Tue 19 Feb 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 1
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
Mungkin ada berpuluh-puluh atau beratus-ratus rahsia keyakinan diri. Namun saya mahu berkongsi 3 rahsia keyakinan diri yang saya amalkan selama ini. Bagi saya, dengan keyakinan diri, kita akan mampu menghadapi apa jua cabaran, berani meluahkan pendapat atau pandangan di hadapan sesiapa sahaja dan mampu mencabar kebolehan dan keupayaan diri kita sendiri ke tahap yang lebih hebat.
Jika anda tidak pernah dengar tentang 3 rahsia ini, jangan bimbang. Ini kerana ia ditulis oleh saya sendiri berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pengalaman saya sendiri. Jadi besar kemungkinan anda belum pernah membacanya di mana-mana.
Mari kita mulakan dengan rahsia yang pertama.
“Rahsia pertama - Orang lain tidak tahu yang anda tidak yakin.” Hmm..apa maksudnya.
Begini, apabila anda rasa tidak yakin dengan diri anda terutamanya semasa berucap di depan khalayak ramai, semasa menghadiri temuduga, semasa berdepan dengan ‘boss’, semasa bermesyuarat, semasa menduduki peperiksaan dan sebagainya, orang lain tidak tahu yang anda sedang tidak yakin. Mereka lihat anda seperti biasa sahaja.
Mengapa anda perlu tahu perkara ini? Jika anda rasa orang tahu atau nampak yang anda tidak yakin….. rasa berdebar, gugup dan gementar anda akan menjadi-jadi. Padahal, orang lain tidak sedar keadaan anda itu. Saya beri satu contoh.
Katakan Ahmad sedang menghadiri satu temuduga terbuka. Semasa sampai di tempat temuduga, Ahmad lihat ramai
graduan yang berpakaian segak dan kemas bersedia untuk temuduga tersebut. Ahmad merasa berdebar. Semangat dan keyakinan dirinya sangat rendah ketika itu. Apabila Ahmad melihat graduan lain kelihatan begitu yakin sekali, Ahmad merasa rendah diri. “Kenapa semua orang nampak hebat dan yakin sedangkan aku takut macam nak pengsan ni?”
Perasaan itu membuat keyakinan diri Ahmad semakin menurun dan perasaan gementarnya semakin menjadi-jadi. Ahmad rasa seolah-olah semua orang boleh lihat wajahnya yang cemas dan gayanya yang tidak yakin. Akhirnya, Ahmad gagal menjawab soalan temuduga dengan baik dan gagal mendapat pekerjaan tersebut. Cerita tamat.
Berdasarkan cerita ini, saya ada soalan untuk anda.
- Soalan pertama, adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin?
- Soalan kedua, bagaimanakah rahsia pertama ini dapat membantu anda?









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 












March 27th, 2008 at 5:20 pm
ANDA JGN BERPUTUS ASA DAN LAKUKAN SESUATU DGN PENUH KEYAKINAN.. TANAMKAN SIKAP INGIN TAHU SUPAYA IA DAPAT MEMPERTINGKATKAN LAGI PENGETAHUAN ANDA…
November 13th, 2008 at 10:34 am
jgn hirau pandangan orang lain. jgn rse rndah diri & cuba ikhlaskn diri dgn sbnr2 nya kerana Allah. insya’ Allah boleh! tapi, mcmna nk buang sifat malu yg melampau dan malu yg tidak bertempat ye? susah lah..