Setelah kita kaji kekuatan yang ada pada diri kita, kita juga akan sedar tentang kelemahan yang selalu mengganggu keyakinan diri kita untuk berjaya. Apabila kita sudah tulis gred yang kita mahu dapat dan gred yang kita dapat sekarang, kelemahan diri kita boleh nampak ketara. Apa yang perlu dilakukan terhadap kelemahan ini? Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

  • Skor A 2008Pertama, kita perlu ingat, kelemahan itu bukan sesuatu yang kekal. Ramai pelajar cemerlang bermula dengan gelaran pelajar lemah dan tidak cemerlang. Jadi, jangan terlalu risau.
  • Kedua, kelemahan masa kini merupakan satu cabaran buat kita. Anggap ia seperti kita mahu memasuki pertandingan sukan berlari contohnya. Jika kita sekarang masih tidak ada stamina yang kuat untuk berlari (ini merupakan satu kelemahan bukan?), apa yang perlu kita lakukan? Ya….. kita perlu buat latihan untuk meningkatkan stamina seperti berjogging atau buat senaman berbentuk aerobik. Patutkah kita duduk menangis dan putus asa kerana kita tidak ada stamina sekarang? Tidak bukan? Sama seperti kelemahan akademik. Kita tidak perlu bersedih atau putus asa jika pencapaian sekarang masih lemah. Kita cuma perlu buat lebih banyak latihan untuk menguatkannya.
  • Ketiga, kita perlu buat rancangan untuk mengatasi kelemahan kita. Rancangan itu termasuk rancangan untuk buat lebih banyak latihan, berjumpa dengan guru lebih kerap dan berkawan dengan kawan-kawan yang pandai subjek tersebut.

Satu perkara lagi yang kita perlu sedar ialah apabila kita lemah sesuatu subjek, kita akan rasa kurang minat atau benci subjek tersebut. Ini adalah normal. Dalam petua seterusnya nanti, saya akan terangkan bagaimana cara untuk menguruskan masa agar kita sentiasa memberi tumpuan kepada subjek yang kita kurang minat ini.

Akhir sekali, cuba kita perhatikan cara kita duduk, cara kita membaca dan cara kita bergerak semasa belajar subjek yang kita lemah ini. Tentu ia sangat berbeza berbanding subjek yang kita suka kan? Mulai hari ini, cuba duduk dan bergerak seperti kita benar-benar suka subjek yang kita lemah tu. Otak kita tidak dapat bezakan sama ada kita berlakon suka atau tidak. Apabila kita bergerak dansenyum semasa belajar subjek yang kita lemah ini, otak kita akan menghantar isyarat ke seluruh tubuh badan agar menjadi lebih berkesan kerana ia sangka kita sangat suka subjek ini.

Selamat mencuba. :)