Wed 27 Feb 2008
3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 2.1
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
[3] Comments
Setelah kita tahu rahsia bahawa keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk, apakah yang patut kita lakukan? Banyak perkara.
Pertama, teruskan mencuba dan mencuba. Kalau kita tidak yakin hendak bersuara, cuba bersuara. Dalam masa yang sama, walaupun ada rasa takut, biarkan sahaja dan kawal rasa takut itu dengan fokus kepada apa yang kita mahukan. Contohnya jika kita rasa takut hendak berucap, kawal rasa takut dengan fokus kepada memori yang menggembirakan dan mungkin juga kita boleh fokus kepada wajah-wajah yang ceria di hadapan kita.
- Akui kelemahan (kepada diri sendiri, bukan dengan menyebutnya di depan orang lain) dan cari jalan untuk mengubahnya. Contohnya, semasa hendak berucap di depan khalayak ramai, kita akan rasa takut dan rendah diri kerana takut dikutuk atau diketawakan. Kita bimbang orang nampak
kelemahan kita. Nasihat saya, jangan bimbang orang lihat kelemahan kita. Sebaliknya, selepas tamat berucap (jangan tanya semasa baru mula berucap atau sedang membuat ucapan), tanya pendapat orang yang mendengar ucapan kita tentang perkara-perkara yang boleh kita majukan. Walaupun komen begini selalunya menyakitkan hati dan telinga, ia sangat hebat untuk menolak kita terus maju jauh ke depan.
- Cari sebanyak mungkin peluang untuk melatih dan mengawal rasa tidak yakin. Rasa takut dan tidak yakin diri boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira kebolehan atau pengalaman. Saya sendiri walaupun sudah banyak pengalaman bercakap di khalayak ramai, pada situasi tertentu masih merasa begitu berdebar dan kurang keyakinan diri. Namun saya terus berlatih dan belajar untuk mengawal perasaan itu semua dengan membayangkan kesudahan yang saya mahukan. Jika saya mahu ucapan saya berakhir dengan tepukan yang kuat, saya akan fokus kepada bayangan itu. Jika saya mahu ‘training’ saya berakhir dengan peserta datang mengucapkan tahniah atau memberi testimoni yang baik, saya akan fokuskan kepada bayangan itu juga. Hasilnya, rasa tidak yakin berkurangan dan bayangan itu menjadi kenyataan.
Selamat mencuba.























February 27th, 2008 at 7:59 am
saya sangat setuju dengan point yang pertama ;
“teruskan mencuba dan mencuba. Kalau kita tidak yakin hendak bersuara, cuba bersuara.”
saya dulu pun memang selalu ragu2 dan ‘segan’ untuk memberikan pendapat dalam meeting yang saya hadiri sebab takut orang kata idea saya tak bagus / tak boleh pakai.
kalau kita asyik dok fikir macam tu, sampai bila2 pun kita tak akan dapat keluarkan pendapat sendiri.
jadi…apabila anda rasa takut/tak yakin/segan nak bercakap mengeluarkan pendapat sendiri, lawan perasaan itu.
cuba bersuara! cuba dan terus mencuba.
praktice makes perfect!
February 28th, 2008 at 6:10 pm
Saya makin teruja mengikuti tip-tip keyakinan diri di sini, seperti mengambil pil harian pada setiap pagi
Terima Kasih Tuan Osman
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
February 29th, 2008 at 5:45 am
Tuan Shukri, saya setuju sangat tentang cara berfikir ‘kalau kita asyik dok fikir macam tu, sampai bila2 pun kita tak akan dapat keluarkan pendapat sendiri’ tu.
Memang perasaan tu selalu akan bermain di fikiran setiap kali hendak bersuara. Jalan paling pasti membuahkan hasil ialah seperti yang Tuan kata….terus mencuba.
Tuan Zamri, terima kasih kerana mengikuti tips-tips ni. Perumpamaan tu bunyi macam memang biasa je makan pil hari-hari. Makan pil apa? Pil idea menulis buku ke?