Tue 29 Apr 2008
3 Rahsia keyakinan diri
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
No Comments
Alhamdulillah saya telah kongsikan 3 rahsia keyakinan diri untuk meningkatkan tahap keyakinan diri kita semua. 3 Rahsia ini bukanlah satu rahsia yang terlalu besar jika kita biasa menghadiri kursus-kursus, seminar atau membaca buku-buku berbentuk pembangunan diri. Namun, ada juga masanya kita terlupa rahsia-rahsia ini hingga kita mula merasa kurang yakin dan tidak bersemangat dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.
Saya telah membuat kompilasi 3 rahsia keyakinan diri ini. Anda boleh membacanya semula di ruangan kompilasi tips dan petua atau klik disini.
Beberapa minggu ini juga saya masih dihujani oleh soalan-soalan berbentuk keyakinan diri. Risau juga saya melihat masalah keyakinan diri yang melanda diri pelajar dan orang dewasa hingga ke tahap membahayakan diri dan juga mengganggu prestasi diri. Ada yang bijak tetapi merasa bodoh kerana keyakinan diri. Ada yang cemerlang tetapi rasa begitu hina hingga mahu membunuh diri disebabkan keyakinan diri. Ada yang hebat tetapi tidak berani mencuba kerana kurang keyakinan diri.
Jadi, untuk posting seterusnya, saya akan kongsikan pula 3 sumber keyakinan diri. Teruskan membaca.






















