Thu 11 Dec 2008
7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam – Tanda 1.1
Posted by Osman Affan under Fikir, Motivasi, Persediaan Minda
[5] Comments
Sudahkah difikirkan perkataan-perkataan dan ayat yang biasa anda sebut setiap hari? Seperti yang saya gambarkan dalam posting lepas, perkataan-perkataan itu adalah gambaran kepada halangan minda yang sedang menyekat potensi sebenar dan bakat kita yang selama ini terpendam. Dapatkah anda mula rasakan apakah bakat yang terpendam dalam diri jika anda berhenti menyebut perkataan-perkataan susah dan tak boleh?
Banyak ketikanya, orang yang mempunyai banyak halangan minda tidak menyebut perkataan susah atau tidak boleh. Tetapi……… ya…. tetapi……. mereka banyak menggunakan perkataan ‘TETAPI“.
“Boleh tak awak skor A?” “Boleh….. tapi…..susah sikit la…. tahun ni kementerian pelajaran nak kurangkan orang dapat gred A”.
“Awak baca doa penutup ya…” “Boleh, tak ada masalah…. tapi hari ni tekak saya sakit sikit. Nak kena kurangkan bercakap. Suruh orang lain dulu la ye.”
“Kami nak lantik awak jadi presiden, setuju tak?” “Hmmm… jadi presiden tu tak ada masalah….. tapi….bagi la peluang pada orang lain…lagi pun saya sibuk sekarang ni….”
“Bila awak nak tulis buku?” “Memang nak tulis…tapi…. ekonomi sekarang tak berapa bagus..orang tak nak beli buku sangat sebenarnya…. jadi kena tunggu la ekonomi elok sikit, baru bagus tulis buku.”
“Dulu awak kata nak mula berniaga, nak bebas kerja sendiri, bila nak mula?” “Hihi… saya dah nak mula dah hari tu, siap dah tulis surat berhenti kerja lagi… tapi…. kesian la kat bos saya…. kalau saya takde nanti, mesti banyak kerja tak siap. Siapa nak tolong dia?”
Alasan memang mudah dicari. Semakin banyak alasan yang kita temui, semakin jauh bakat dan kebolehan sebenar kita terpendam dan tersorok di dalam diri. Apa yang membimbangkan ialah setiap kali kita ulang perkataan-perkataan halangan minda, semakin kuat kita percaya kepada apa yang kita katakan. Akibatnya, satu hari nanti bakat-bakat dan kebolehan yang terpendam itu semua mungkin tidak akan keluar lagi hingga ke akhir hayat. Alangkah ruginya…..























December 11th, 2008 at 4:13 pm
Tapi….yalah memang perkataan tulah yg selalu kita ucap dan dengar…
Hai camnalah nak ubah nie
December 11th, 2008 at 10:56 pm
saya mengambil course yg memerlukan saya byk communicate in english,masalahnye, english saya agak lemah membuatkan saya kurang keyakinan diri esp bila nak buat presentation etc.kadang2 ada kawan2 yg mentertawakan saya bila saya ckp in english,membuatkan saya rase lg down,dan memilih utk byk mendiamkan diri daripada bersuara..dan saya rase sgt rugi sbb saya xdpt tonjolkan kehebatan saya hanya kerana saya xpandai english.ini adalah salah satu halangan minda saya,saya rase sgt susah utk menghapuskan halangan minda ini.ape pndapat cikgu osman?
December 12th, 2008 at 8:06 pm
halangan ini mungkin disebabkan kita sebagai manusia ada keperluan emosi yang perlu dipenuhi… macam nak kena jaga hati orang , nak capai impian TAPI takut ada yang terasa hati , takut ada yang rasa tersisih dek kesibukan kita…
boleh ke kita pentingkan diri sendiri untuk mencapai impian… ?
tapi dalam sesetengah situasi , kalau asyik kita je yang buat kerja… nampak macam kena buli la pula
December 12th, 2008 at 9:59 pm
Remy…. betul…. tapi….
Sweetipie…memang itulah halangan minda yang kita sedang bincangkan ni. Jangan risau, teruskan membaca sambil fikirkan bagaimana untuk mengaplikasikan apa yang dibaca ni.
Fida, apa yang saya maksudkan di sini ialah apabila kita menolak disebabkan kita tak berani nak cuba. Kalau orang dah selalu ambil kesempatan ke atas kita dengan semua suruh kita buat, boleh lah nak beri alasan macam di atas tu.
Kita memang tak boleh asyik nak buatkan kerja orang. Ibarat (macam kata penulis buku One Minute manager), kita asyik nak kena pikul monyet orang lain atas bahu kita.
December 24th, 2008 at 4:58 pm
Assalammualaikum dan salam ceria…..
Jangan suka mencipta alasan, Biar tak pandai asalkan melakukan langkah pertama…..Buktikan kejayaan kecil…
Senyum dan ceria selalu…