Tue 26 Feb 2008
3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 2
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
[3] Comments
Rahsia keyakinan diri yang kedua ialah ‘keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk’. Hmm…. apa maksudnya?
Biasanya apabila seseorang mengeluh tentang keyakinan diri mereka yang rendah, mereka seolah-olah rasa bahawa sifat itu diwarisi daripada ibu bapa. Jika kita datang daripada keluarga yang bahagia, berjaya dan hebat, kita akan mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Begitu juga sebaliknya. Benarkah begitu? (Tentu anda teka tidak benar kan? Tetapi apa buktinya?)
Sebagai contoh, disekeliling kita banyak kisah di mana seorang penceramah atau ketua yang hebat bermula daripada seorang yang sangat lemah semangat dan tidak berkeyakinan. Saya ada kenal beberapa trainer dan personaliti yang pada zaman kanak-kanak dan remaja sangat pemalu dan tidak yakin diri. Tetapi, mereka bertukar menjadi seseorang yang hebat, petah berkata-kata dan jelas dalam menyampaikan mesej mereka.
Kita perlu ingat bahawa keyakinan diri adalah sama seperti kemahiran lain yang boleh kita kuasai. Jika kita mahu pandai
tunggang basikal, kita mesti berlatih dan terus mencuba kan? Kalau kita mahu pandai memasak kita kena selalu memasak kan? Begitu juga dengan keyakinan diri. Semakin kita berlatih untuk meningkatkan keyakinan diri, semakin tinggi tahap keyakinan diri kita.
Berita baik yang kita boleh perolehi daripada rahsia kedua ini ialah jika kita sekarang ada masalah keyakinan diri, ia boleh diatasi dan diselesaikan. Maksudnya, tahap keyakinan diri kita boleh ditingkatkan.
Jadi hari ini jerit kuat-kuat dalam hati kita, “Aku pun ada keyakinan diri yang tinggi jugakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!”























February 26th, 2008 at 9:40 am
saya ada seorang kawan yang sangat pemalu dan tidak yakin apabila bercakap depan orang.
apabila dia bercakap dia akan sentiasa menggaru-garukan kepala dan asyik usik2 hidung saja.
apabila dia dinaikkan pangkat daripada executive biasa menjadi group leader, dia terpaksa buat banyak presentasi dan banyak bercakap depan anak buahnya.
pada setiap pagi, di pejabat kami ada perhimpunan pagi.
dan pada setiap perhimpunan pagi, semua group leade wajib bercakap (kongsi maklumat) dengan group2 leader yang lain.
saya tengok…pada mulanya kawan saya tu, apabila dia bercakap memang nampak takde keyakinan langsung.
suaranya perlahan, asyik garu2 kepala dan usik2 hidung.
tapi selepas lebih kurang 2 bulan saja, saya tengok gaya dia sudah menampakkan seorang yang berkeyakinan kerana tiada lagi garu2 kepala, tiada lagi usik2 hidung dan suaranya pun sudah jelas.
jelas sekali, keyakinan diri memang boleh dilatih, dipupuk dan dibentuk.
buktinya adalah…kisah kawan saya tu.
February 26th, 2008 at 10:46 am
Latihan ? tips inilah yang saya tunggu – tunggu
hee.heeheee macam boleh teka pula Rahsia
En Osman
saya kongsi pengalaman saya ketika mengambil kursus KPLI anjuran MARA selama 2 tahun ,
masa tu saya dah ada pengalaman mengajar selama 2 tahun , tetapi apabila nak bentangkan hasil kerja kumpulan di depan guru MARA yang lain , tiba-tiba tangan tergetar – getar di atas OHP , memang nampak ketara di Skrin… saya pun hairan , suara ok , tapi tangan pula yang tak boleh nak kawal …
jadi saya kaji puncanya… setiap waktu rehat , walaupun masa “take Five” di depan classmate atau pensyarah , saya buka OHP ,dan buat latihan “tangan” di atas nya ,
walaupun tip meletakkan pen di atas OHP / transparency boleh digunakan , tapi untuk kes yang tertentu kita perlu menunjukkan aliran gambar di atas OHP ,tangan kena stabil !! selepas beberapa kali buat latihan, untuk perbentangan seterusnya….
ta…da….
tangan tak “getaqq” lagi
Sememangnya saya memerlukan ruang dan peluang untuk membina kenyakinan diri…kursus bersama En Osman tu terlalu singkat malah , isi kandungannya pula lebih kepada pembangunan insan, bukan “public speaking”.
Jadi bermula awal tahun ni…saya mencari peluang untuk bersuara di dalam majlis , mesyuarat atau perhimpunan staf , dan InsyaAllah saya akan ikuti kelas Bahasa English di hujung minggu bagi mewujudkan ruang untuk “speaking”
February 26th, 2008 at 10:48 pm
Tuan Syukri, terima kasih kerana berkongsi cerita di sini. Memang cerita-cerita macam ni kita perlukan untuk menunjukkan bukti bahawa sebenarnya keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk.
Tanpa latihan, yang garu kepala dan usik hidung akan mengambil masa yang lama untuk dihilangkan. Bahayanya bila dah terbiasa ia akan kekal jadi trademark masa buat ucapan pulak. Setiap kali nak mula bercakap je, orang dah mula tunggu dan kira berapa kali agaknya dia akan garu kepala dan usik hidung….
Fida, kursus hari tu memang untuk pembangunan insan. Jadi bahagian public speaking cuma ada satu slot sahaja. Cukuplah untuk pendedahan kan?
Menarik tu bila ambil inisiatif sendiri untuk memajukan diri. Saya sokong dan saya percaya Fida mesti boleh buat punya….