Thu 21 Feb 2008
3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 1.2
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
[2] Comments
Bagaimana dengan soalan saya semalam? Sudahkah anda fikirkan?
Saya tidak nafikan bila kita rasa terlalu tidak yakin dan takut, ia boleh kelihatan melalui gerak-geri tubuh kita. Tangan kita mungkin menggeletar, suara tersekat-sekat dan fikiran rasa bercelaru. Namun, ini semua selalunya disebabkan rasa tidak yakin itu terlalu menguasai diri kita.
Jika kita rasa takut dan tidak yakin, kemudian kita asyik fokuskan fikiran kita ke arah itu, rasa itu akan semakin kuat dan menjadi-jadi. Kalau kita takut nak bercakap di depan khalayak ramai dan takut jika kita nampak menggeletar, perasaan itu akan semakin menjadi-jadi. Akibatnya, keluarlah semua masalah yang kita sebutkan tadi.
Apa yang ingin saya katakan melalui rahsia pertama ini ialah orang tidak nampak yang kita tidak yakin, kecuali…. jika kita sendiri yang menunjukkannya dengan jelas.
Begini, bila kita berhadapan dengan situasi yang boleh membuat kita rasa takut dan tidak yakin, tarik nafas dalam-dalam dan fikir, “orang lain nampak aku ‘confident’ dan bersemangat!” . Bila kita buat begini, kita akan jadi lebih tenang. Fokuskan kepada cara berfikir begini.
Dalam masa yang sama, jika kita ada masalah tangan menggeletar (yang tidak boleh kita kawal), elakkan daripada membuat aktiviti yang boleh menampakkan tangan kita yang menggeletar itu. Cuba sorokkan tangan yang menggeletar itu dengan cara yang tidak terlalu kelihatan (seperti letak dalam poket dan gerakkan sekali-sekala mengikut mesej yang disampaikan). Satu perkara lagi, jika kita ada masalah tangan menggeletar ketika bercakap di hadapan khalayak ramai, janganlah pegang kertas atau objek yang boleh nampak jelas ‘getarannya’. Kalau nak guna microphone pun, cuba usahakan supaya ada tempat letaknya. Jadi kita tidak perlu pegang.
Masalah menggeletar ini selalunya boleh diatasi dengan latihan dan percubaan yang berterusan. Percaya atau tidak saya sendiri ada masalah ini sebelum ini. Apabila saya praktikkan cara ini dan terus membuat latihan dan persembahan, ‘tangan menggeletar’ itu hilang dengan sendirinya.
Selamat mencuba.























February 22nd, 2008 at 12:21 pm
Dahulu ada seorang boss saya berbangsa Jepun yang mempunyai masalah bercakap di depan khalayak ramai.
Boss saya itu, apabila bercakap, badannya akan bergoyang ke kiri dan ke kanan, tangannya akan menggeletar dan suaranya akan kedengaran seperti suara orang yang bercakap dalam kenderaan yang bergerak atas jalan batu yang tidak rata…
suaranya jadi tenggelam timbul dan tersekat-sekat.
Tapi itu dulu lah.
Sekarang, boss saya itu nampaknya sudah memperbaiki kelemahannya.
Dia kini tampak lebih yakin.
Suara tidak lagi ‘bergegar’ dan badannya tidak lagi bergoyang ke kiri dan ke kanan.
Cuma sekarang, tangannya sahaja yang masih menggeletar.
Apapun, beliau sudah banyak berubah jika dibanding semasa mula-mula saya mengenalinya.
Mungkin lepas ini, saya patut tanya beliau, apakah rahsia beliau sampai dapat membuat perubahan tersebut.
February 22nd, 2008 at 3:13 pm
En/Cik Pakar, baguslah kalau ada perubahan. Tapi kalau belajar dengan cara yang betul, perubahan itu akan kelihatan lebih ketara dan ilmu itu akan dikuasai dengan lebih cepat.
Dalam program presentation skill saya bersama pelajar, selalu saya tunjukkan kesan bagaimana jika suara kita terlalu perlahan dan menggeletar dan bagaimana cara mengatasinya.
Tanyalah boss tu, nanti boleh kongsikan rahsianya.