Mon 23 Jul 2007
7 Petua Memikat Hati Guru - petua 5
Posted by Osman Affan under Motivasi, Soft Skills
Petua kelima untuk memikat hati guru anda ialah elakkan daripada melakukan sesuatu yang guru anda larang. Guru anda sudah pasti lebih banyak pengalaman berbanding anda terutamanya dalam bidang yang diajarinya. Apabila guru anda melarang anda daripada melakukan sesuatu, ikut nasihatnya.
Contoh paling mudah, jika guru anda suruh anda diam semasa dia mengajar, anda perlu diam. Mengapa? Jika anda tidak diam, tentu susah untuknya mengajar. Apabila dia rasa susah untuk mengajar, tentu susah juga baginya untuk membuat anda faham.
Kadangkala ada pelajar yang suka bergurau dengan melawan cakap gurunya. Guru kata jangan sentuh benda ini, pelajar itu akan semakin seronok untuk menyentuhnya. Semakin guru marah, semakin dia mempersendakan gru dengan cuba menyentuh benda tersebut. Jika anda yang jadi guru ketika itu, apakah perasaan anda?
Untuk pengetahuan anda, apa yang guru anda larang selalunya adalah bertujuan baik untuk anda. Jika anda mahu memikat hati guru anda supaya anda rapat dengannya dan mudah untuk memahami apa yang diajarnya, elakkan daripada melakukan perkara yang dilarangnya.
Bagi saya, petua ini adalah petua yang paling mudah difahami tetapi ia juga petua yang paling susah diamalkan oleh pelajar. Ini adalah kerana apa yang pelajar suka selalunya adalah apa yang guru tidak suka. Contohnya guru tidak suka pelajar bising dalam kelas, tetapi pelajar sangat suka membuat bising di dalam kelas. Guru sangat melarang pelajarnya daripada meniru tetapi pelajar sangat suka meniru kerana ia kerja mudah bagi mereka.
Jadi, mulai hari ini, lihat semula, adakah anda suka melakukan sesuatu yang dilarang oleh guru anda? Jika ada, berhenti lakukannya serta-merta jika anda berniat untuk memikat hati guru anda.
























July 23rd, 2007 at 10:40 am
Assalammualaikum……..
soalan saya bagaimana kalau disebabkan seorang yang ikut cakap cikgu tetapi yang lain tak nak dengar cakap cikgu, satu kelas kena denda walhal tak buat pun…ini boleh menyebabkan pelajar tersebut jadi tertekan…buat salah tak buat pun salah…dengar cakap cikgu salah…tak dengar cakap cikgu pun salah….
p/s tapi menyokong sangat kalau cikgu bagi rotan kalau tak dengar cakap cikgu kat sekolah…sebab dalam al-quran dah menyebut …”rotanlah ia kalau tidak mengerjakan sembahyang selepas umur 7 tahun”…sebagai pengajaran….( kalau salah tolong perbetulkan)
senyum selalu…
July 23rd, 2007 at 5:04 pm
Firadila…
dalam dunia realiti, itulah hakikatnya. Ada masanya kita didenda disebabkan kesalahan orang lain. Ini membuat kita belajar dua perkara. Satu, kena ada kerjasama dalam satu kumpulan. Kalau nak berjaya, bukan seorang pelajar sahaja, tetapi satu kelas kena bekerjasama.
Kedua, kalau ada matlamat nak berjaya, jangan ambil kisah kena denda sikit-sikit tu. Lumrah. Lagi kita fikir, lagi rasa tertekan, lagi susah nak capai kejayaan.
Bab ayat tu, lebih baik kalau dirujuk kepada Ustaz. memang boleh rotan tetapi perlu kena pada tempat dan masanya.
July 24th, 2007 at 10:25 am
Assalammualaikum…
betul jugak ye..memupuk sikap kerjasama tu penting sebenarnya…emm…tak terfikir pulak..terima kasih en. osman kerana memberi nasihat yang berguna kepada saya dan terima kasih kerana menyedarkan saya akan sikap bekerjasama…biar perit sekarang tetapi senang kemudian…terima kasih sekali lagi…saya amat menghargai sangat…
senyum selalu…