Tue 13 Nov 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Petua 5
Posted by Osman Affan under Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua
Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari. Hmm… jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan oleh wanita? Bukankah memalukan bagi seorang lelaki menulis diari?
Sebenarnya tidak memalukan. Malah, jika anda baca kisah orang-orang yang berjaya, mereka ada membuat catatan mengenai perasaan, pendapat atau cita-cita mereka ke dalam diari. Diari ini pula mereka tulis hampir setiap hari. Jadi, jangan risau.
Cari satu buku khas. Jika boleh, buku ini adalah buku yang berbeza dengan buku khas anda untuk perbendaharaan kata.
Buku ini anda perlu jaga betul-betul kerana ia bersifat agak peribadi. Tentu anda tidak mahu orang lain baca apa yang bermain di fikiran anda bukan? Jika boleh, dapatkan buku diari yang biasanya boleh didapati di mana-mana kedai buku kerana ia lengkap dengan tarikh. Ini akan memudahkan anda. Apa yang perlu anda tulis? Mudah sahaja.
Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh tulis tentang perlawanan bola sepak yang anda tonton petang tadi. Anda boleh tulis tentang aktiviti membeli-belah anda bersama keluarga di TESCO, Carrefour atau Jaya Jusco. Anda juga boleh tulis tentang apa yang berlaku di sekolah hari ini. Tulis apa sahaja asalkan ia di dalam Bahasa Inggeris.
Seperti biasa, jangan terlalu risau jika tatabahasa atau struktur ayat anda salah. Lebih banyak anda tulis, anda akan jadi lebih peka tentang cara menulis di dalam Bahasa Inggeris. Anda akan jadi lebih biasa dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dan akhirnya anda akan jadi lebih yakin dengan Bahasa Inggeris. 
Jika anda ingin tahu, petua ini adalah antara teknik utama yang digunakan di pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus intensif Bahasa Inggeris. Saya pelajari teknik ini semasa menghadiri kursus 6 bulan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Saya dapati teknik ini sangat berkesan dan sangat membantu saya dan kawan-kawan saya yang masih agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Saya percaya ia akan dapat membantu anda juga. Satu cadangan yang lebih baik, anda minta bantuan guru Bahasa Inggeris anda untuk memeriksa diari anda ini. Hmmm…sekali lagi anda pasti akan rasa lebih terkejut (lelaki dan perempuan juga) :) Takkanlah anda mahu berikan diari anda dibaca oleh guru Bahasa Inggeris anda?! Tidak masuk akal bukan? Jangan bimbang. Jika anda bercadang mahu memberikan diari itu untuk diperiksa oleh guru Bahasa Inggeris supaya dia dapat memberi teguran dan membantu anda memajukan lagi cara anda menulis, elakkan menulis sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Elakkan juga menulis sesuatu yang anda mahu rahsiakan. Anda boleh tulis sesuatu yang mahu dirahsiakan di tempat lain.
Jadi, saya ucapkan selamat menulis. ![]()
























November 14th, 2007 at 10:23 am
Hi semua.
petua kelima ini menarik sekali. ramai yang secara tidak sedar melakukan ini (menulis diari atau apa-apa aktiviti harian) sebagai rutin. malah, mereka juga mungkin tidak sedar bahawa dengan menulis diari itu, mereka boleh juga meningkatkan kemahiran belajar bahasa inggeris!
arigato Sifu!
= AzamWahid@yahoo =
December 2nd, 2008 at 9:00 pm
Hi all…
Petua ni sangat berkesan.Lebih2 lagi saya selalu buat report dalam bahasa inggeris di tempat kerja.Very effective..
December 2nd, 2008 at 10:10 pm
Madie, terima kasih atas komen yang diberi.
November 23rd, 2009 at 9:49 am
good idea… i would like this idea.. i hope after this, we get improve in b.inggeris any time.
thanks you very much…
May 17th, 2010 at 6:46 pm
thank a lot for that idea, i will practice it and i realy want to speak english very well,thank again…
June 17th, 2010 at 12:16 am
thank sgt2…tpi mls la nk wat..hti ni rse nk wat …..tpi hampeh stu bnde pn x wat..ade cra x nk hlg kn rse mls??…..hehehe……