Tue 4 Mar 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 3
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
Rahsia keyakinan diri yang ketiga ialah, jika kita mahu meningkatkan keyakinan diri, kita perlu ’suka dan cintakan diri kita sendiri’. Hmmm…. harapnya rahsia ini tidak pelik bunyinya.
Begini, rasa rendah diri selalu datang daripada orang yang rasa dirinya tidak berharga, tidak bijak, tidak berkebolehan dan tidak istimewa. Apabila berdiri di depan khalayak ramai, mereka rasa diri mereka tidak hebat berbanding dengan orang-orang yang berada di depan mereka lalu mereka rasa kurang yakin. Mereka juga rasa mereka kurang pengalaman lalu keyakinan diri jatuh ke lantai, tidak boleh diangkat lagi.
Orang yang mengalami rasa rendah diri juga selalu gagal melihat kekuatan yang ada di dalam diri mereka. Mereka terlalu fokus kepada kelemahan dan kegagalan mereka pada waktu lalu. Contohnya, ada pelajar di universiti yang merasa sangat rendah diri hingga gagal menyerlah dan gagal mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Padahal, pelajar ini dulunya adalah seorang pelajar yang sangat cemerlang di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Ramai orang dewasa yang merasa rendah diri kerana belum mencapai kejayaan atau kekayaan. Akibatnya, kejayaan dan kekayaan menjadi semakin sukar diperolehi.
Jika kita suka dan cintakan diri kita, kita akan mula memandang pada kekuatan dan kehebatan dalam diri kita sendiri. Ini tidak bermaksud kita berbangga diri, sombong dan mahu menunjuk-nunjuk. Tokoh-tokoh yang berkeyakinan tinggi tidak mempunyai sifat negatif begitu. Apa yang dimaksudkan melalui rahsia ini ialah apabila kita sudah mula menghargai kekuatan dan kehebatan diri dengan cara suka dan cinta kepada diri sendiri, kekuatan dan kehebatan itu akan semakin menyerlah (baca beberapa kali ayat ini untuk memahaminya).
Mari kita uji sama ada kita suka dan cintakan diri kita atau tidak melalui beberapa soalan di bawah:
- Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
- Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?
- Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang lain, adakah anda mula merasa rendah diri?
Apa kata anda jawab 3 soalan ini dahulu dan saya akan terangkan mengapa saya berikan soalan ini esok. Selamat menjawab. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














March 5th, 2008 at 8:31 am
Salam bertemu,
Terima kasih sifu atas topik ini.
Saya nak menjawab soalan :
1.Jk diberi pilihan saya memandang peronaliti zaman anbiya’ kerana kekuatan jiwa dan rohaninya.Jika dizaman ini saya tidak mahu menjadi orang lain kerana ada kelebihan saya yg tiada pd orang lain, namun saya hendak mencuri kelebihan tokoh seperti Syed Mokhtar Al-Bukhari.
2.Ya, saya suka apa yang saya lihat kerana saya memandang kekurangan itu satu keunikkan dan ia boleh diperbaikki.
3.Perasaan seperti ini memang timbul lebih-lebih lagi bila berada dlm keramaian yg dihadiri para ‘educated’. Namun hati kecil saya berkata “ini adalah perubahan bila melangkah setapak kehadapan”.Dan keyakinan mula timbul bila dapat berkomunikasi dgn baik dgn orang yang berhampiran dgn kita.Dan saya dapat melihat sifat@ragam manusia untuk dipelajari.
March 5th, 2008 at 9:54 am
ini jawapan saya ;
1-Sekalipun diberi pilihan menjadi orang lain, saya tetap akan memilih untuk menjadi diri saya sendiri. Bukan sombong diri atau syok sendiri tetapi kerana saya paling kenal siapa diri saya. Kalau orang lain, mungkin dengan mata kasar nampak semuanya baik, tapi siapa tahu?
2-Saya sentiasa suka melihat diri sendiri walaupun ada kekurangan/kelemahan. Setidak2nya saya sedar apa kelemahan dan kekuatan saya.
3-Pada saya, semua orang ada keistimewaan dan kekurangan masing2. Yang paling penting, kita mesti tahu apa kekuatan dan kelemahan kita supaya boleh bertindak mengikut kesusaian.
March 5th, 2008 at 10:59 am
Fasiha…. Tuan Syukri…. menarik jawapan tu semua… setiap orang pasti ada pendapat berbeza.
Nanti saya jelaskan menurut pandangan saya mengapa saya tanya soalan tu semua.
March 13th, 2008 at 9:30 pm
assalamualaikum..saya tertarik bila membaca tentang pelajar universiti yang berasa rendah diri kerana keputusan yang kurang memberangsangkan walaupun dia adalah pelajar cemerlang semasa sekolah rendah dan menengah.saya tertanya2,”ad jugak ke orang yang sama macam aku ni?”Bukanlah ingin meninggi diri,tetapi saya rindukan zaman kecemerlangan saya dahulu.saya mampu berbicara dengan sesiapa saja kerana rasa yakin yang ada pada diri saya ketika itu.tapi sekarang,saya telah menjadi serang mahasiswa yang pendiam,tambahan pula kursus yang saya ambil terdiri daripada pelajah lelaki sahaja.bukannya saya pemalu.saya pernah bercakap dengan lelaki dulu,tapi sekarang saya rasa,setiap kali saya buka mulut,kebodohan saya akan terserlah..saya sukar untuk mengikuti pelajaran kerana rasa rendah diri ini.saya ingin buktikan yang saya bukan bodoh dan patut diabaikan.saya berbangga menjadi pelajar cemerlang dan sekolah-sekolah yang saya belajar selama ini semuanya sekolah elit bertaraf kebangsaan.ini yang saya selalu fikir bila pulang ke asrama,tapi bila ke kelas semula keesokannya,saya rasa rendah diri semula.bantulah saya doktor..
March 14th, 2008 at 10:07 am
Nur, terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di sini. Pembetulan, saya belum Doktor lagi….
Hmm… itu situasi yang biasa berlaku kepada pelajar cemerlang di peringkat sekolah. Percaya atau tidak, saya mengalami masalah yang sama semasa berada di universiti (bahagian yang rasa kebodohan terserlah dan tak yakin tu).
Harap Nur boleh bersabar dan ikuti serta amalkan tips-tips keyakinan diri di sini. Saya percaya keyakinan diri Nur boleh ditingkatkan serta-merta. Selamat berjaya Nur!