Wed 14 Nov 2007
7 Petua pandai Bahasa Inggeris – Petua 6
Posted by Osman Affan under Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua
[2] Comments
Petua yang keenam untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris. Mengapa?
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris,
- anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda jadi lebih yakin dan lebih mudah untuk memajukan tahap penguasaan anda.
- Anda dapat belajar daripada kawan anda ini. Apabila ada sesuatu yang anda tidak faham, anda boleh bertanya kepadanya. Apabila dia menerangkannya kepada anda, anda akan rasa lebih mudah faham. Secara umumnya, kita lebih mudah faham apa yang diterangkan oleh rakan sebaya kerana rakan sebaya bercakap menggunakan bahasa dan tahap pemikiran yang agak sama. Jadi anda akan lebih mudah faham dan pandai.
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris,
- anda akan lihat kesungguhan kawan anda ini untuk maju. Anda akan lihat dia bersemangat untuk mencari jalan memajukan tahap penguasaannya. Akibatnya, anda akan terikut-ikut dengan kesungguhan ini.
- Anda dapat belajar bersama-sama dan sama-sama mencari jalan bagaimana untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan cepat.
- Anda tidak rasa berseorangan. Selalunya, pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa dipinggirkan oleh pelajar yang lebih pandai. Jadi, mereka terus memencilkan diri dan tidak mahu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya kawan yang mahu pandai ini, pelajar ini tidak akan rasa begitu.
Mulai hari ini, cari kawan seperti yang saya terangkan di atas. Luangkan masa dengan mereka dan berlatih bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak anda berlatih, lebih banyak anda mencuba, lebih cepat anda pandai Bahasa Inggeris. Selamat mencuba.























November 14th, 2007 at 10:33 am
Hi semua.
yap, this is a GREAT tip!
ia berlaku kepada diri saya sendiri! selepas tinggalkan universiti, persekitaran saya banyak bersama mereka yang bertutur bahasa malysia.
namun, ada seketika saya berjumpa dengan kawan lama (yang dulunya, kami sering mempraktikkan tip ini bersama). kami terus speaking! dan kami selesa ber’speaking’ bersama! it feels so good!
so, the big point here is, bina environment bahasa inggeris. rasakan seperti kita berada di oversea! tidakkah mahu kita ke sana satu hari nanti? dan pastinya kita kena ber’speaking’!
= AzamWahid@yahoo.com =
July 15th, 2010 at 4:53 pm
hai everybody… i love english, but i can’t speak english as well…i’m so afraid because i’m univerciy student…i want to have a great english..please help me..