Buku SmartStudyPetua kelima ini adalah sangat penting untuk kita skor A dalam peperiksaan tahun 2008 ini. Saya ada terangkan dengan jelas dan terperinci dalam buku kedua saya ‘Menjadi remaja SmartStudy - Kemahiran Belajar’ iaitu tingkatkan kepantasan dan ketepatan.

Kebolehan kita untuk mendapat gred adalah bergantung kepada petua ini. Ada pelajar mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam sesuatu subjek. Tanya apa sahaja dia boleh jawab. Jadi, pelajar ini ada ketepatan. Ketepatan bermaksud kita tahu dengan tepat apa yang diperlukan oleh soalan-soalan subjek atau soalan-soalan peperiksaan. Namun sayangnya, kadangkala pelajar begini tidak ada kepantasan. Kepantasan adalah berapa cepat anda dapat selesaikan sesuatu soalan atau berapa cepat anda jawab sesuatu soalan di dalam dewan peperiksaan.

Skor A 2008Dalam subjek Matematik contohnya, kerapkali saya dengar rungutan ibu bapa yang mengatakan anak mereka boleh menjawab semua soalan dengan baik di rumah. Tetapi yang peliknya bila tiba waktu peperiksaan, anak mereka ini cuma mendapat keputusan sederhana sahaja, tidak cemerlang. Apabila ini berlaku, saya selalu rasa hampir pasti ia disebabkan anak ibu bapa tadi tidak mempunyai kepantasan.

Untuk membuktikannya, saya uji pelajar tersebut dengan satu atau dua soalan dan saya beri satu tempoh masa. Ternyata pelajar itu gagal menyiapkan soalan tu dalam masa yang diberikan. Jika diberi lebih masa, dia akan berjaya lakukannya. Ini jelas menunjukkan bahawa, walaupun kita tahu banyak perkara tentang sesuatu subjek, kita tidak akan dapat gred A sekiranya kita tidak mempunyai kepantasan.

KetepatanDalam masa yang sama, ada pelajar yang mempunyai kepantasan tetapi tidak mempunyai ketepatan. Pelajar ini cepat dapat selesaikan soalan-soalan peperiksaan tetapi mereka terlalu lalai hingga boleh salah soalan yang paling senang sekalipun. Kepantasan tanpa ketepatan akan menyebabkan kita lalai dan sukar mendapat markah yang baik. Ketepatan tanpa kepantasan pula menghalang kita daripada menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan dan akibatnya kita akan gagal juga mendapat gred yang kita mahukan.

Kita akan bincangkan lagi bagaimana kita boleh tingkatkan kepantasan dan ketepatan kita sekaligus. :)