Fri 30 Nov 2007
7 Petua Skor A 2008
Posted by Osman Affan under Motivasi, Petua, Teknik Belajar
Setelah saya ceritakan tentang pepatah ikut resmi padi beberapa hari lepas, saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang 7 petua skor A untuk tahun 2008. Sebagaimana yang anda sudah tahu, blog ini adalah ditujukan kepada sesiapa yang mahu belajar teknik ‘Belajar’ yang berkesan. Apabila seseorang itu memiliki kemahiran untuk belajar dengan berkesan, dia akan jadi lebih bersemangat dan ‘Motivasi‘ dirinya akan menjadi lebih tinggi. Jadi, teknik belajar boleh meningkatkan motivasi untuk belajar…..kemudian…wujudlah MotivasiBelajar.com ….
Apa yang ingin saya katakan ialah motivasi belajar selalu dikaitkan dengan kecemerlangan akademik. Jika seseorang itu mempunyai teknik belajar yang baik dan tahap motivasi dirinya tinggi, tentu dia boleh capai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Benar, saya setuju. Cuma, konsep motivasi dan teknik belajar bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar, malah ia sesuai untuk orang dewasa.
Kerapkali saya lihat orang dewasa menghadapi kesukaran untuk mempelajari sesuatu yang baru. Lebih buruk lagi, ramai orang dewasa yang takut untuk mempelajari sesuatu yang baru. Contohnya ada orang dewasa yang takut belajar menggunakan komputer dan internet. Ada yang takut untuk belajar berniaga. Ada yang takut untuk menghadiri kursus kerana bimbang gagal dalam ujian yang bakal diduduki.
Jadi, kepada pelawat setia blog ini, anda boleh gunakan tips dan teknik yang dikongsikan di sini bukan sahaja untuk anak-anak atau saudara-mara tetapi untuk diri anda sendiri.
Insyaallah minggu depan saya akan kongsikan 7 petua untuk skor A tahun 2008. ![]()























