Fri 7 Mar 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 3.2
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
Soalan saya yang seterusnya ialah ‘Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?’
Percaya atau tidak, kebanyakan orang tidak dapat melihat kecantikan diri mereka yang tersendiri. Disebabkan mereka selalu membandingkan kecantikan mereka dengan orang-orang berstatus model, mula wujud rasa benci dan tidak suka kepada rupa dan keadaan diri mereka sendiri. Jadi, setiap kali melihat ke dalam cermin, mereka ini selalu mencari dan terlihat keburukan dan kekurangan pada wajah dan tubuh badan mereka.
Orang-orang yang begini selalu menunggu situasi dan waktu yang sesuai untuk sukakan diri mereka. Contohnya, kalau ada orang lain puji kecantikan mereka, baru mereka rasa gembira dan yakin. Kalau ada orang lain sukakan mereka, baru mereka mahu suka diri mereka sendiri walaupun selalunya tidak bertahan lama.
Keyakinan diri kita tidak boleh bergantung kepada faktor luaran. Maksudnya, tidak boleh tunggu semua orang suka kita baru nak rasa yakin. Tidak perlu tunggu orang puji kita baru nak rasa gembira. Keyakinan diri sepatutnya datang dari dalam diri kita sendiri. Setiap kali kita melihat cermin, kita sendiri memuji keindahan ciptaan Allah yang dijelmakan ke dalam rupa paras kita. Setiap kali kita melihat cermin, kita rasa suka menjadi diri kita sendiri.
Ini yang saya cadangkan. Setiap pagi, semasa sedang bersiap-siap untuk ke sekolah atau ke tempat kerja, lihat wajah kita di cermin. Senyum dan bayangkan kejayaan-kejayaan kita pada masa lalu. Kemudian, bayangkan pula tentang orang-orang yang suka, sayang dan sentiasa menyokong kita. Teruskan senyum dan akhir sekali, bayangkan bagaimanakah cara kita senyum apabila kita sudah benar-benar berjaya suatu hari nanti. Bayangkan apakah rasanya kalau kita seorang yang sangat berkeyakinan tinggi. Aktiviti ini hanya mengambil masa antara 1-3 minit sahaja. Sanggupkah kita laburkan masa itu untuk meningkatkan keyakinan diri kita?




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













