Sat 9 Feb 2008
7 Petua Skor A 2008 - Kesimpulan
Posted by Osman Affan under Motivasi, Petua, Teknik Belajar
Alhamdulillah. Saya telah berjaya menulis 7 petua skor A untuk tahun 2008 ini. Petua-petua ini sebenarnya adalah hasil bacaan saya selama ini dan juga hasil pemerhatian saya terhadap pelajar-pelajar cemerlang yang saya kenali. Saya selalu percaya bahawa skor A dalam peperiksaan adalah umpama kita sedang belajar memasak daripada seorang Chef yang handal. Jika kita ikut satu-persatu apa yang dilakukan termasuk menggunakan sukatan yang 100% sama, kita pasti akan dapat hasil yang sama.
Seperti pelajar cemerlang yang mampu skor A juga, kita boleh jadi seperti mereka jika kita amalkan apa yang mereka amalkan. Antara apa yang mereka amalkan ialah 7 petua yang saya kongsikan di sini. Mari kita ulang semula ketujuh-tujuh petua ini.
- Tulis gred yang kita mahu capai.
- Kenal pasti kekuatan dan kelemahan.
- Uruskan masa berpandukan matlamat.
- Latih tubi.
- Tingkatkan kepantasan dan ketepatan.
- Jaga kesihatan fizikal dan mental.
- Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
Anda juga boleh membacanya di ruangan kompilasi. Saya telah siap mengumpul petua ini dalam bentuk kompilasi di sini.




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














February 10th, 2008 at 8:41 pm
Tahniah atas usaha murni anda. Apabila saya baca latar belakang anda sejarahnya lebih kurang seperti saya. kebetulan pula tahun lahir sama. saya sebelum ini guru sekolah tapi kini telah bergiat dalam perniagaan kerana minat lebih ke situ.
February 11th, 2008 at 3:23 pm
Askum Tuan Osman.Terima Kasih atas motivasi yang diberikan oleh Tuan melalui internet…Kini saya menjadi lebih yakin tentang kemampuan yang ada di dalam diri saya ini.Sebelum ni saya tidak tahu akan kelebihan yang ada dalam diri saya.Setelah saya membaca,barulah saya tahu semua manusia mempunyai kelebihan yg unik dan berbeza..TERIMA KASIH..
February 12th, 2008 at 9:42 am
Bagi saya, Tuan Osman bercakap berdasarkan kepada beberapa faktor yang kritikal.
Pertama : Beliau bercakap berdasarkan pengalamannya sewaktu menjadi pelajar di sekolah.
Kedua : Pengalamannya sehingga ke saat ini, mengkaji dan melatih pelajar di pusat Tuisyennya dengan kemahiran yang terkini dan terbaik.
Ketiga : Beliau banyak membaca buku, berbincang dan terus membuat kajian bagi mencari penemuan dan ilmu yang terbaik untuk dikongsikan bersama.
Kini, beliau dapat mengkongsikan pengalaman, pengetahuan dan keupaayaannya yang luar biasa itu kepada anda semua dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan melalui program seperti SmartStudy.
Susah untuk kita mencari Trainer yang pada masa yang sama memiliki Pusat Tuisyennya sendiri.
February 12th, 2008 at 2:15 pm
En Ali, terima kasih kerana sudi singgah disini. Sejarah sama, latar belakang sama, sekarang sedang buat apa ye?
Radzi, terima kasih kembali.
Tuan Sham, terima kasih. Orang hebat selalu dapat melihat kehebatan yang ada pada orang lain. Kata-kata Tuan menaikkan lagi semangat saya untuk mara ke depan.
February 13th, 2008 at 3:38 pm
Assalamualaikum.
Saya memang tercari-cari laman blog seumpama ini.
Alhamdulillah, kini baru terjumpa.
Terima kasih banyak kepada Saudara Osman atas usaha murni tuan dalam berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman ini.
Saya dapati, terdapat banyak sekali artikel-artikel menarik dan bermanfaat yang boleh dibaca di sini.
Saya pasti akan me’rekemen’kan blog ini kepada rakan-rakan saya.
P/s- Osman Affan <– saya suka nama ni.
February 13th, 2008 at 8:10 pm
Waalaikumsalam.
En Pakar, terima kasih kerana sudi singgah di sini. Semoga artikel yang dipaparkan di sini dapat membantu dan memberi manfaat.
p/s Terima kasih kepada Allahyarham datuk saya kerana telah merancang untuk memberikan nama ini (Osman Affan) kepada saya semasa ayah saya lahir.
February 14th, 2008 at 1:00 pm
saya tertarik dengan pandangan ali76 kat atas tu , saya juga mempunyai tahun kelahiran yg sama dengan En Osman ,1976 = tahun naga mengikut kepercayaan orang Cina

saya juga pernah memperolehi 5A dalam UPSR dan 6 Agregat dalam SRP tetapi agregat itu semakin bertambah mengikut usia , he..he..he… saya hanya mendapat 15 agregat sahaja dalam SPM , tapi En Osman mendapat 6 agregat ??
fuhhh…. “terer” betul En Osman ni
dan kebijaksanaan anda nampaknya terus bersinar hingga ke hari ini…
tabik hormat dan tahniah dari saya
- fida math
p/s saya dah tonton DVD The Secret dan membaca 6 buah buku tentang Law of Attraction (LOA) , saya amat tertarik dengan pendapat bahawa LOA sama dengan hukum graviti atau hukum Matematik yang sah dan tak pernah salah. Terima kasih kerana memperkenalkan LOA kepada saya
February 14th, 2008 at 3:53 pm
Fida…. hehe…selalu saya senyum sorang-sorang bila Fida yang bagi komen…masa kursus dulu senyap je Fida kan…. kalau orang baca komen Fida mesti terbayang yang Fida ni jenis yang banyak bercakap dan petah kan… hehe…
Apa-apa pun, memang tahun Naga, 12 tahun sekali datang. The next tahun naga ialah pada 2012 nanti. Ada plan nak capai apa-apa ke masa tu?
Tentang LOA tu, baguslah kalau dah banyak membaca, lebih banyak faham dan lebih kuat boleh aplikasikan. Cuma jangan lupa lihat LOA tu menurut pandangan Islam. Bimbang terbabas kat tengah jalan nanti.
July 1st, 2008 at 10:03 pm
slm, alhamdulillah sy jumpa juga blog spt ini…sedikit tguran buat pnulis komen, alagkah indahnya jika slm yg dihulurkan pnuh mkna…mksud sya di sini, slm tidk seharusnya dipendekkan spt radzi tuliskan…slm spt, akum, askum,smekom (& yg straf dengannya) tidk mmpunyai mksud sbnarnya…lebih mulia jika kita gunakan, slm, , atau sebaik-baiknya ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH…
tqvm…sebarkan…