Wed 4 Mar 2009
7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 6
Posted by Osman Affan under Motivasi
Tanda keenam ada halangan minda menyekat bakat anda yang terpendam ialah ’sakit hati melihat orang berjaya’. Selalunya ada sedikit kekeliruan di sini. Salahkah kalau kita sakit hati melihat orang berjaya tetapi dalam masa sama kita mahu juga berusaha untuk berjaya?
Jika kita sakit hati tetapi berusaha untuk berjaya, biasanya ini dinamakan rasa ‘cemburu’ melihat kejayaan orang lain. Apa yang bagusnya, rasa cemburu ini tidak membuat kita membenci orang berjaya itu malah menyanjungi mereka. Akibatnya, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang sama.
Maksud tanda keenam ini ialah lebih kepada perasaan sakit hati terhadap orang berjaya hingga timbul rasa benci dan wujud keinginan untuk buruk sangka kepada orang-orang tersebut. Sebagai contoh, apabila kita lihat orang kaya yang berjaya dalam perniagaan, timbul rasa menyampah melihat kekayaan orang itu dan kita mula menuduh orang itu dengan tuduhan bukan-bukan seperti
“Kaya macam ni, mesti banyak menipu orang ni!” atau “Kaya dengan rasuah agaknya ni.” atau “Kaya sangat ni, dia jual dadah kot” atau “Entah bayar zakat ke tidak orang macam ni.” dan sebagainya.
Jika kita lihat pelajar berjaya pula, kita mungkin timbul rasa benci dan menyangka pelajar ini meniru, anak emas cikgu atau tidak sengaja cemerlang.
Jika kita lihat rakan sekerja cemerlang, kita mungkin rasa sakit hati dan menuduh sebab kejayaan mereka ialah mereka suka bodek boss.
Ada satu perkara yang perlu kita ingat ialah, jika kita benci orang berjaya dan menuduh mereka dengan tuduhan bukan-bukan, kita tidak akan mengecapi kejayaan yang sama. Ini bermaksud, jika kita benci usahawan berjaya, kita tidak mungkin menjadi usahawan yang berjaya. Mengapa?
Ini ada kena mengenai dengan minda separuh sedar kita. Minda separuh sedar banyak mengawal tindakan kita dalam mencapai sesuatu. Sebagai contoh, jika minda separa sedar kita percaya bahawa kita bodoh dalam belajar subjek Matematik, kita tidak akan berjaya skor A dalam subjek tersebut walau apa pun cara yang kita lakukan. selagi minda separa sedar percaya begitu, berterusanlah kita tidak cemerlang dalam subjek tersebut.
Perumpamaan mudah untuk memahami mengapa kalau kita benci orang berjaya kita tidak akan mengecapi kejayaan mereka ialah, jika kita benci pencuri, adakah kita mahu menjadi seperti mereka? Jika kita benci pembunuh, adakah kita mahu jadi seperti mereka?
Sama juga, apabila kita benci orang yang berjaya, kita sedang beritahu minda separa sedar kita bahawa kejayaan adalah sesuatu yang tidak baik. Nanti kalau berjaya orang lain pula akan benci kita. Akibatnya, kita sendiri tidak akan kecapi kejayaan. Akhirnya, semua bakat terpendam dalam diri kita untuk berjaya akan terus terpendam buat selama-lamanya.
























March 5th, 2009 at 9:59 am
Assalammualaikum dan salam ceria en. Osman Affan,
Cemburu dan sakit hati kepada mereka yang berjaya memang tak boleh lari.Mesti ada sedikit..tetapi cemburu dan “ingin” menjadi seperti mereka yang berjaya amat digalakkan dengan syarat perlu berusaha dan sabar…
Senyum dan ceria selalu,
firadila
p/s : Ingin mengikuti jejak langkah Puan Rozita Sendayu Tinggi..
March 10th, 2009 at 11:33 am
Sakit hati / cemburu dengan kejayaan orang tanda orang itu sakit jiwa. Jika tidak diatasi boleh membawa banyak keburukan. Bagi yang memiliki ciri ini, usahakanlah mengubatnya.
Banyak panduan dalam Islam untuk mengatsainya.
Carilah dan atasinya…
August 9th, 2009 at 12:34 pm
skt hati mmg sllu wjd dlm hti smua ianye trplg gkpde mcm rmn org mngniye