Wed 16 Apr 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 3.3
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Petua
Bermula 19 Februari, saya ada tulis mengenai 3 rahsia keyakinan diri. Lama sungguh tulisan saya ini tertunda. Namun yang tertunda hanyalah bahagian akhir sahaja (posting terakhir rahsia keyakinan diri ialah pada 7 Mac 2008. Jika anda rujuk semula tulisan saya, dalam rahsia ke-3 saya ada berikan 3 soalan:
Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?- Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?
- Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang lain, adakah anda mula merasa rendah diri?
Saya sudah berikan penjelasan untuk soalan pertama dan kedua. Kini giliran soalan ketiga pula. Adakah anda mudah merasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain atau apabila anda berada bersama orang-orang yang hebat? Berdasarkan pengalaman saya, merasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain adalah satu perkara yang biasa berlaku. Jika saya jalankan program-program untuk pelajar universiti, saya pasti tanya sama ada para pelajar ada merasa yang diri mereka kurang bijak dan pandai berbanding kawan-kawan mereka. Majoriti pelajar akan mengaku merasa demikian.
Ini nasihat saya. Nasihat ini ialah nasihat yang saya amalkan apabila saya mula merasa rendah diri semasa melihat kehebatan orang lain. Begini. Apabila anda melihat kehebatan seseorang
- Pertama, kagumi kehebatan mereka. Jangan rasa marah, benci atau cemburu. Jika anda benci pencuri, adakah anda mahu jadi pencuri? Tidak bukan? Jika anda benci orang biadab, adakah anda mahu jadi biadab? Tentu tidak
juga bukan? Sama juga. Jika anda benci orang yang hebat dan cemerlang, secara tidak sedar anda mendidik diri anda untuk bencikan kehebatan dan kecemerlangan. Akibatnya, anda tidak jadi hebat seperti mereka. - Kedua, kata dalam hati, “hebatnya awak ni! Bagus, saya juga akan jadi hebat macam awak tak lama lagi. Orang lain pun akan rasa macam apa saya rasa sekarang setiap kali melihat saya.”
- Ketiga, bayangkan diri anda hebat seperti orang tersebut. Bayangkan bagaimana cara anda bercakap, berjalan, duduk, bekerja dan sebagainya jika anda sehebat mereka.
Aktiviti ini semua bukan sahaja akan mengurangkan rasa rendah diri kita malah ia akan meningkatkan lagi semangat kita untuk berjaya. Jika anda kurang yakin dengan teknik ini (hehe, kurang yakin dengan teknik keyakinan diri…. macam kelakar pula bunyinya..) apa kata anda cuba sahaja. Lihat apa kesannya kepada keyakinan diri anda.
Selamat mencuba! ![]()




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














April 18th, 2008 at 12:41 pm
macamana pula , kalau kita berada dalam mesyuarat dengan bekas cikgu kita tetapi sekarang mereka telah mempunyai jawatan yang jauh lebih tinggi dari kita?
pada masa itu , saya agak tersempit untuk bersuara atau memberi pendapat dan bersikap profesional kerana tersekat dek adat/budaya takut dikatakan biadap atau kurang ajar , mencelah percakapan orang tua
untuk praktikan nasihat yang ke 3 tu…
rasanya KKTM Pasir Mas kena jemput En Osman sekali lagi.., barulah dapat “bayangan” yang lebih jelas he..he.he…
April 19th, 2008 at 7:20 am
Fida… adat tu adat juga….. professional tetap professional. Saya faham apa rasanya. Tapi kena ingat, sampai bila nak diam dan rasa tersepit.
Fida la sendiri kena jemput saya macam tu. Puan Wan Faridah ada contact staff saya untuk buat program bersama pelajar awal bulan Mei ni.Kalau jadi, datang la join tengok.
April 20th, 2008 at 11:11 am
errr… sebenarnya ,disebabkan saya tidak ada bidang kuasa dan jawatan yang tertentu , jadi saya hanya sekadar bagi cadangan sahaja kepada pihak pengurusan agar En Osman dijemput sekali lagi untuk program KKTM Pasir Mas , memandangkan En Osman pakar dan berkebolehan dalam memberi motivasi kepada pelajar ,
apatah lagi kalau tak silap saya IKM Lumut telah menjemput En Osman sebanyak
3 kali kan ?
saya pun yakin dengan kebolehan En Osman kalau dirujuk kepada semua program yang telah En Osman paparkan di website satu lagi tu…
Insyaallah , program bersama KKTM Pasir Mas itu akan diadakan dalam bulan Mei nanti ,
tak sabar saya nak promosikan kepada pelajar- pelajar yang terlibat ,
lagipun sebelum ini , saya hanya berkongsi tentang LOA dengan 4 kelas yang saya mengajar sahaja , bagi saya lebih awal mereka tahu tentang konsep LOA , lagi bagus kan?
tiba - tiba teringin pula nak jadi pembantu En Osman ha..ha..ha…
April 24th, 2008 at 1:24 am
Fida, nak jadi pembantu? Boleh juga, tak ada masalah. Boleh la saya dera bagi kerja berat-berat sikit ye….
Saya akan berada di KKTM Pasir Mas pada 30 April ni, program SmartStudy bersama pelajar. Kalau free masa tu, jenguk-jenguk la sebab masa program dengan saya dulu tak ada sentuh pasal teknik-teknik kemahiran belajar kan?
August 15th, 2008 at 10:56 am
salam tuan,sy de mslah dlm mencri persnalti sbnr sy. buat pngtahuan tuan sblm ini sy seorg yg ceria,panas baran,x serius n bnyk ckp..shingga suatu ari seorg shbt laki mgadu dng akak angkt sy, dier kata yg sy x mtang, jnis x pndai jage ati org, ckp x cover, pramah n kasar sngt…sy mohon pndapat dr tuan agar sy x kekok dlm diri sy sendiri…sy jd x knal akan dri sy….bantu sy…