa temuduga nampak menakutkan betul. Nampak betul-betul macam eksekutif yang dah ada pengalaman bertahun-tahun. Rasa macam tak ada harapan je nak dapat kerja ni.”
Apa yang menariknya ialah mereka ceritakan bahawa mereka juga rasakan perkara yang sama iaitu takut, gementar dan
rendah diri. Padahal saya langsung tidak nampak itu semua. Lebih memeranjatkan saya, hampir semua kawan-kawan saya itu berkata (lebih kurang macam ni) ”I tengok muka you lagi menakutkan la Osman. I ingat you ni memang manager kat sini!”
Tergelak saya mendengar komen itu. Di situ saya faham bahawa “kalau kita rasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain, dalam masa yang sama mungkin orang juga sedang merasa rendah diri semasa melihat kehebatan diri kita.” Jadi, mengapa perlu takut dan rasa tidak yakin?
Jadi, pengajaran pertama yang perlu kita ingat ialah walaupun kita sedang merasa begitu berdebar dan kurang keyakinan diri, jangan terlalu risau. Orang lain tidak dapat melihatnya. Jika kita berlagak bersahaja, orang pasti nampak yang kita adalah orang yang yakin dan bersemangat tinggi.
Namun pasti ada yang tidak berpuas hati dengan pendapat saya ini. Kata mereka “Habis, yang tak yakin sampai menggeletar, menggigil dan tergagap-gagap tu, takkanlah orang tak nampak?” Hmmmm….. apa pendapat anda?























February 21st, 2008 at 1:56 pm
Salam Cikgu Osman,
Saya pun pernah mengalami pengalaman yang hampir sama seperti cikgu. Tetapi pengalaman ketika temuduga untuk melanjutkan pelajaran keluar negara. Pertama kali temuduga oleh TNB utk perakaunan ke New Zeland, gelabah giler tgok rakan lain dari sekolah top2, hinggakan cakap bahasa inggeris tunggang langgang. Untuk kali kedua saya pergi ke temuduga pengajian ke Jepun oleh JPA. Yg datang pun dari kelompok yang sama. Sebelum tu saya buat homework, membaca pelbagai bacaan dalam BI dan tunjukkan keyakinan diri pada penemuduga. Akhirnya pihak JPA memilih saya. Persediaan mental dan fizikal sangat penting untuk keyakinan diri.
Tiada yang mustahil.
Ahmad Azal Afarok
http://www.binausahawan.com
February 21st, 2008 at 2:35 pm
Tuan Ahmad, terima kasih kerana berkongsi pengalaman di sini. Pengalaman macam ni memang susah nak direka-reka. Jadi bila ada yang berkongsi, lebih ramai yang akan dapat manfaat kerana ia boleh dijadikan panduan.
February 21st, 2008 at 5:07 pm
saya bersetuju dengan pendapat En Osman , sememangnya ,orang lain tak boleh membaca fikiran kita ,walaupun ada yang diberi kelebihan “6th sense” tapi kebarangkalian kita untuk bertemu mereka hampir sifar…
namun bagi saya situasi temuduga jauh berbeza dengan “public speaking” atau nak buat persembahan sesuatu projek…
tips temuduga dari saya ialah… menganggap penemuduga adalah orang kebiasaan sahaja , bukan tujuan untuk memandang rendah kepada mereka , tapi untuk kita rasa selesa bila bercakap dengan mereka .. cuba bayangkan mereka sebagai seorang ayah , seorang kakak atau seorang datuk yang penyayang… kan mudah kita nak bersoaljawab
tips kedua , adakalanya penemuduga juga akan kehabisan soalan atau idea untuk digunakan.
tapi awas , anda semestinya Pakar dengan idea atau cerita tersebut , kalau tak , silap haribulan , anda pula akan dihentam oleh penemuduga
Jadi keluarkan idea yang menarik , idea yang sememang nya kita “pakar” tentang nya. Bila umpan mengena ,penemuduga akan bertanyakan tentang idea kita tu… jadi macam kita pula yang menetapkan soalan dan jawapan untuk ditemuduga
saya pernah gunakan kedua – dua tips diatas… dan ianya memberikan kenyakinan yang tinggi kepada saya… sehinggakan saya boleh katakan dalam hati “ok,next question please” hik..hik..hik..
dan ketika itu , saya amat meminati Wan Kamarudin Wan Ibrahim pembaca Berita NTV7 ,jadi saya tiru sedikit kenyakinan dan keberanian yang ada didalam dirinya… cuma saya lebihkan senyum sebab Wan Din tu… agak serius orang nya
dan sekarang ni , saya cuba pula meniru gaya En Osman, bila bercakap di depan khalayak ramai… he..he..he…
rasanya ada orang terharu dengan tindakan saya ni
February 22nd, 2008 at 12:14 am
Fida, terima kasih sebab kongsi pengalaman di sini.
Wah…. tiru gaya saya ye…. tak perasan pulak saya ada gaya bila bercakap depan khalayak ramai…
February 22nd, 2008 at 11:30 am
Terima kasih banyak atas tips yang dikongsikan.
Saya masih belum pernah tengok gaya encik Osman bercakap.
Apabila membaca komen daripada Fida,
terasa teringin jugak nak tengok cara Encik Osman bercakap di depan khalayak ramai.
p/s- Encik Osman, takde ker VCD ceremah tuan?? Kalau ada, saya nak tempah satu.
February 22nd, 2008 at 3:10 pm
PakarHowTo….saya pun dah confuse nak panggil En ke, Cik ke…. yang selalu tinggal komen kat sini Nur Raihan ke atau 2 lagi ahli pakarhowto.com?
Apa-apa pun, belum ada rancanga keluarkan vcd. Mungkin akan ada video program lepas yang saya pernah jalankan di laman web nanti.
February 22nd, 2008 at 3:58 pm
encik Osman,
sebenarnya saya bukanlah pakar.
sekadar menggunakan nama itu untuk mendapatkan sedikit ‘impak’ pada nama saya tu…
tak salahkan? hehehe
Jadi…
tuan bolehla panggil saya dgn panggilan ‘pakar’…walaupun saya tak pakar.
semoga dengan panggilan itu, maka ianya menjadi doa sehingga saya benar2 menjadi seorang yang pakar dalam bidang saya. amin.
p/s- Daripada gaya tulisan saya ni, encik Osman dapat agak tak, saya ni lelaki ker perempuan? hehe
February 22nd, 2008 at 6:02 pm
Tak salah guna nama pakar saya rasa. Betullah, nama boleh jadi satu doa.
Hmmm… saya ni bab-bab teka umur dengan jantina ni memang lemah sikit. tapi…… hmmm… kalau berdasarkan komen yang tertulis di posting program bersama pelajar cemerlang UTHM, lebih 90% kemungkinan mengatakan itu gaya tulisan perempuan. Sebabnya, lelaki biasanya tak tulis macam tu.
So lepas ni saya kena panggil Cik Pakar la nampaknya.
February 23rd, 2008 at 9:43 am
Encik Osman,
Saya minta maaf.
Tekaan tuan telah tersasar.
Sebetulnya, saya adalah lelaki….huhu
Hmm…untuk mengelakkan sebarang kekeliruan lagi, mungkin ada baiknya saya perkenalkan diri skit.
Nama saya Syukri.
Umur 29thn.
Asal Jerantut, Pahang.
Nur Raihan tu isteri saya.
Kami suami isteri memang selalu datang ke blog ni untuk membaca artikel2 di sini.
Isteri saya biasanya dia hanya baca saja…yang komen saya…hehe.
February 23rd, 2008 at 10:10 pm
hehehe… itu la pasal…. saya ni bab teka meneka ni memang gagal. Dulu masa zaman sekolah ada kenal sorang kawan baru. Dia suruh saya teka umur dia. Saya kata 14 tahun (sebab saya pun 14 masa tu). Sekali umur dia dah 19 tahun. Serik dah taknak teka-teka lepas tu. Anyway, selamat berkenalan Syukri.
November 13th, 2008 at 11:06 am
memang sy da buat2 dan kdg2 sgt la tkut dan nervous hanya Allah je yg tahu. tapi, mcmna dgn orng yng sangat pemalu? susah nk elak smua ni.. bg la tip ye? harap sangat dapat buang malu yg tak bertempat dan yg melampau ni. cam mane ye?