englishPetua ketiga ialah anda perlu kuasai ‘English Grammar’ sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang. Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan berkata “Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala Lumpur dari?” Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda akan berkerut kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan.

Saya faham, jika anda belum kuasai bahasa Inggeris, anda akan katakan grammar adalah sangat sukar. Sudah bertahun-tahun anda cuba pelajarinya tapi masih gagal. Namun, anda kena ingat, selama ini anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa grammar tidak begitu susah seperti yang anda fikirkan selama ini.

englishIni satu cadangan anda bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan lebih cepat dan lebih yakin. Mula-mula, cari buku grammar pelajar tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah). Jika anda lihat buku grammar mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan mudah difahami. Jadi, belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui buku-buku ini dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini.

Pertama, apabila anda buka buku pelajar tahun 2 dan 3, anda akan fikir, “alah, buku budak sekolah rendah, takkanlah aku tak tahu.” Bila anda terfikir begini, anda akan rasa lebih yakin dan apabila anda lebih yakin, lebih mudah anda belajar.

Kedua, anda akan benar-benar lihat bahawa apa yang diajar dalam buku itu semua sanat mudah difahami kerana ia ditulis untuk pelajar sekolah rendah. Ia tidak menggunakan contoh-contoh ayat yang susah. Jadi, anda akan dapat kuasai asas grammar ini dengan contoh-contoh yang mudah.

Akhir sekali, anda tidak perlu rasa malu apabila perlu belajar asas semula. Apabila ada sesiapa melihat anda membaca buku pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3, kata sahaja kepada mereka, “Oh…saya tengah baca ni untuk ajar adik /anak saudara/adik sepupu/ anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka ‘confident’. :)

Selamat mencuba. :)