Fri 2 May 2008
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
Sudahkah anda menjawab soalan saya yang lepas iaitu “Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?”
Hari ini dan beberapa posting saya seterusnya, saya akan kongsikan 3 sumber utama keyakinan diri yang boleh digunakan untuk menaikkan tahap keyakinan diri kita disaat kita merasa lemah, tidak bermaya, rendah diri dan tidak yakin. Sumber keyakinan diri yang pertama ialah “Kejayaan dan kenangan manis di masa lalu’.
Adakah anda pernah mengecap apa-apa kejayaan (walaupun kecil) di masa lalu? Pernahkah anda menang apa-apa pertandingan, mendapat apa-apa anugerah atau dihadiahkan dengan sesuatu yang istimewa? Jika pernah (saya percaya tentu anda pernah ada pengalaman sebegini), anda boleh gunakannya sebagai sumber keyakinan diri.
Menurut pemerhatian saya, masalah utama orang-orang atau pelajar yang tidak yakin diri ialah mereka terlalu fokuskan minda mereka kepada kelemahan diri mereka. Mereka sentiasa terlihat akan kelemahan diri mereka setiap hari dan setiap masa. Apabila mereka lihat kecemerlangan pelajar lain, mereka rasa mereka tidak cemerlang. Apabila mereka melihat kehebatan orang lain, mereka terlupa akan kehebatan mereka.
Benarkah ini yang berlaku? Hmm…. jika anda tidak percaya, cuba anda bertanya kepada pelajar di sekolah-sekolah terpilih atau sekolah berasrama penuh. Sekolah-sekolah ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang namun masih ramai juga antara mereka yang merasa tidak pandai, lemah dan tidak cemerlang. Apa yang bahayanya ialah apabila mereka mula percaya bahawa mereka tidak cemerlang, ia akan menjadi kenyataan.
Jadi, jika anda bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap keyakinan diri anda, apa kata hari ini anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis (lebih banyak lebih baik) anda di masa lalu yang bisa membuat anda rasa gembira, seronok dan yakin dengan kebolehan diri anda. Setelah anda senaraikan, cuba imbas kembali saat itu, ingat kenangan itu sejelas-jelasnya dan rasakan apa-apa perubahan keyakinan di dalam diri anda.
Selamat mencuba. ![]()




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













