Fri 16 Nov 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris – Kesimpulan
Posted by Osman Affan under Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua
[7] Comments
Alhamdulillah, saya telah berjaya menulis 7 petua untuk cepat pandai dalam Bahasa Inggeris untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Mungkin ada diantara anda yang terfikir, pentingkah petua ini semua? Hmmm…. Di dalam dunia ini, anda boleh pelajari apa sahaja. Tetapi anda ada pilihan sama ada mahu belajar dengan cepat atau mahu belajar dengan lambat.
Belajar dengan lambat ialah apabila anda tidak mengikut panduan yang diberikan. Anda gunakan teknik cuba dan gagal. Maksudnya, anda terus mencuba hingga anda dapat cara yang betul. Sayangnya, cara ini tidak cukup pantas dan kadangkala boleh membuat anda putus-asa.
Belajar dengan cepat ialah belajar dengan menggunakan teknik dan panduan dan betul. 7 Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika anda lakukan betul-betul, jangan terkejut jika anda boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam masa kurang 6
bulan. Jadi, sekali lagi saya tuliskan 7 petua ini untuk anda:
- Petua 1 – Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda.
- Petua 2 – Kuasai perbendaharaan kata.
- Petua 3 – Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
- Petua 4 – Fikir dalam Bahasa Inggeris.
- Petua 5 – Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
- Petua 6 – Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
- Petua 7 – Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian.
Semoga petua ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Saya ucapkan selamat berjaya!























May 27th, 2008 at 6:25 pm
woww..trus trg sy katakan,sy xsgka ini petua yg encik berikan kpd org yg ingin blajar b.inggeriskrn suma yg en tulis itu adalah ap yg sy praktikkn slama ni tnpa sy sedar.sy xpandai b.inggeris sms sek rendah dulu but i managed to be amongs top english students bl d sek menengah n seterusya ketika di mrsm.kesemua 7 petua inilah yg sy praktikkan smpai suatu thp,krn slalu sgt bfikir dlm english,ayat bahasa melayu sy jd tunggang-langgang.bt i know it shouldnt b that way kan..for everybody else,trust me,this works!!
May 28th, 2008 at 4:41 pm
Nur, terima kasih atas maklum balas. Semoga Nur terus berjaya. Jangan lupa ajarkan kepada kawan-kawan lain tentang 7 petua ni ye.
March 22nd, 2009 at 5:15 pm
assalamualaikum tuan……..
saya ingin m’cdgkan agar 7 petua pandai bahasa inggeris di dlm bahasa inggeris krn mgkn dpt memotivasikan para pelajar memahami perkataan tsbt dlm bhs inggeris.sekurang-kurangnya para pelajar berusaha utk memahami petua yg tuan sampaikan dlm bhs inggeris
March 25th, 2009 at 8:08 am
Waalaikumsalam warahmatullah.
Nazuha, terima kasih atas cadangan yang diberikan. buat masa ini saya belum ada cadangan untuk menulisnya ke dalam bahasa Inggeris lagi. Namun ini adalah satu cadangan yang sangat baik.
Terima kasih sekali lagi.
October 18th, 2009 at 2:47 am
May Allah Bless you Mr. Osman,
Bagaimana hendak menguasai pengucapan awam atau “public speaking” dalam masa yang singkat / pantas? saya sering gagal menjawab soalan temuduga apabila ditanya dalam bahasa inggeris kerana saya tak dapat / takut menyebut perkataan sesuai yang harus digunakan untuk menyampaikan maksud satu2 ayat. ( takut salah sebut ) masalah ini yang menyebabkan saya menjadi kurang yakin pada diri sendiri. saya harap En.Osman dapat membantu.TQ
May 23rd, 2010 at 9:33 am
wow…sgt bkesan…thanks sir..
August 27th, 2010 at 1:44 am
thnx alots… saya akan praktikkan 7 petua nie.. sbb saya memang langsung x pandai bi.. saya doakan en osman terus berjaya… thnx sekali lg sebab x kedekut ilmu