Mon 3 Mar 2008
3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 2.3
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
[3] Comments
Minggu lepas saya ada terangkan bahawa apa yang kenang akan berlaku semula. Maksudnya, selepas kita melakukan sesuatu, jika kita kenang kegagalan, kegagalan akan berulang semula. Begitu juga sebaliknya. Ini adalah 3 langkah yang perlu diambil untuk memupuk semangat dan keyakinan diri yang tinggi.
- Pertama, selepas melakukan sesuatu seperti peperiksaan, ucapan atau presentasi, fikirkan atau kenang kembali apa perkara baik yang telah kita lakukan. Lihat semula di dalam minda semua perkara baik dan menyeronokkan. Mungkin kita lihat ramai penonton ketawa atau tersenyum semasa mendengar ucapan kita tadi. Mungkin apa yang kita rancangkan semuanya menjadi. Kenangan ini akan menimbulkan rasa seronok dan tenang di dalam hati. Pastikan kita dapat rasa keseronokan ini semasa melakukan aktiviti ini.
- Kedua, fikir begini, “apa yang boleh aku buat untuk majukan lagi persembahan tadi?”. Berfikir begini tidak menjatuhkan semangat diri kita. Kita sekadar mahu mencari jalan untuk memperbaiki dan meningkatkan kehebatan dalam apa yang kita lakukan. Jadi ketika ini, cuba fikirkan semula apakah perkara yang tidak bagus berlaku semasa aktiviti tadi. Ini dilakukan dengan hati ceria dan niat untuk memperbaikinya agar ia jadi lebih baik dan menyeronokkan.
Ketiga, tuliskan apa perubahan dan kemajuan yang perlu dilakukan. Lebih baik lagi, cuba lakonkan terus perubahan yang kita mahukan. Contohnya jika kelemahan semasa aktiviti tadi ialah tergagap-gagap semasa menyebut sesuatu, cuba sebut semula perkataan-perkataan itu dengan lancar, tenang dan yakin. Insyaallah jika ia dilakukan dengan hati ceria dan niat memajukan diri, perubahan itu akan berlaku dengan mudah.
Selamat mencuba.























March 3rd, 2008 at 10:39 am
Encik Osman
terima kasih banyak atas tips yang dikongsikan.
lepas2 ni boleh la saya praktikkan teknik yang tuan ajarkan ini untuk mempertingkatkan kemahiran ‘public speaking’ saya.
saya beri nama teknik ini sebagai “Teknik Kenangan Abg Os”
1- Kenang perkara baik (rasai kecemerlangan diri)
2- Kenang perkara yang boleh diperbaiki (kenalpasti kelemahan diri untuk buat perubahan)
3- Tulis kemajuan/perubahan yang ingin dilakukan (terus berusaha buat pembaikan)
mari kita praktikkan.
March 3rd, 2008 at 11:10 pm
Tuan Shukri, menarik juga bunyi teknik tu ye… cuma bila dengar abang Os tu aya teringat kat pelawak Mr Os cerita santan berlada dulu tu (tak tau la orang ingat lagi ke tidak cerita zaman dulu tu).
Apa-apa pun, saya percaya kalau teknik ini diamalkan, keyakinan diri pasti meningkat.
April 7th, 2008 at 7:11 pm
bagaimana kiat2 semangat Belajar dan lebih cepat menguasai materi.masalahnya skarang BUKU bacaan saya Banyak dan mau membaca kayaknya waktunya sibuk banget,