Tue 5 Feb 2008
7 Petua Skor A 2008 - Petua 7
Posted by Osman Affan under Motivasi, Petua, Teknik Belajar
Kita sudah sampai ke tips terakhir dalam 7 petua skor A 2008 ini. Dalam petua ketujuh yang lepas, saya sudah terangkan kepentingan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa dan guru. Kali ini saya akan terangkan kepentingan dan juga teknik untuk menjaga hubungan baik dengan rakan sebaya.
Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap fikiran yang sama dengan kita. Jadi jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah.
Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Ada banyak ketikanya kita tidak dapat luahkan masalah atau kerisauan hati kita kepada guru atau ibu bapa tetapi rakan-rakan rapat kita akan sentiasa bersedia mendengar dan menyokong kita.
Namun kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita. Ada yang akan cuba menarik kita kearah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Contohnya jika kita berkawan dengan pelajar yang malas, walaupun dia baik dan rapat dengan kita, dia akan membuat kita terikut-ikut dengan perangai malas atau nakalnya.
Untuk skor A 2008 ini, ada beberapa tips yang perlu kita praktikkan.
- Pertama, dekati rakan-rakan berfikiran positif, rajin dan bersemangat untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik.
- Belajar bagaimana mahu menambahkan jumlah kawan. Kemahiran berkawan adalah satu kemahiran yang sangat penting kerana tanpanya, tidak ramai pelajar yang mahu berkawan dengan kita. Jadi, baca tips kemahiran berkawan (Klik disini) dan 7 petua memikat hati rakan sebaya ( klik disini)
Selamat mencuba. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














August 1st, 2008 at 5:18 pm
smekom cikgu Affan…cikgu pernah memberi motivasi di sekolah saya iaitu SMK tun syed nasir ismail motivasi itu sangat berkesan di dalam diri saya…saya mempunyai satu masalah iaitu tidak tahu cara membahagikan masa sebagai seorang pelajar amatlah penting membahagikan masa ke arah yang berfaedah…tetapi saya tidak tahu membahagikan masa samada membuat kerja sekolah,bermain dan aktiviti lain tambahan saya akan menduduki peperiksaan SPM 2009..ini amat merisaukan diri saya…saya juga mempunyai sifat yang suka menangguh sesuatu kerja…ini adalah sesuatu kelemahan dalam diri saya…cikgu saya berharap cikgu dapat menolong menyelesaikan masalah saya ini…saya tidak mahu masalah saya ini menyebabkan apa matlamat saya telah rancang musnah hanya kerana sifat saya ini..bolehkah cikgu memberi tips bagaimana ingin menjadikan cara belajar kita menjadi seronok dengan diri saya yang saya akan berminat sesuatu yang berwarna dan bergambar senang kata sesuatu perkara yang berkenaan dengan visual….tolong saya cikgu..ini amat bermakna bagi saya ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang…insyaallah