Thu 1 Nov 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris
Posted by Osman Affan under Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua
[5] Comments
Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam program-program yang saya pernah jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, digeruni malah dibenci. Mengapa ini berlaku?
Jika anda seorang pelajar, cuba tanya diri anda, adakah anda suka subjek Bahasa Inggeris? Jika anda seorang pekerja atau usahawan, adakah anda selesa menggunakan Bahasa Inggeris?
Jika anda sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris di rumah, tentulah subjek ini bukan satu subjek yang susah bagi anda. Namun, jika tidak ada langsung sesiapa yang pandai berbahasa Inggeris di rumah mahupun di kampung anda, tentu subjek ini begitu mencabar bukan?
Tidak perlu saya terangkan apakah kelebihannya jika anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini. Kita akan terus bincangkan bagaimanakah caranya anda boleh memajukan tahap kemahiran anda berbahasa Inggeris ini.
Sebelum itu, satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah, sedar atau tidak, jika seseorang itu lemah dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah, dia akan terus lemah hingga masuk ke sekolah menengah, kolej mahupun universiti. Pelik bukan? Benar, bukan semua pelajar begini tetapi majoritinya begitu. Bagi yang berjaya keluar dari kepompong masalah lemah subjek Bahasa Inggeris, pasti ada sesuatu yang telah mereka berjaya lakukan hingga mereka berubah daripada lemah subjek Bahasa Inggeris kepada hebat dan boleh bertutur dengan lancar dalam subjek tersebut.
Jadi, dalam topik 7 petua pandai Bahasa Inggeris ini, saya akan kongsikan tips dan teknik yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang berjaya memajukan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Inggeris. Mahukah anda tahu petua-petua dan tips-tips ini semua? Kita mulakannya esok. Selamat membaca.























November 2nd, 2007 at 5:29 am
Teringat dulu zaman sekolah rendah, saya jadi minat pada Bahasa Inggeris sebab saya suka tengok kartun inggeris yang ditayangkan pada setiap petang di RTM 1.
Jika difikirkan, dari minat pada kartun berbahasa Inggeris, secara automatik penguasaan pada bahasa tu terbina dalam diri saya step-by-step ..
Alhamdulillah
- Shueqry -
November 2nd, 2007 at 11:41 am
Shueqry, memang itu salah satu sebab kenapa ada pelajar cepat bahasa Inggeris. Ada yang suka tengok kartun dan ada yang suka main games. Apa-apa cara sekalipun, masih ada usaha yang dilakukan untuk majukan bahasa Inggeris tu kan?
Tahniah kepada Shueqry.
November 3rd, 2007 at 5:26 am
terima kasih
ye, saya masih berusaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris, terutama dalam penulisan dan pengucapan umum ..
- Shueqry -
July 20th, 2010 at 3:16 pm
Saya setuju dengan Sdr. tentang pentingnya pengusaan bahasa inggeris. Memang menyedihkan bila melihat anak-anak bangsa kita yang lemah dalam penguasaan bahasa inggeris. Walaupun sekarang pembelajaran maths dan science di dalam bahasa inggeris tetap tahap pencapainya tidaklah memberansangkan lebih-lebih lagi bagi anak-anak yg tinggal di luar bandar.
July 20th, 2010 at 3:16 pm
Saya setuju dengan Sdr. tentang pentingnya pengusaan bahasa inggeris. Memang menyedihkan bila melihat anak-anak bangsa kita yang lemah dalam penguasaan bahasa inggeris. Walaupun sekarang pembelajaran maths dan science di dalam bahasa inggeris tetap tahap pencapainya tidaklah memberansangkan lebih-lebih lagi bagi anak-anak yg tinggal di luar bandar.