Tue 18 Dec 2007
7 Petua Skor A 2008 – Petua 5
Posted by Osman Affan under Motivasi, Petua, Teknik Belajar
1 Comment
Saya telah terangkan tentang peranan kepantasan dan ketepatan dalam posting saya semalam. Kini saya akan terangkan bagaimana kita boleh tingkatkan tahap ketepatan kita dalam usaha skor A 2008.
Untuk meningkatkan tahap ketepatan, kita memerlukan 3 kemahiran belajar. Kemahiran belajar itu ialah
- Kemahiran untuk fokus semasa belajar
- Kemahiran menghafal
- Kemahiran menulis nota kreatif
Kemahiran fokus semasa belajar – ialah kemahiran untuk kita tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang sedang diajarkan. Ini adalah langkah pertama terpenting dalam skor A. Walau kita hebat bagaimana pun, tanpa fokus, kita tidak akan mampu memahami apa yang sedang diajarkan. Saya selalu lihat cara pelajar cemerlang belajar semasa saya di zaman persekolahan dan semasa saya menjadi guru. Jelas kelihatan bahawa pelajar cemerlang sangat fokus semasa belajar. Bagaimana? Mereka lupakan semua perkara lain sewaktu belajar.
Mereka tidak peduli tentang orang yang sedang lalu-lalang di tepi kelas mereka dan mereka tidak peduli sangat tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka kelihatan begitu khusyuk dalam usaha memahami apa yang sedang diajarkan. Ia seperti seorang budak yang sedang khusyuk menonton cerita kartun kegemarannya. Bolehkah anda bayangkan bagaimana rupa orang yang sedang khusyuk ini?
Jadi, untuk fokus seperti mereka, kita perlu lakukan beberapa perkara:
- Pertama, apabila cikgu mula mengajar, lupakan semua perkara lain dan tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang guru sedang katakan.
- Lebih baik, ringankan mulut untuk bertanya. Apabila guru menerangkan sesuatu, fikir betul-betul apa yang guru sedang terangkan. Kemudian apabila ada soalan timbul dalam kepala, buka mulut untuk bertanya. Jangan risau jika kita kelihatan tidak pandai kerana tidak faham kerana selalunya separuh daripada murid di dalam kelas kita itu juga tidak faham sebenarnya. Cuma mereka malu hendak bertanya.
- Duduk seperti seorang budak yang sedang menonton cerita kartun kegemarannya. Kalau tidak pernah lihat bagaimana cara duduk begini, cuba kita fikirkan bagaimana cara kita duduk apabila kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Duduk dengan cara begini semasa belajar di dalam kelas atau di mana-mana sahaja.
Kita sambung esok.























August 30th, 2008 at 2:34 pm
SUNGGUH KEMAS DAN BAIK